Sunday, March 4, 2012

ANUAR MUSA ADA FORMULA UNTUK UMNO TAWAN KELANTAN


Agak lama kawe tidak menulis disini ,bukan kerana sibuk tapi kerana ini blog kawe bukan blog orang ramai .Maka ianya menjadi milik kawe untuk menetapkan bila perlu dicoretkan segala coretan mengarut kawe.Kali ini kawe memilih untuk menulis tentang kekecewaan orang Kelate kepada Najib serta 3 orang kuat beliau untuk menerajui umno di Kelantan.

Pada hari PM melawat kelantan itu hari ada satu perjumpaan tertutup diantara pemimpin pemimpin besar umno kelantan dengan PM di sebuah hotel terkemuka di Kota Bharu disebelah malam sebelum PM berlepas pulang ke Kuala Lumpur.Kawe terkebetulan berada dihotel tersebut pada malam itu kerana berjumpa dengan seorang kawan yang berkebetulan bekas orang kuat dan bekas pemimpin umno dalam eranya dulu tetapi kini beliau sudah dijadikan kain lap kaki sahaja oleh UMNO Kelate .Sesampainya kawe dilobi hotel berkenaan keadaan lenggang sahaja walaupun permaidani merah dihampar didepan pintu untuk menyambut kehadiran kawe barangkali ..hahaha.

Sejurus selepas PM kelaur dari hotel keadaan dilobi dan coffe house dipenuhi oleh pemimpin umno kelantan .Dimeja kawe hanya kami berdua sahaja sedang berbincang tentang satu urusan kami dan tidak lama kemudian datang seorang YB Umno bersama seorang rakannya  dan berkebetulan kawe dan sahabat kawe mengenali YB berkenaan dan mereka berdua duduk dimeja kami .Tidak lama kemudian kelibat Anuar Musa muncul dan datang ke meja kami untuk bersalaman dan melabuhkan punggung beliau disebelah meja kami.Kepada YB yang berada di depan kawe tersebut kawe bertanya kepada beliau apa berita yang mengembirakan kepada rakyat Kelantan yang dibawa oleh PM sempena kunjungan beliau ke Kelantan kali ini? Kawe juga bertanya samada kedatangan Najib ini sebagai seorang Perdana Menteri Malaysia atau sebagai seorang Presiden UMNO? Jawab YB berkenaan dengan tenang serta air muka yang ikhlas bahawa kedatangan Najib ke Kelantan sebagai Presiden UMNO untuk selesaikan masalah dalaman UMNO Kelantan yang amat kronik.Kawe hanya tersenyum mendengar jawapan YB berkenaan kerana dalam hati kecil kawe bahawa Najib tidak membawa "penawar'' kepada rakyat Kelate tetapi membawa ''racun'' kepada UMNO Kelate.

Kami meneruskan perbualan mengenai pelbagai isu politik di Kelantan termasuk peluang untuk UMNO rampas kelantan dari PAS yang mana kawe tidak perlu tuliskan disini kerana semua pembaca diluar sana boleh mengagak peluang peluang tersebut dan pembaca diluar sana juga boleh mengagak keyakinan YB berkenaan terhadap parti UMNO nya walaupun sudah lebih 20 tahun mereka kecewa atau sengaja mengecewakan diri.Didalam kepala otak kawe adalah bagaimana untuk memecahkan bicara kawe dengan Anuar Musa yang sedang rancak berbual disebelah kawe bersama 2 orang lagi orang kuat UMNO Kelantan seperti dalam gambar diatas.Idea spontan datang untuk tarik perhatian mereka yang sedang rancak berbual itu adalah kawe mesti buat mereka berhenti berbual sejenak untuk mereka  ''tersenyum' kerana kawe hahahaha....Kawe hanya perlu menyebut "" Tan Sri ambo nak ambik gambar sikit"" untuk buat mereka bertiga berhenti berbual dan tersenyum kepada kawe tanpa apa apa paksaan jikalau pun mereka terpaksa memaksa diri untuk senyum kepada kawe dan sebagai seorang yang jujur kawe hadiahkan ''senyuman' dari pemimpin UMNO Kelate ini kepada rakyat Malaysia di seluruh dunia hahaha.

Dalam perhitungan kawe  jikalau kita berjaya membuat seorang yang dalam ''kesedihan'' terhibur(senyum) maknanya orang berkenaan akan menceritakan masalah kesedihan dia kepada kita dan itu adalah hukum alam yang melibatkan jiwa dan hati manusia didunia ini .Jaddik kawe  gunakan hukum alam dengan manusia keatas Anuar Musa untuk menceritakan hasrat hati beliau kepada kawe .Setelah YB dan rakannya beredar dari meja kawe dan tinggal kami berdua sahaja maka kawe mula kemukakan soalan kawe kepada Anuar musa yang berada disebelah kawe itu ,beliau tiada pilihan lagi dan terpaksa menjawab persoalan kawe itu mungkin 2 sebab 1. kawe berjaya buat beliau senyum dan sebab kedua adalah kerana gambar beliau senyum ada dalam simpanan kawe dan beliau juga tidak mahu digelarkan sebagai pemimpin yang hipokrit kerana memberi satu senyuman yang dibuat2 kepada kawe tetapi hakikat sebenar dirinya adalah sombong MAKNANYA dalam situasi ini kawe kira beliau tiada pilihan lagi melainkan menjawab segala persoalan kawe.

Soalan kawe kepada Anuar Musa adalah berbunyi " Apakah Najib membawa berita gembira kepada rakyat Kelantan atau berita apakah yang akan keluar dimuka depan didada akhbar esok sempena lawatan PM ke Kelantan hari ini?" Beliau memberi jawapan politik kepada kawe dengan berkata " Saya tidak tahu kerana belum dengar lagi ucapan PM hari ini dan saya juga tidak ada semasa program beliau di Jeli tengahari tadi" hahaha...Kawe tahu dan sedar dengan siapa kawe sedang berhadapan sebenarnya ,kewibawaan Politik Anuar Musa adalah Perdana Menteri Malaysia yang kedua selepas Ku Li dari UMNO Kelate sekiranya peluang itu hendak diberikan kepada anak Kelate ..Beliau seorang tokoh politik yang besar di kelantan itulah susuk tubuh yang kawe sedang berdepan sekarang.Dan untuk tidak mematikan perbualan setakat itu sahaja kerana kawe perlukan Anuar Musa terus bercakap dan bercerita  untuk meluahkan perihal umno kelantan.

Demi untuk bicara terus hidup kawe memberitahu beliau bahawa satu kerugian yang amat besar bagi UMNO Kelantan jika PM tidak mengambil peluang lawatan ini untuk membawa/memberi ''penawar'' kepada ore Kelate kesan daripada apa yang diperkatakan oleh PM di Sabah tempoh hari yang disifatkan oleh ore Kelate sebagai satu PENGHINAAN yang besar.Mendengar kenyataan kawe tersebut beliau kelihatan amat berminat untuk meneruskan perbualan selanjutnya dan berkebetulan 2 orang rakannya minta diri untuk pulang dan beliau tiada pilihan lain lagi selain mengubah kedudukan kerusinya kearah meja kawe dan kami bertiga meneruskan bicara mengenai lawatan Najib ke kelantan.

Bila nampak Anuar Musa mahu fokus untuk berbual dengan kawe serta rakan maka semestinya kawe gunakan peluang ini mencungkil rahsia hati tokoh politik yang licik ini samada apa yang beliau akan perkatakan nanti benar atau tidak itu perkara lain TAPI dalam keadaan begini kawe akan ambil sikap baik sangka.Kawe tambah lagi bahawa kawe ada terbaca dalam FB terdapat kumpulan Pemuda PAS Kelantan menyambut kedatangan PM dengan kain rentang ''Selamat datang PM ke Negeri yang paling miskin di malaysia'' tambah kawe lagi PM patut peka dan sedar perkara ini.Jawab beliau dengan pantas mungkin PM tidak perasan semasa didalam kereta TETAPI sepatutnya para ''pembantu' PM yang ada di kelantan ini memberi penerangan terlebih dahulu kepada PM tentang senario dan mood ore Kelate terhadap PM kata beliau.Memang rugilah UMNO Kelate jika PM tidak dipekakan tentang perkara itu tambah beliau lagi.

Bertindak balas kepada jawaapan beliau kawe kata takkan SUP dan Tok Pa tidak peka perkara ini?Menjawab persoalan kawe ini beliau berkata di kelantan ini banyak isu isu yang boleh dimainkan atau diratibkan untuk melemahkan PAS tetapi pemimpin UMNO Kelantan tidak pandai memainkan isu isu tersebut dan saya tidak berada dikerusi hadapan untuk memainkan isu isu tersebut. Ketua UMNO di Kelantan buat masa ini tidak reti bagi arahan dan tidak reti berpolitik di Kelantan.Apakah Fatmi sebagai SUP Najib tidak berfungsi dan Tok Pa dan DAA juga lemah dlam membaca politik orang Kelate? Soal kawe..

Jawab tokoh ini ,saya sudah berada 30 tahun dalam politik di Kelate ini dan sudah letih serta kelemahan utama UMNO Kelate adalah pemimpin pemimpin UMNO Kelate tidak reti 'Main Angin' ore kelate untuk berpolitik dan saya akui PAS mempunyai kelebihan dalam perkara ini.Fatmi sebagai SUP PM sepatutnya beliau kuat di KB tapi saya yakin beliau takkan menang di KB dalam PRU 13 nanti tambah beliau.Fatmi tidak pandai 'main angin' rakyatnya di KB dan dalam UMNO sendiri pun Fatmi tidak disukai oleh sebahagian besar pimpinan UMNO Kelantan ...jaddik macam mana? Tambah Anuar lagi ..Dato Pha..memang tidak dinafikan beliau seorang yang baik /bijak dan amat rajin bekerja TAPI beliau bukan seorang ahli politik yang baik ,selaku seorang pekerja yang baik saya akui di terbaik ..DAA pun sama mungkin dia bijak dalam bidang ekonomi tapi beliau seorang ahli politik yang lemah ..cuba hayati sebagai menteri apa yang DAA bawa balik ke kelantan untuk membangunkan negeri kelantan soal beliau?

Syarahan Anuar musa berterusan bila beliau menyebut bahawa 14 Ketua Bahagian UMNO di Kelantan ini tolak beliau dan Ku Li  maka tiada lagi orang lain yang boleh bercakap politik ...Sambil ketawa beliau berkata bercakap politik dengan ceramah ada beza ..jangan keliru .Jaddik jikalau KB2 UMNO ini tidak reti politik bagaimana UMNO Kelantan nak rampas Kelate dari PAS dan ketua pula asyik bekerja sebagai seorang menteri bukan sebagai seorang ahli politik di Kelantan ? Ore kelate ini cara politiknya mestilah pandai main politik ' main angin ore kelate' tegas beliau.

Ada 3 perkara yang saya beberapa kali tegaskan dan memberi ingatan kepada PM jikalau berhasrat untuk ambil Kelantan buat masa ini iaitu pembinaan Satdium ,isu royalti minyak dan lebuhraya .Jika UMNO mahu memenangi kelate maka 3 perkara ini perlu diselesaikan dalam kadar segera sebelum PRU 13 .Dalam perbincangan dengan PM tadi saya juga nyatakan pendirian tidak setuju saya berkenaan draf manisfesto yang dibentang dari UMNO Kelantan .Manifesto yang dibuat adalah mengulangi kesilapan yang saya buat semasa saya menjadi ketua umno kelantan dahulu .Politik janji itu dan ini dengan orang Kelantan tidak makan  tambah beliau dengan bersungguh sungguh.

Cukup setakat itu dulu tulisan dari kawe berkenaan perbualan kawe dengan Anuar Musa mengenai masa depan politik UMNO di Kelantan jika kawe rajin maka kawe akan tulis lagi beberapa perkara yang menarik yang diucapkan oleh Anuar Musa berkenaan UMNO dan komen komen beliau terhadap PAS Kelantan.

Kata kata pemimpin besar negara dari umno terhadap rakyat kelantan '' Jika umno diberi peluang memerintah kelantan maka kita AKAN bina jambatan -jambatan merintasi sungai kelate "" ...Datang TGNA kekampung kampung juga membawa jambatan kepada ore kampung '' Adik kakok semua tahu bahawa kita PAS sesok takleh nak bui jambatan dan gertok serupa hak UMNO janji AKAN bui ..Tapi ambo boleh tunjukkan cara untuk meniti diatas jambatan SIRATULMUSTAKIM seksok jjah ...Adik kakok ssini pakat pakat nilai sendirilah....Reboh habisss ore kampung jambatan AKAN UMNO pun lenyap habis ..hahahha itulah kata kata Anuar Musa .




No comments: