Sunday, January 1, 2012

YDP PAS KOTA BHARU LETAK JAWATAN?


Beberapa hari yang lalu telah tersebar gossip gossip liar bahawa ADR KB telah melepaskan jawatannya sebagai YDP PAS KOTA BHARU. Sejauhmana kebenaran berita ini kawe tidak ketahui dimana hujung jatuhnya nasib orang lama PAS ini.Sama ada gossip tersebut benar atau tidak bukanlah menarik minat kawe untuk memperhalusinya.

Pada malam sebelum cerita perletakan jawatan YDP KB ini tersebar ,kawe dan beberapa sahabat yang lain ada bersama sama dengan beliau bersantai sambil minum teh di KB Kopitiam Kota Bharu .Seperti biasa perbualan kami menjurus kepada isu isu politik semasa di Kelantan dan Malaysia .Pada malam itu majlis santai kami tidak sampai ke tahap embun jantan turun kerana Cikgu Wan Rahim memaklumkan besok pagi pagi akan ke Selatan Thai atas satu urusan. Kawe tidak bertanya apa urusan beliau di selatan Thai kerana tidak menjadi satu kepentingan kepada kawe untuk tahu seperti mana kawe tidak menceritakan kepada bahawa esok juga kawe akan ke Besut atas satu urusan. Masing masing ada urusan masing masing diatas keperluan diri sendiri ,jaddik pendirian yang kawe ambil adalah menguruskan urusan masing masing dengan cara tersendiri.

Keesokan harinya kawe ke Besut dan setibanya di Tok Bali kawe menerima satu panggilan telefon dari seseorang mengenai KESASIHAN MP Kota Bharu telah menghantar surat melepas jawatan sebagai YDP KB ,Spontan kawe jawab kawe tidak tahu akan perkara tersebut ,si pemanggil juga memaklumkan bahawa YDP KB telah ke selatan Thai pagi ini ,kawe jawab ..Ya betul Cikgu Rahim telah ke Yala pagi ini diatas sebab sebab yang kawe tidak tahu sepertimana kawe tidak tahu perihal beliau meletakkan jawatan sebagai YDP PAS KB..Setakat itu sahaja perbualan kawe dengan pemanggil tersebut.

Persoalan yang mungkin bermain dibenak orang PAS atau rakyat Kota Bharu adalah kenapa Dato Wan Rahim melepaskan jawatan tersebut? Tetapi persoalan tersebut tidak memeningkan kepala otak kawe untuk memikirkannya.Jawapan mudah kawe adalah beliau mestilah ada sebab sebab yang tertentu yang menyebabkan beliau berbuat demikian sekiranya berita tersebut benar.

Ada beberapa sahabat kawe rasa tidak selesa dengan berita tersebut sekiranya benar dengan alasan akan mengugatkan PAS KB secara khusus dan kelantan secara amnya. Mungkin ada kebenaran dengan pandangan sahabat kawe itu TAPI pada kawe PAS Kelantan tidak runtuh hanya kerana seorang YDP meletak jawatan.Dalam bahawa mudahnya jawatan tersebut diterima sebelum ini dan tiada apa apa kesalahan jika jawatan tersebut ingin dikembalikan semula. Samada rakyat mahu terima atau kepimpinan negeri pihak PAS tidak mahu terima wajar dibincangkan dalam kotak lain bukan diatas kertas perletakan jawatan.

Pendirian kawe jika benar DWR meletakkan jawatan tersebut kawe akan kata BAGUS dan SETUJU dengan tindakan tersebut.Jika tidak benar beliau meletakkan tersebut kawe akan katakan TIADA sebab untuk beliau letak jawatan.MAKNAnya kawe yakin setiap tindakan yang diambil oleh DWR adalah untuk kebaikan PAS Kelantan bukan untuk kepentingan dirinya sendiri...Perlukah kawe huraikan lebih terperinci?? hahaha.

SESIAPA YANG INGIN TAHU KEDUDUKAN SEBENAR MENGENAI PERKARA INI BOLEH TERUS BERTANYA KEPADA TGNA PADA 02-01-2012 NANTI BERSAMA SAMA DENGAN AHLI AHLI UMNO TUMPAS.

2 comments:

Anonymous said...

bunyi khabar xpuas hati dgn NIK AMAR

Unknown said...

Bakpo dengan Nik Amar