Terkedu Kawe bila melihat kad jemputan untuk Ke majlis berbuka puasa bersama dengan Perdana Menteri Malaysia. Berbanyak terima kasih Kawe ucapkan kepada pihak yang menghantar Surat jemputan diluar pengetahuan PM kepada Kawe itu.
Bukan senang untuk rakyat marhein serupa Kawe untuk berada dalam satu majlis bersama dengan pemimpin nombor satu negara walaupun itu Bukan impian Kawe .
Bukan mudah untuk seorang PM mencuri kesibukan Tugas terhadap negara semata mata untuk berbuka puasa dengan rakyat jelata.
Hati Kawe berdetik untuk berkata bahawa sebagai rakyat Kelate Kawe amat teruja bila diundang ke majlis untuk meraikan seorang PM .Mungkin beribu ribu rakyat Kelate akan meraikan PM Malaysia untuk keesokan harinya akbar akhbar arus Perdana menulis PM meraikan beribu ribu rakyat Kelantan di Bachok dalam satu majlis berbuka puasa. Berbanggalah serta kembanglah lubang hidung seluruh rakyat Kelate mendapat seorang PM yang berjiwa Rakyat didahulukan ini.
Langkahan kaki Kawe mungkin menjadi berat untuk melangkah kemajlis meraikan PM ini bila terkenang perbuatan PM ini menafikan HAK. Kawe sebagai ore Kelate .
HARAPAN KAWE JIKA BENARLAH PM INI MAHU MERAIKAN ORE KELATE MAKA DIHARAPKAN MAJLIS INI MENJADI MEDAN YANG SEBENAR BENAR NIAT IHKLAS PM UNTUK RAIKAN ORE KELATE DENGAN KEMBALIKAN "HAK" MEREKA YANG TELAH DINAFIKAN SEKIAN LAMA
No comments:
Post a Comment