Sunday, August 26, 2012

KETUA PKR KELANTAN PATUT LETAK JAWATAN

GAMBAR HIASAN 


Jumaat 4 november 2011 kawe ada menulis di blog ini berkenaan REALITI DAN PERSEPSI PKR DI KELANTAN yang boleh di baca DISINI.Kawe kritik pemimpin nombor satu PKR Kelate hanya kerana satu kenyataan sahaja .Apakah kenyataan beliau patut dikritik ? Mungkin bagi "separuh" orang berkata tiada salah dengan kenyataan beliau dan tidak patut dikritik .Tapi kawe sebagai ''seorang'' orang memilih untuk mengkritik beliau dalam bentuk berbanding PERSEPSI dan REALITI yang patut ditinjau secara ikhlas oleh beliau.Kritikan kawe waktu itu bukan kerana kebimbangan terhadap kenyataan yang telah beliau keluarkan TETAPI lebih kepada kebimbangan untuk masa masa akan datang yang membolehkan PR gagal untuk ke Putrajaya kerana ketidakcermatan beliau dalam bertindak memandu PKR di Kelantan.

Kini setelah 10 bulan berlalu dan kritikan santai kawe dibawa angin berlalu entah kemana .Kawe menulis kali ini bukan lagi untuk mengkritik Ketua PKR Kelantan  TAPI kawe ingin nyatakan pandangan kawe bahawa Ketua PKR Kelate ini patut meletakkan jawatannya dalam kadar yang segera sementara cebisan masa yang masih ada ini untuk rakyat Malaysia memenuhi IMPIAN mereka Putrajaya menjadi milik rakyat.Mungkin KERAS bunyi permintaan kawe kali ini tapi itu adalah HAK mutlak kawe untuk menyuarakan pandangan mengikut citarasa kawe.Mungkin juga ada dikalangan manusia yang ''otak ssumbat'' di luar sana berpendapat bahawa kawe mahu memecah belahkan pakatan rakyat yang wujud di bumi kelantan ini . Bagi mereka yang berpendirian demikian atau berhasrat untuk berfikir kearah itu ,pesanan kawe adalah, kawe bukanlah Timbalan Ketua Penerangan PAS Terengganu seperti AZMAN SHAPAWI.Kawe hanyalah seorang insan yang kerdil seumpama sehelai daun kering ,dipijak hancur dan dibakar menjadi abu yang mempunyai hasrat seperti majoriti rakyat Malaysia yang lain untuk melihat PR kuasai Putrajaya.

Tidak adil rasanya jika kawe tidak menjelaskan kenapa dan mengapa Ketua PKR Kelantan tersebut perlu meletakkan jawatan dalam kadar segera. Jawapan mudah dari kawe adalah beliau GAGAL untuk memimpin dan memperkasakan PKR di Kelantan ini .Namun jawapan mudah tersebut payah dan sukaruntuk di terima oleh otak otak yang totok dan taksub serta berangan angan tinggi tanpa berfikir secara waras.Untuk tujuan tersebut kawe akan luangkan masa kawe untuk memberi penjelasan kepada golongan tersebut .

Pertama Ketua PKR Kelantan ini GAGAL untuk mengahalang ""PENGACAU" PKR dari bermaharajalela di Kelantan , sila baca disini DISINI.Kawe tidak peduli sejauhmana akrab/kroni si pengacau tersebut dengan Ketua Umum PKR Malaysia . Ketua PKR Kelantan patut peka serta tahu kehendak rakyat kelantan yang sebenarnya di Kelantan hari ini BUKAN setakat hanya mengikut apa yang diarahkan oleh DSAI untuk membina kekuatan PKR di negeri Kelantan ini. Hasil dari kegagalan Ketua PKR Kelantan ini kawe telah di maklumkan bahawa si PENGACAU tersebut telah bersedia dengan jentera dan skuad media barunya untuk menaikkan IMEJnya semula di kelantan BUKAN untuk menaikkan IMEJ PKR Kelantan untuk menghadapi PRU 13 nanti. Kawe yakin dan percaya Ketua PKR Kelantan tahu dengan amat jelas perkara ini TAPI beliau tidak mampu berbuat apa apa walaupun kuasa sebagai Ketua PKR Kelantan itu dimiliki oleh beliau. Kawe akan menentang habis habisan perbuatan kurang sihat si Pengacau tersebut yang lebih mementingkan kehendak peribadi dirinya daripada bekerja untuk mencapai hasrat Rakyat Malaysia menakluki Putrajaya. Dan sesiapa yang bersekongkol dengan si pengacau tersebut juga akan kawe tentang termasuk Ketua PKR Kelantan yang GAGAL menangani perkara tersebut walaupun mempunyai kuasa untuk berbuat demikian.

Kedua dan yang terbaru kenyataan yang dibuat oleh Ketua PKR Kelantan berkenaan PKR mahu kerusi Parlimen Bachok untuk di tukarkan dengan kerusi Parlimen Machang.Pada kawe ini satu kenyataan tak sedar diri atau satu keputusan yang tidak masuk akal yang di buat oleh Ketua PKR Kelantan yang boleh mengundang satu bencana kepada PKR dan PR di Kelantan.Kawe puji sikap jujur Ketua PKR Kelantan mengakui kelemahan PKR Machang apabila SU Agung PKR merangkap Ahli Parlimen Machang hari ini akan meninggalkan Kelantan untuk bertanding di Kedah .Tapi kawe persoal pemilihan Parlimen Bachok untuk ditukarkan dengan Machang. Apa rasional yang ada di pemikiran Ketua PKR Kelantan ini ? Tak mungkin beliau tidak peka atau tidak mengetahui bahawa PKR Bachok adalah yang paling lemah di kelantan bersama sama dengan PKR Pengkalan Chepa dan Kubang Kerian.

Ketua PKR Kelantan ini juga gagal untuk memberitahu kepada umum atas kekuatan apakah PKR Bachok mampu untuk mengekalkan kerusi yang dimenangi oleh PAS dalam PRU 12 yang lalu. Seluruh rakyat Kelantan tahu bahawa PKR tiada mempunyai ahli yang ramai di Bachok ,bila tiada ahli maka tiadalah jentera parti untuk bekerja memenangkan calon PKR nanti.Bila ahli tiada dan jentera tidak wujud maka sudah tentulah calon pun TIADA tetapi Ketua PKR Kelantan berkata PKR ada harapan untuk menang di Bachok . Apa sandaran dari Ketua PKR ini??

Tercatat didada akhbar bahawa Ketua PKR Kelantan ini menyatakan beliau yakin seorang ahli UMNO mempunyai harapan jika bertanding dengan Datuk Dr Awang Adek Hussien di Parlimen Bachok.Apakah ini satu sikap yang patut ada kepada seorang Ketua PKR Kelantan yang mahu tukarkan Kerusi Parlimen Machang dengan kerusi Parlimen Bachok? Apakah masuk dek akal yang waras seorang Ketua PKR Kelantan bergantung harap kepada ahli UMNO untuk mengalahkan DAA di Bachok? Apakah Ketua PKR Kelantan ini mahu membutakan mata PAS Bachok bahawa UMNO Bachok menyokong beliau dan itulah sebenar benarnya kekuatan PKR di Bachok?Kawe sudah tidak mahu jawapan lagi dari Ketua PKR Kelate tersebut TAPI kawe mahu beliau letakkan jawatan dalam kadar yang amat segera.

Seorang yang bertaraf Ketua PKR Kelantan harus ambil iktibar dari kejadian 16 September yang di war war kan oleh DSAI satu ketika dahulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan yang melibatkan bayangan ahli UMNO untuk menyertai PR.Seharusnya hak milik orang jangan dikatakan hak milik kita walaupun kita berhasrat untuk memiliki ,biarlah pertukaran hak milik tersebut berlaku dahulu barulah boleh dijaja ke hulu hilir mengatakan HAK kita.

Dalam perkembangan lain kawe diberitahu bahawa semua pemimpin pemimpin PKR Kelantan yang lain tidak bersetuju dengan cadangan Ketua PKR Kelantan untuk memohon pertukaran kerusi tersebut TAPI ayat muktamad yang diberikan oleh Ketua PKR Kelantan adalah kehendak pimpinan atasan untuk membolehkan beliau menandatangani surat kepada PAS Kelantan itu.

Pada kawe amat wajar sekali beliau letakkan jawatan kerana bukan sahaja gagal memimpin PKR Kelantan tetapi juga telah melahirkan suasana yang tidak selesa dikalangan pimpinan PAS dan PKR di Kelantan kerana kenyataan dan tindakan kurang cermat dari beliau.

JIKALAU PAS TERENGGANU MEMINTA PKR UKUR BAJU DI BADAN SENDIRI ...KAWE MINTA PKR KELANTAN JANGAN TERLEBIH BERMIMPI DI SIANG HARI 

No comments: