Sekurang kurangnya sekali seminggu selipar kawe terlibat dengan perhimpunan mereka dengan satu matlamat.Selipar selipar ini datang dengan pelbagai saiz dan warna .Selipar selipar ini tidak berebut tempat untuk diletakkan,selipar selipar ini tidak bersunggut untuk disusun.Selipar selipar ini tidak melantik KETUANAN selipar diantara mereka.Perhimpunan selipar ini berlaku dengan aman tanpa bertelagahan.Perpaduan selipar ini utuh dengan haluan satu arah walaupun setelah perhimpunan selesai jalan mereka bersimpang siur pelbagai arah.
Selipar hanya mempunyai jasad tapi tidak mempunyai roh sendiri .Roh selipar adalah jasad melayu secara majoritinya di bumi Malaysia ini.Jasad Melayu yang membawa selipar selipar ini perhimpun untuk perpaduan setiap minggu di seluruh Malaysia tanpa ketinggalan .Jasad melayu ini tidak akan lupa hari dan waktu perpaduan selipar setiap minggu.
Saban minggu makan bulan berganti tahun perpaduan selipar ini begitu dijaga oleh jasad melayu untuk menjadi roh kepada selipar selipar ini.Tanpa ada sunggutan dari jasad melayu untuk menjadi roh selipar ini berpuluh puluh tahun lamanya.Begitu hebat sekali jasad melayu menjaga perpaduan selipar di bumi Malaysia ini.
Bagaimana ROH Melayu menjaga perpaduan jasad melayu? Bagaimana ROH Melayu menjaga penyatuan Melayu? Adakah sesetia jasad Melayu menjadi roh kepada selipar ROH Melayu menjaga jasad Melayu?
Perlukah kawe perjelaskan apa itu ROH Melayu? Melayu tidak akan menjadi hebat kerana jasad yang kaku.Melayu tidak akan PERKASA dengan jasad tidak bergerak.Melayu tidak akan dihormati dengan jasad yang kotor .Melayu tidak akan digeruni dengan jasad yang biru dan beku.Melayu tidak akan dipandang tinggi jika mempunyai jasad yang tiada jiwa.Melayu akan dihina jika ada jasad yang otak tidak berfungsi.
Roh perlu ada dalam jasad Melayu untuk menjadik Melayu yang hebat ,Melayu yang perkasa,Melayu yang dihormati,Melayu yang digeruni,Melayu yang dipandang tinggi,Melayu yang tidak dihina.
Roh Melayu memang berfungsi dalam jasad melayu di bumi Melayu ini untuk menggerakkan jasad jasad Melayu supaya tidak kaku.Mari kita nilai cara ROH Melayu berfungsi .
KEJAYAAN ROH MELAYU
1.ROH Melayu berjaya menggerakkan bibir jasad Melayu untuk berkata Melayu mesti bersatu terutamanya perpaduan PAS -UMNO untuk menyatukan Melayu.
2.ROH Melayu berjaya membuat bibir Melayu menuturkan bahawa Cina itu anti Melayu.
3.ROH Melayu berjaya buat bibir jasad pemimpin Melayu untuk berkata JIKA BN menang di Kelantan maka pembangunan akan dilakukan.
4.ROH Melayu berjaya buat bibir jasad Melayu melafazkan hukum Allah tidak akan ditegakkan di Malaysia .
5.ROH Melayu berjaya menngerakkan tangan jasad Melayu untuk membenarkan segala bentuk judi dilesenkan.
KEKURANGAN ROH MELAYU
1.ROH Melayu gagal untuk menggerakkan hati jasad Melayu untuk bersatu tanpa berpaksikan politik kepertian.
2.ROH Melayu gagal untuk menyimpan hasrat anti Cina dihati jasad Melayu didalam dada.
3.ROH Melayu gagal membuka hati jasad Melayu untuk membangunkan orang Melayu tanpa memerlukan BN menang di Kelantan.
4.ROH Melayu gagal menyatukan jasad hati hati melayu untuk berazam melaksanakan hukum Allah di Malaysia.
5.ROH Melayu gagal membentuk jasad hati Melayu bersatu membenci kemungkaran di Malaysia.
Sepintas lalu begitulah kelebihan dan kekurangan ROH Melayu yang mungkin ada beribu ribu lagi yang boleh disenaraikan.
APAKAH DENGAN SEMANGAT TAHUN BARU 2013 INI AKAN MERUBAH ROH MELAYU?
No comments:
Post a Comment