Kawe bangun untuk beritahu Prof Agus bahawa tidak semua rakyat Kelantan setuju dengan cara beliau kritik kerajaan kelantan hari ini walaupun boleh dikatakan seratus peratus yang berada didewan Hotel Raudah tempoh hari setuju dengan beliau termasuk kawe.
Kelantangan beliau mengkritik Kerajaan Kelantan pada hari ini terutama dalam isu lebuh raya rakyat dan isu air serta menyentuh sedikit mengenai kemelut kepimpinan PAS Kelantan telah mendapat perhatian banyak pihak termasuk pihak Kerajaan kelantan sendiri.
Kawe tidak peduli segagah mana atau selantang mana beliau kritik kerajaan Kelantan TAPI kawe timbul perasaan ingin tahu kenapa beliau berbuat demikian .Atas sebab apa? Atas dasar apa? Apa kehendak dan keinginan beliau yang sebenarnya? Jangan tanya kawe bakpo perasaan ingin tahu kawe itu membuak ....Untuk mendapat jawapan dari persoalan yang wujud dibenak kawe ini tiada jalan lain yang lebih elok bagi kawe selaian berjumpa dan bersemuka dengan beliau secara berdepan.Kawe tidak mahu gunakan mata dan telinga orang lain untuk rungkaikan persoalan yang ada dibenak kawe ini.Satu perkara yang kawe sedar adalah ...siapalah diri kawe ini untuk mencuri masa emas seseorang yang sibuk seperti Prof Agus.
Dalam ikhtiar kawe untuk bersemuka dengan Agus ini kawe nyatakan hasrat kawe kepada seorang sahabat yang dikenali dengan nama Ranum Setia .Melalui sahabat ini kawe pohon beliau sampaikan hasrat kawe untuk berjumpa dengan Agus secara santai .Kawe diberitahu oleh sahabat ini bahawa Agus terlalu sibuk terbang sana sini ke luar negara .Kawe sudah bersedia untuk menerima jawapan sebegitu .Akhirnya pada suatu malam yang agak lewat Agus telefon kawe dan kami berbual agak singkat dalam tempoh 6 minit lebih kurang .Kawe nyatakan hasrat kawe untuk berjumpa beliau secara santai sambil minum kopi jika beliau kelapangan .Beliau nyatakan tentang kesibukan beliau kerana keesokan harinya beliau akan bertolak ke eropah dan beliau berkata selepas beliau kembali dari eropah mungkin kami boleh berjumpa di mana mana kedai kopi di Bangi.
Masa berlalu dan kawe tidak berhubung lagi dengan Agus melainkan sekali sekala berkomen dirungan FB.Sehinggalah bila satu posting di buat Group Cakna UT bahawa Prof Agus akan berwacana di sebuah Hotel di Kota Bharu sebelum hari raya haji.Berkebetulan kawe juga berada di KB pada tarikh tersebut. beberapa jam sebelum program bermula kawe hubungi Agus untuk bertanya samada beliau berkesempatan untuk minum teh dengan kawe selepas program beliau selesai. Jawapan yang kawe terima dari beliau amat positif walaupun satu kepastian belum diperolehi.
Kawe hadirkan diri dalam program bersama Agus dan seorang lagi ahli akademik . Khalayak memenuhi dewan dan rata rata yang kawe lihat adalah dari golongan anak anak muda .Ramai juga diantara khalayak yang kawe kenali dan terdiri dari rakan rakan .Majlis yang di pengerusikan oleh Yb Ahli Parlimen Kubang Kerian dimulai dengan lancar. Format secara soal jawab amat menerujakan khalayak dan ahli p anel. Walaupun Agus cuba menyatakan tujuan sebenar yang beliau mahu dalam pertemuan tersebut tapi khalayak lebih teruja untuk mendorong beliau menjawab soalan soalan yang diajukan walaupun soalansoalan yang dilontarkan menyimpang dengan kehendak sebenarAgus.
Kawe mengambil peluang tersebut untuk mencari jawapan kepada persoalan dibenak kawe dari jawapan jawapan yang diberikan oleh Agus kepada hadirin. Agus meluahkan hasrat dan keinginannya kepada hadirin dengan jelas akan matlamat dan kenapa beliau perlu bangkit dan kritik kerajaan Kelantan pada hari ini. Agus juga jelaskan apa yang akan dibawa dan akan dibentangkan kepada MB dan TMB dalam perjumpaan beliau keesokan harinya.Kawe tidak mahu jelaskan secara terperinci isi kandung program tersebut kerana semuanya telah disiarkan secara langsung ke seluruh dunia.
Selesai majlis serta sesi bergambar Agus dengan peminat peminatnya di Raudah ,Agus setuju untuk minum kopi di Hayaki bersama kami. Setibanya kawe di Hayaki Agus yang ditemani anak lelakinya sudah ada dimeja bersama para sahabat kawe Mazhar ,Dr Rusli, Hakim Hazimi, Tok Gawwa Pha, Dr Kamarulzaman serta beberapa yang lain.Perbualan kami pada malam itu kawe tafsirkan tidak mencapai kehendak Agus secara santai di kedai kopi.Kawe memilih untuk menyimpan lontaran lontaran orang kampung kepada Agus demi tidak mahu merencatkan perbincangan secara akademik yang cuba di bawa oleh rakan rakan yang lain.
Setelah agak lewat malam dan Agus perlu bersedia untuk mengadakan pertemuan denganMB dan TMB serta para Exco Kerajaan negeri keesokan harinya . Sebelum Agus dihantar ke Hotel penginapannya beliau beritahu kawe dan Jeming Hassan untuk makan tengah hari bersama keesokan harinya selepas beliau selesai bertemu dengan MB dan TMB.Jeming Hassan akan berhubung dengan Agus untuk menentukan restoren mana untuk kami makan tengah hari.
Sebelum pulang pada malam itu kawe bagi tahu kepada Jeming supaya beritahu kepada Agus tempat makan tengah hari adalah di restoren Syam berek 12. Pukul 12 tengah hari keesokannya Jeming hubungi kawe dan beritahu restoren Syam tutup dan bertanya restoren mana untuk beliau tuju .Kawe jawab ,kita pergi ke Restoren Sharin Low di berek 12 juga. Setelah selesai perjumpaan di SUK ,Agus hubungi kawe dan bertanya ada dimana dan mahu lunch di mana . Kawe jawab restoren Syam tutup dan kita akan makan di Restoren Sharin Low tapi Agus nyatakan keinginan untuk makan di Restoren Zakini yang juga di berek 12. Kami setuju .
Setibanya Agus beserta anak lelakinya di Zakini ,terus memilih juadah makan tengah hari untuk dinikmati bersama .Sambil menikmati hidangan tengah hari Jeming Hassan memulakan perbualan dengan bertanya soalan soalan yang berkisar kepada pertemuan Agus dan pihak kerajaan negeri sebentar tadi.Kawe hanya mahu mendengar penjelasan dari Agus tanpa banyak pertanyaan .
Satu demi satu penjelasan diberikan oleh Agus kepada kami mengenai pertemuan selama 3 jam itu.Kawe juga tidak akan menulis dengan terperinci butirannya disini . Apa yang kawe boleh katakan adalah pertemuan tersebut bagi Agus amat positif diantara kedua dua belah pihak . Agus diberikan peluang yang mencukupi untuk nyatakan hasrat dan pendiriannya kepada MB dan TMB dalam pertemuan tersebut.Beberapa penjelasan juga telah diberikan kepada Agus oleh MB dan TMB kepada Agus. Penjelasan mengenai lebuh raya rakyat Agus katakan beliau terima dan tindakan yang diambil oleh pihak kerajaan itu ada "KEPATUTANNYA" manakala penjelasan pihak kerajaan mengenai isu air beliau terima itu sebagai satu jawapan yang DAIF oleh pihak kerajaan.
Apa yang menarik minat kawe terhadap Agus ini adalah bila mana beliau beritahu kami bahawa secara terbuka beliau nyatakan kepada MB dan TMB bahawa segala penjelasan yang diberikan kepada beliau ini MESTI diberitahu kepada rakyat secara terbuka mengenai kedua dua isu yang dibangkitkan itu . Katanya Agus kepada kami juga MB dan TMB berjanji akan berbuat demikian dalam masa terdekat.
Jeming Hassan tetap Jeming Hassan.Keadaan di restoren Zakini agak panas walaupun ada kipas angin yang berpusing diatas kepala kami. Dan dalam hati kawe berdetik adakah Agus akan minta diri dengan kadar segera kerana bahang panas atau beliau akan membuka butang baju batik suteranya birunya untuk dedahkan dada melepaskan ruap ruap bahang . Bila Agus membuka butang bajunya sekali lagi hati kawe berdetik bahawa 'manusia' ini IKHLAS dengan apa yang diperkatakan.Bila kawe telah yakin dengan keihlasan hati orang yang berada disebelah kanan kawe tersebut maka barulah berani untuk kawe berbicara dengan kehendak maksud yang jelas .
Bila Agus sentuh tentang Husam dan keperluan diri Husam kepada PAS dan rakyat kelantan dan perkara ini juga dibawa sebagai pandangannya kepada MB dan TMB . Dan bila Agus ceritakan juga respon dari MB dan TMB berkenaan Husam .Kawe TEGASkan kepada Agus bahawa kawe dan kita semua patut melihat bahawa tiada perbalahan/pertelingkahan/permusuhan diantara Nik Amar dan Husam.
Agus terus bercerita tentang kesanggupan dirinya untuk membantu apa apa satu bantuan yang difikirkan perlu oleh pihak kerajaan negeri dan tawaran tersebut ditawarkan oleh beliau kepada MB dan TMB.Disaat itu kawe mendapati suara Agus sedikit sebak dan mata beliau mula bergenang kemerahan sebelum menitiskan air jernih untuk menghabiskan kata katanya ..saya sedih melihat gelagat pemimpin pemimpin dinegeri saya ....saya sedih memikirkan nasib rakyat negeri saya jika keadaan ini tidak berakhir.
Kawe berpendapat MB dan TMB juga melihat sepertimana kawe dan jeming Hassan tengok bagaimana air mata Agus gugur di buminya sendiri dihadapan dua orang pemimpin besar negeri. Kawe andaikan itulah air mata harapan yang IKHLAS yang gugur untuk melihat negeri ini ditadbir urus dengan baik untuk manfaat dan kesejahteraan seluruh rakyat.
Segala persoalan dibenak kawe terhadap kenapa dan mengapa Agus begitu lantang kritik kerajaan negeri sudah terjawab tanpa satu soalan khusus diajukan.Agus telah tunjuk KEIHKLASANNYA di depan mata kawe dan juga didepan mata pemimpin besar negeri .
AIR MATA BOLEH JADI PENYELAMAT DALAM SATU KEADAAN DAN BOLEH JUGA JADI PEMUSNAH DALAM SATU SITUASI NAMUN HARUS DI INGAT BAHAWA IANYA BUKANLAH SEPERTI MENGURUS AIR DALAM CAWAN DARI TERTUMPAH KELUAR.
1 comment:
Salam
Amat terharu sekali dengan coretan Mattblack kali ini. Terserlahlah nat Prof Agus yang amat prihatin terhadap negeri kelahirannya. Di harap kepimpin negeri Kelantan melakukan koreksi terhadap apa-apa kepincangan yang berlaku agar survive Pas sebagai sebuah partai hebat kekal menyinar
Post a Comment