Thursday, August 2, 2012

Tak ramai yang tahu apa yang berlaku diantara 70-an hingga 90-an
















Jemputan berbuka bersama PM


P100


Terkedu Kawe bila melihat kad jemputan untuk Ke majlis berbuka puasa bersama dengan Perdana Menteri Malaysia. Berbanyak terima kasih Kawe ucapkan kepada pihak yang menghantar Surat jemputan diluar pengetahuan PM kepada Kawe itu.

Bukan senang untuk rakyat marhein serupa Kawe untuk berada dalam satu majlis bersama dengan pemimpin nombor satu negara walaupun itu Bukan impian Kawe .

Bukan mudah untuk seorang PM mencuri kesibukan Tugas terhadap negara semata mata untuk berbuka puasa dengan rakyat jelata.

Hati Kawe berdetik untuk berkata bahawa sebagai rakyat Kelate Kawe amat teruja bila diundang ke majlis untuk meraikan seorang PM .Mungkin beribu ribu rakyat Kelate akan meraikan PM Malaysia untuk keesokan harinya akbar akhbar arus Perdana menulis PM meraikan beribu ribu rakyat Kelantan di Bachok dalam satu majlis berbuka puasa. Berbanggalah serta kembanglah lubang hidung seluruh rakyat Kelate mendapat seorang PM yang berjiwa Rakyat didahulukan ini.

Langkahan kaki Kawe mungkin menjadi berat untuk melangkah kemajlis meraikan PM ini bila terkenang perbuatan PM ini menafikan HAK. Kawe sebagai ore Kelate .

HARAPAN KAWE JIKA BENARLAH PM INI MAHU MERAIKAN ORE KELATE MAKA DIHARAPKAN MAJLIS INI MENJADI MEDAN YANG SEBENAR BENAR NIAT IHKLAS PM UNTUK RAIKAN ORE KELATE DENGAN KEMBALIKAN "HAK" MEREKA YANG TELAH DINAFIKAN SEKIAN LAMA

Sedak Dok Dek

Wednesday, August 1, 2012

Bahaya


P93


Biar pun mencari rezeki yang halal tapi membunuh diri sendiri adalah perbuatan yang haram.
Pesanan yang Kawe selalu gunapakai satu ketika dahulu adalah :
Kamu datang beribu kilometer dengan berjauhan Dari keluarga tercinta adalah dengan satu HARAPAN sahaja iaitu memberi kehidupan yang Lebih sempurna kepada mereka.
Harapan mereka pula Bukan untuk menerima satu bungkusan kain putih yang berisikan diri kamu yang kaku .
P/s: Gambar diatas diambil depan Pusat pembayaran Bil CELCOM di Sri Cemerlang Kota Bharu.

PENCERAHAN KEPADA OTAK KEMETOT

1. Pintu masuk jangan di halang >>> Zalim 




2.Pintu keluar jangan di sekat>> Kejam




3. keluar dan masuk >>> Proses yang tidak boleh berhenti. 





4. Sekatan adalah satu penafian.




5.Pemberian adalah Jalan keluar yang berlapang




7.Sekejap Bukan bermakna tidak menganggu,





8.Capai matlamat jangan sampai merosakkan



9.Kemudahan tidak wajar dijamin dengan kepayahan.



10. Berdiam diri Bukan jaminan bersetuju secara hakiki