Wednesday, October 29, 2008

DARUL RAHMAT



Kokokan ayam jantan di pagi yang hening di Darul Rahmat adalah suatu yang indah dan merdu tentulah mengubati kerinduan insane yang bergelar anak kampong seperti kawe.

Kicauan muzik alam yang indah setelah fajar menyinsing yang dilagukan oleh makhluk tuhan yang mula mengepakkan sayapnyu ntuk mencari rezeki dipagi itu menjadi ganti kepada deruman enjin kenderaan yang mengotorkan alam untuk manusia mencari nafkahnya dikota telah melunakkan telinga kawe di Darul Rahmat.

Bila melihat mesin rumput semulajadi memakmur dan menjaga bumi tuhan ini menyedarkan kawe betapa kerdilnya diri kawe dibumi sementara ini.

Kedamaian dan keindahan di bumi Darul Rahmat ini adalah persinggahan sementara jua bagi kawe kerana laungan sang musafir bergema di telinga mengatakan hujan emas akan menimpa ditanah gersang.

Bumi hijau Darul Rahmat akan disisihkan lagi bagi memenuhi perjalanan hidup kawe yang tak pasti dimana penghujungnya,.kokokan si jantan akan dipinggirkan lagi,muzik indah si murai akan digantikan lagi …..kerinduan ini akan kawe pikul disepanjang perjalanan.

Malam terakhir kawe bermalam di Darul Rahmat pada tahun ini adalah sesuatu yang indah ……kerana malam esok kawe tidak lagi akan dapat menikmati sinaran bulan yang di pagari bintang bintang indah di Darul Rahmat.

Ribuan terima kasih kepada keluarga dan handai taulan yang berkesempatan untuk menzirahi kawe di Darul Rakhmat walaupun untuk seketika yang singkat……senda Kappok,gurauan Tuak,seri Matt Boo bersama dengan kawe di Darul Rahmat adalah lambang ikatan sahabat yang terbina .

Sahabat ku nippon terima kasih kawe ucapkan diatas kesanggupan demo untuk menyusahkan diri demi untuk melegakan dan memudahkan perjalanan seorang sahabat.

KEPADA SAHABAT SAHABAT YANG MENGENALI DIRI KAWE ……KEKALKANLAH TALI ITU SUPAYA TIDAK PUTUS

No comments: