Sunday, January 24, 2010

TERKUBURNYA "'SEMESTA'' UNTUK ''FARISAINS'' MENCARI TAPAK


Harimau meninggalkan belangnya walaupun bangkainya sudah tiada lagi ....Manusia akan meninggalkan jasa untuk dikenangkan walaupun jasadnya ditelan bumi...

Nama SEMESTA telah gah dengan gayanya yang tersendiri hasil usaha beberapa abang dan kakak kita yang terdahulu sehinggakan menjadi cukup terkenal di seluruh Malaysia dan menjadi kebanggaan kepada seluruh pelajar yang pernah menjadi penghuni di suatu daerah tempat menimba ilmu dunia dan akhirat termasuklah pengalaman untuk mengenali erti sebuah persahabatan ,sebuah kehidupan yang jauh dari keluarga tersayang....

Semasa mula mula kawe mengenali SEMESTA 3 tahun yang lampau kawe diantara orang yang kuat mempersoalkan nama ini,pertikaikan kenapa nama ini ......Persoalan persoalan yang kawe lontarkan mengenai nama ini telah menimbulkan reaksi reaksi yang kurang selesa kepada barisan AJK persatuan ini pada waktu itu walaupun apa yang kawe pertikaikan cuma pada nama yang berkebetulan ada kesamaan dengan sebuah pertubuhan yang lain dan mengelirukan ahli ahli baru seperti kawe.

Pelbagai penjelasan yang kawe terima dan dengar dari abang dan kakak terdahulu mengenai nama ini ,ada dengan nada yang bersahaja.bersungguh sungguh dan tidak ketinggalan jugak sedikit emosi yang berlebihan tetapi bagi kawe itulah keihklasan dalam menyatakan sesuatu yang benar.

Dari penjelasan itu fahamlah kawe bahawa semangat yang ada kepada mereka untuk SEMESTA ini amat kuat ,amat mendalam,amat sayang,amat prihatin........Harus dibaca nilai penyatuan ,dedikasi untuk membantu adik adik ,memastikan silaturrahim berpanjangan BUKAN nama SEMESTA itu...APALAH ada pada nama jikalau semangat dalam jamaah, muafakat,prihatin itu tiada.

SEMESTA terus gah diseluruh pelusuk dunia dengan ahlinya memakai tali leher yang berlambangkan semesta setiap hari rabu bagi ahli ahli korporat,ahli ahli akademik,peniaga peniaga besar,datuk datuk,dr dr dan Yang Berhormat.Di jalanraya pula boleh dilihat kereta kereta berlambang SEMESTA diseluruh Malaysia memenuhi jalanraya.ITULAH SEMANGAT yang ada pada ahli ahli yang mendukung sebuah persatuan yang bernama SEMESTA.

2010 adalah tahun bersejarah kerana nama SEMESTA menemui ajalnya...SEMESTA dikuburkan dari sebutan yang meniti dibibir yang mendukung akan semangatnya.Batu nesan SEMESTA di bina secara sah oleh pemegang pemegang amanah semangat ini denga suara majoriti ahli yang setuju.....

FARISAINS adalah nama baru bagi persatuan ini .....mungkin ada ahli yang diluar sana yang merasa sedih,terkilan,tak puashati dengan penukaran nama ini .....

Pendirian kawe pasal nama ni tak tukar pun takper, tukar pun boleh... MAKNANYA bagi kawe nama persatuan itu bukan isu tapi matlamat dan maksud kepada persatuan hok lebih penting....SEMANGAT yang perlu dikekalkan ....KERJASAMA yang diharapkan......MUAFAKAT yang perlu dititikberatkan.....

Adakah kawe takdok pendirian ? Dulu persoal ,pertikai ,serang ajk habis habisan pasal nama ..loni kato tak tukar pun takpo pulok....Biar kawe perjelaskan disini...

Pertamanya nama itu berkebetulan sama dengan sebuah lagi persatuan yang lain dan ini akan mewujudkan kekeliriuan bukan sahaja kepada ahli ahli yang baru atau orang luar MAKNANYA persoalan dan pertikaian peringkat awal dari ahli ahli yang baru nak menjinakkan diri dengan persatuan ini tidak akan dapat di elakkan dan akan berpanjangan sampai bila bila selagi nama tidak ditukarkan.

Kedua adalah kerana perbezaan era diantara senior dan junior jadi maklumat yang kawe dapat dari golongan junior mengatakan nama persatuan ini tidak ada ciri ciri mereka sebagai junior kerana nama sekolah telah bertukar ditambah pulak dengan perkara yang pertama diatas menyebabkan golongan muda ini tawar hati,tidak berminat untuk mendekati persatuan ini.Bagi kawe ini satu kerugian kepada persatuan kerana golongan ini adalah penyambung kepada generasi tua.TENGOK dalam bentuk semangat kerana NAMA........kerana golongan ini belum memahami semangat yang ada dalam dada golongan pengasas.....

Ketiga terdengar juga runggutan dari golongan muda mengatakan bila menyebut soal nama ini amat sensitif bagi golongan senior pada waktu itu ...seolah olah suara orang muda ini diketepikan dan dipinggirkan seperti budaya didalam sekolah masih diamalkan senior adalah raja yang berkuasa .ini menyebabkan golongan muda rasa rendah diri dan merasa hingusan dalam hendak memberi pandangan kepada persatuan walaupun banyak perkara yang mereka tak setuju.....jadik hanya golongan muda yang menilai semangat sahaja akan mendekati persatuan manakala yang mengagungkan nama akan menjauhkan diri.

Kini "'FARISAINS"" meletakkan golongan muda dihadapan sambil ditongkat/ditampu oleh golongan tua dari belakang mewujudkan satu kombinasi yang amat utuh untuk mengekalkan semangat "'SEMESTA"" didalam dada walaupun namanya telah meninggalkan JASANYA sahaja.

Harapan kawe berduyun duyunlah golongan muda yang pada suatu ketika dulunya dikatakan suara disekat menyertai persatuan ini sekarang dan bawalah ""FARISAINS "' ini dipuncak kejayaan melangkaui pencapaian sebelum ini.

Kawe yakin SEMANGAT golongan pengasas tidak akan luntur dari untuk terus memajukan persatuan walaupun namanya telah bertukar kerana semnagta dari merekalah perstauan ini menjadi TERNAMA.....

Kawe terkilan jugak SEMESTA hile ni kerana kawe takleh doh nok tunjjuk ""manggok"" kawe jale buka dada tebeng logo SEMESTA di dada di semua negara hok kawe gi..harap harap FARISAINS tak ambik masa yang lama untuk kembalikan ""manggok"" kawe tu ...

No comments: