Di Masjid Al-Ijabah setelah selesai sembahyang sunat 2 rakaat nabi Muhammad S.A.W berdoa panjang setelah selesai Nabi menghadap para sahabatnya dan bersabda
"'Ada tiga hal yang kudoakan kepada Allah di tempat ini.Dua hal dikabulkan (Ijabah)oleh-Nya dan yang satu lagi tidak dikabulkan.
1.Kumohonkan kepada Allah agar umatku jangan dibinasakan kerana kekering (kelaparan).Permohonanku ini dikabulkan Allah.
2.Kupintakan agar umatku jangan disiksa (dibinasakan) dengan musibah karam (ditenggelamkan).Permintaanku yang kedua ini dikabulkan juga.
3.Kudoakan agar umatku jangan binasa kerana perpecahan(permusuhan) sesama mereka .Doa yang ketiga ini tidak diperkenankan"'
(Riwayat Muslim)
Adakah Allah menggalakkan permusuhan? Al-Quran Nur karim di turunkan kepada manusia untuk mengenali musuh musuh Allah dan memerangi/menerangkan kepada mereka sehingga hari kiamat.
Adakah Allah suka perpecahan dikalangan manusia? Nabi Muhammad S.A.W diutuskan untuk penyatuan umat manusia kepada kalam Allah.
Jika kita singkapkan sejarah disaat kewafatan junjungan besar kita Muhammad S.A.W …..umati ..umati ..umati yang keluar dibibir beliau disaat saat beliau dalam perjalanan untuk berjumpa dengan Kekasihnya untuk meninggalkan dunia buat selama lamanya .Adakah kerana doanya yang no 3 tidak dikabulkan oleh Allah yang menjadi kebimbangan/kerunsingan/keresahan dalam dirinya memikirkan apa akan terjadi kepada umatnya setelah ketiadaan beliau di muka bumi ini sehingga akhir hayat?
Apakah perbezaan pendapat sehingga pertumpahan darah yang berlaku dikalangan sahabat Nabi S.A.W yang mana golongan ini di jamin syurga oleh Allah tidak di murkai oleh Allah? ,Apakah sebab musabab perbezaan pendapat ini berlaku ? Kerana harta? ..kerana kuasa? …kerana ego? Jawapan nya tidak …Cuma perbezaan dalam mencari jalan untuk mendapatkan keredaan Ilahi…..Perbeza haluan dalam memartabatkan agama Allah…..Perbeza pandangan dalam memartabatkan sunnah nabi S.A.W…
Adakah doa untuk menegakkan syiar islam ini yang ditolak oleh Allah daripada kekasihnya ? Apakah kebimbangan Nabi S.A.W ini perkara remeh?Bukankah Nabi S.A.W menyayangi umatnya melebihi dirinya…Wallahualam.
Perpecahan atau permusuhan yang berlaku dalam masyarakat kita hari ini bukan lagi kerana perbezaan pendapat/pandangan mengenai cara /haluan/jalan bagaimana mana nak menegakkan agama Allah…cara bagaimana nak memartabatkan Islam …cara bagaimana nak menuruti sunnah nabi TETAPI pergaduhan/permusuhan/pengkhiatan kerana berebut HARTA …kerana berebut KUASA…….Ini realiti yang berlaku dalam dunia kita hari ni …yang berlaku dalam Negara kita hari ini…yang berlaku dalam masyarakat kita hari ini…yang berlaku dalam keluarga kita hari ini
PEREBUTAN HARTA
Dalam masyarakat kita sering kita dengar perbalahan berlaku diantara adik beradik berlaku setelah kematian ibu bapa kerana berebut harta pusaka .Harta pusaka ini halal dalam agama islam sehinggakan cara pembahagiannya pun diterangkan dengan jelas sekali TETAPI menjadi harta PUAKA disebabkan tamak haloba yang ada dalam diri kita kerana HARTA persaudaraan terputus .
APAKAH INI PERPECAHAN YANG DI RELAKAN OLEH ALLAH?....RUJUK SEMULA KEPADA KALAMNYA.
PEREBUTAN KUASA
Kekuasaan dan berkuasa itu milik Allah ….Bila mana manusia cuba untuk memindah milik kan KUASA maka ia satu malapetaka bagi manusia itu sendiri.Manusia musnah kerana KUASA…manusia lupa diri kerana KUASA..manusia jadik DURJANA kerana berkuasa ….Dalam Negara kita para pemimpin bergaduh/berfitnah/bertuduhan/bermusuh semata mata untuk menunjukkan kepada rakyat siapa yang lebih berkuasa diantara mereka.Pelbagai slogan di lontar untuk mengekallkan kuasa mereka .
Ada golongan yang menjanjikan imbuhan wang ringgit/pembangunan/keamanan/projek demi untuk mengekalkan KEKUASAAN mereka dan terdapat juga yang mempertaruhkan SYURGA Allah kepada kita untuk mereka mendapatkan KUASA.
ADAKAH ALLAH BERSETUJU SEGALA NIKMAT YANG DIA SEDIAKAN KEPADA MANUSIA DI DUNIA DAN BALASAN DIAKHIRAT NANTI DI PERTARUHKAN OLEH MANUSIA DEMI UNTUK MENJADI JAGUH DALAM PEREBUTAN KUASA DI DUNIA INI?...AL-QURAN ADALAH PETUNJUK..
EGO
Walaupun jarang kita dengar manusia berebut keegoan tapi EGO ini juga tak kurang menyumbang kepada permusuhan dan perpecahan di kalangan manusia hari ini.
Dalam satu persatuan bekas pelajar misalnya di ambil sebagai satu contoh,sudah tentulah akan disertai oleh pelbagai peringkat umur dari bekas bekas pelajar.Sudah tentulah ada golongan yang menjadi pengasas kepada persatuan tersebut,sudah tentulah ada pemimpin dalam persatuan tersebut,sudah tentulah pemimpin akan bertukar ganti,sudah tentulah setiap pemimpin mempunyai pengikutnya yang tersendiri,sudah tentulah setiap pemimpin mempunyai jasanya yang tersendiri kepada persatuan itu.
PERSOALAN nya adakah setiap pemimpin yang baru itu perlu mengekalkan segala yang di buat oleh pemimpin yang terdahulu tanpa mengikut keadaan semasa?Adakah pembaharuan yang dibuat oleh pemimpin baru bermakna melupuskan semua peninggalan jasa jasa pemimpin lama?Mana yang lebih penting samada terus memajukan persatuan itu ketahap yang lebih baik ATAU mengekalkan KEGOAAN kita kerana pemimpin yang dipilih bukan dari kelompok/puak kita ,jaddik kita menentang semua perubahan dengan alasan alasan yang hanya munasabah bagi kita sahaja?
NABI MUHAMMAD S.A.W TIDAK BERJAYA MENYATUKAN KAUM ARAB DALAM ZAMANNYA TAPI NABI S.A.W BERJAYA MENYATUKAN SELURUH UMAT ISLAM DENGAN AL- QURAN DAN HADISNYA.
HEBATKAH KITA HENDAK MENYATUKAN /PERPADUAN/BERSEKUTU BANGSA KITA DIATAS NAMA MELAYU ITU? DI MASJID MANA KITA HENDAK BERDOA KEPADA ALLAH SUPAYA KABULKAN CITA CITA KITA ITU SEDANGKAN DOA DARI KEKASIHNYA DI TOLAK?
BERLAKU ADIL DITUNTUT…BEKERJASAMA DITUNTUT…DALAM ISLAM TAPI UNTUK APA?.....CARILAH DALAM AL-QURAN DAN HADIS NABI ………
No comments:
Post a Comment