Sunday, February 28, 2010

HARI HARI MENDATANG




Dalam perhitungan hari hari yang mendatang macam macam boleh berlaku di kehidupan ini..

Ada setengah berkata jasadnya disini tapi mindanya ditempat lain ....

Apakah kehidupan ini suatu perhitungan yang tiada berkesudahan walaupun noktahnya mati,tetapi tiada siapa yang tahu dimanakah titik itu berada walaupun semua tahu pasti ada.

Apakah setiap hari kita menghitung hari hidup kita itu mencari titik itu....Asyik kah kita menghitung duit kita hingga terlupakan akan titik itu.

Kulit kita berkedut kerana menghitung hari....rambut kita bertukar warna kerana menghitung hari ....gigi kita tinggal gusi kerana menghitung hari...lutut kita jadik lemah kerana menghitung hari....tetapi hari tetap dihitung tanpa ditinggalkan satu hari yang tak dihitung....

Ada yang gila kerana menghitung hari....ada yang kaya raya hanya menghitung hari...ada yang sengsara akibat hari dihitung....ada yang terpaksa buta kerana hari dihitung...TETAPI hari terus dihitung...

Tiada siapa yang dapat bagi jawapan yang tepat kenapa hari perlu dihitung ....

Apa rasa hitung hari bahagia....Apa perasaan bila hitung hari mati?

Ramai yang lupa pasal mati tapi semua tak lupa hitung hari ..

No comments: