Wednesday, March 10, 2010

MASINNYA EGO GARAM KERAMAT













""Minta janganlah dalam keghairahan meraikan "nama baru" itu meletakkan "semesta" bagitu rendah dgn di katakan "migration" kepada farisains. Sekilas pandang kononnya ada "satu" kejayaan dapat menukarkanya, mungkin dalam sedar atau tidak di fahami sedalamnya istilah sebenarnya "migration" mengambarkan sebaliknya .Mungkin ramai yang tidak perasan atau mengetahuinya sedalam-dalamnya "anggota-anggota" atau "the silent majority" of semesta. Semesta akan tetap wujud selamanya meriah & bertenaga. Mereka yang cuba membelakanginya mungkin ada agenda kepentingan tersemak dalam dada mereka .

Sebenarnya TIADA migration dalam semesta. Hendaknya jangan lah kita bergopoh-gapah gelojoh sehingga menampakkan kurang 'profesional' & ego nya kita ! Apa2 perubahan walaupun baik harus di tangani dalam keadaan "harmonis" cermat penuh bijaksana.
Buat lah yang terbaik untuk semua . Selamat maju jaya .Kami tetap berdoa agar semua nya aman & sejahtera."'


Diatas adalah tutur garam keramat dari salah seorang abang tua kita.

Bolehlah andaikan sebagai nasihat ,sebagai amaran mungkin juga menyatakan hasrat kemarahan secara orang yang terlebih dahulu menikmati rasa masinnya garam dari kita adik adik semua DAN mungkin juga seperti meludah kelangit untuk membasahi muka sendiri.Buatlah andaian masing masing tetapi kawe memilih untuk membicarakan perkara yang nyata dari membuang masa berandaian.

Yang nyata Semesta@Farisains telah mempunyai Presiden yang baru melalui proses yang sah .Yang nyata juga saudara Mat kamil hanya lebih 3 undi untuk dinobatkan sebagai presiden .Kenyataannya jikalau 30 undi ''keramat dari silent majority"'itu hadir dan mengundi menentang maka Mat Kamil akan kalah dengan majority 33 undi tapi itu tidak jadik kenyataan.Kenapa jadik begitu, sekali lagi kawe toksir berandaian.Kenyataan yang kita semua tahu abe abe yang mempunyai garam keramat ini sedang berusaha menggerakan semester 75 yang matlamat dan tujuan sama dengan matlamat semesta@farisains itu kenyataan dari akhbar terbesar di Malaysia.Kenapa sampai begitu sekali ?.Jangan Tanya kawe, masing masing ada garam sendiri untuk dirasai kemasinannya.Mungkin abe abe ini takut keramat garam mereka hilang masinnya jika di seperiukkan dengan garam adik adik yang tiada tuah apalagi keramat…Kawe hanya menduga bukan cuba memancing kerana kail kawe tak sampai sejengkal pun.

Alasan lucu adalah kerana tidak bersetuju dengan pertukaran akronim dari SEMESTA (yang di ideakan oleh abe abe keramat) kepada FARISAINS .Lucu kata kawe tapi ianya alasan yang paling keramat kerana keluar dari mulut mulut masin .Peliknya "'silent majority keramat""ini membisu semasa proses sedang berjalan tanpa menggunakan tangan tangan keramat mereka untuk menentang secara berhemah,cermat penuh bijaksana yang setaraf dengan kekeramatan yang mereka miliki itu jika tidak bersetuju.Tapi itu tidak berlaku KENAPA?...hehehehe tindakan orang keramat mesti luarbiasa dari orang biasa itu yang tepat dan kenyataannya begitu seperti yang telah berlaku.

Kawe toksir ulas banyak mengenai orang orang keramat ni kerana takut disumpah oleh mereka kerana mulut orang keramat amat masin.Kawe nak berbicara tentang Presiden baru yang kenyataannya amat lemah dari undi sokongan ahli ahli.Kalu diibaratkan sebagai sebuah parti politik yang terkenal dengan budaya MENGKATAK sekarang ini,kedudukan ini bagaikan telur dihujung tanduk.

Mat Kamil seperti yang diketahui semua adalah anak didik dari bekas presiden Agung Semesta,bekas penolong setiausaha yang amat setia kepada mantan presiden agung semesta suatu ketika dahulu.Bekas Hang Tuah kepada mantan presiden untuk menentang dan menghapuskan mana mana pihak yang dilihat untuk menentang/tidak akur dengan titah mantan presiden agung semesta sewaktu dulu.Beliau juga orang yang diamanahkan untuk meminda perlembagaan untuk memperkuatkan kedudukan bekas presiden agung semesta waktu itu.Kecekapan dan taat menjalankan perintah diakui oleh Si Agung.

Panas yang diharap sampai ke petang rupanya hujan jua yang menimpa di siang hari,Si Tuah yang setia bertukar menjadi Jebat yang derhaka.Di dalam beberapa isu yang tertentu anak didik ini telah menongkah arus,pertentangan pendapat secara senyap ini lama kelamaan menjadi terbuka dan menjadik amat sadis seketika.

Dalam sejarah melayu Jebat mesti dibunuh dalam sejarah Semesta Mat Kamil perlu disingkirkan.Hang tuah perlu dicari untuk melenyapkan si Jebat derhaka.Si Agung mencipta beberapa Hang tuah lain untuk melenyapkan jebat tetapi Hang Tuah2 palsu gagal untuk melukakan Si Jebat yang berjiwa Hang Tuah dengan bisa Taming Sarinya.

Si Agung tidak tercalar keramatnya walaupun Jebat derhaka gagal dibunuh ,rencana Si Agung tetap berterusan ,SEMESTA terus maju walaupun Tuah tiada untuk membantu ,tentangan Jebat dapat ditangani itulah keramat Si Agung.

Akhirnya semangat si Jebat luntur dan keputusan diambil untuk memecat diri sendiri dari SEMESTA setelah kata kata keramat si Agung berbunyi "" Jika tak setuju dengan aku ...pintu SEMESTA sentiasa terbuka untuk melangkah keluar""Ego Jebat mengalahkan lembutnya hati Tuah.Mat Kamil keluar dari SEMESTA ....ada orang kata beliau dipecat ...ada pula yang kata beliau keluar dengan sukarela ....Tapi yang pasti Mat Kamil yang berjiwa Hang Jebat dan Hang Tuah ini keluar dari SEMESTA.


Ketika forum resmi diperkenalkan kepada ahli ahli dan bekas pelajar untuk bersama sama saling kenal mengenai diantara satu sama lain.Difahamkan Mat Kamil tidak dibenarkan menyertai sama diatas sebab sebab yang tertentu.Sehinggalah diberitakan Mat Kamil terpaksa memehon secara resmi kepada Presiden Agung ini.

Presiden Agung seorang yang berjiwa besar ,mengizinkan Mat Kamil yang bukan ahli Semesta pada waktu itu, cuma bekas pelajar sahaja tetapi atas arahan pemimpin Agung juga satu unit khas telah ditubuhkan untuk memantau gerak geri Mat Kamil di dalam forum.

Sebagai bekas panglima yang handal kepada bekas presiden yang agung serta jiwa Hang Jebat di dada serta tuah taming Sari yang masih dalam simpanannya tentulah Mat Kamil mempunyai banyak pengalaman dan maklumat mengenai SEMESTA.

Kemeriahan di forum terasa dengan ramai ahli ahli baru yang selama ini tidak tahu akan kewujudan SEMESTA kini amat meriah dengan pelbagai aktiviti di dalam atau diluar forum.

Sejarah dan asal usul SEMESTA juga diceritakan di dalam forum ,jasa jasa dan mereka yang berjasa tidak lupa juga ditampil.Seluruh ahli yang SEMESTA yang baru ini termasuk kawe amat kagum dan mengkagumi kehebatan Presiden Agung dan angkatannya pada masa itu memacu SEMESTA di puncak kejayaan.Perlu diakui kecermalangan mereka tidak dapat ditandingi sehingga kini.

Diawal kehadiran Mat Kamil didalam forum keadaan amat meriah sekali,pelbagai maklumat dan fakta yang dikemukakan beliau amat terkesan sekali sehinggakan komen komen dari beliau selalu dinanti nanti oleh ahli forum dalam seseuatu isu tertentu.Tapi Jebat tetap di jiwai Mat Kamil,bila ahli ahli forum disajikan dengan maklumat maklumat yang tidak berapa tepat Mat Kamil mula membongkar sedikit demi sedikit kebenaran yang ada dalam simpanannya yang secara tak langsung tempiasnya menampar pipi Presiden Agung ketika itu.Diriwayatkan juga ada beberapa orang yang lama dalam SEMESTA dan yang mengetahui sejarah diantara Mat Kamil dan Presiden Agung menasihati Sijebat ini supaya jangan terlalu kerap sangat mencuit pipi presiden Agung.

Mat Kamil dengan ego Taming Sarinya ,makin dinasihati makin hebat pembongkarannya ,unit khas juga sudah hilang kawalan terhadap tindakan Mat Kamil,imej Presiden Agung teruk di calar oleh Mat Kamil kali ini.Pendirian ahli forum ada yang setuju dan ada yang tidak bersetuju ada yang berkecuali tak kurang jugak ada yang memihak ,itulah semangat demokrasi dalam SEMESTA yang sepatutnya .

Kali ini presiden agung telah bertitah didalam mesyuarat ajknya supaya Mat Kamil di keluarkan dari forum resmi semesta,titah siagung dilaksana Mat kamil ternganga nganga.Walaupun ramai dikalangan ahli yang tidak setuju dengan cara Mat Kamil membawa diri di dalam forum tapi tindakan menafikan hak Mat kamil sebagai bekas pelajar untuk menjadi anggota forum Semesta boleh dikatakan hampir semua ahli ahli forum tidak bersetuju.Keadaan forum menjadi suram .

Sebagai seorang pemimpin yang agung sudah tentulah si Presiden peka dan maklum akan suasana pada ketika itu yang berkebetulan pula tahun tersebut adalah tahun AGM dan pemilihan semua jawatan termasuk presiden perlu diadakan.

Bila disedari ramai ahli ahli yang tidak berpuas hati dengan tindakan beliau menyahkan Mat Kamil dari forum semesta ,di saat saat akhir bila dekatnya waktu pemilihan Presiden Agung itu membuat penggumuman di dalam forum bahawa beliau tidak akan mempertahankan jawatan presiden dalam pemilihan kali .Timbalan presiden pun membuat kenyataan yang sama.Bila kedua dua orang penting ini membuat kenyataan terbuka amat mengejutkan SEMESTA pada ketika itu .

Pelbagai spekulasi dan persoalan timbul di benak para ahli ahli pada waktu itu.Ada pendapat mengatakan Presiden Agung akan di tolak oleh ahli ahli jika bertanding,ada juga pendapat mengatakan inilah cara presiden Agung untuk menagih simpati dari ahli ahli yang takut SEMESTA terkubur kerana memang tiada calon lain yang sehebat beliau untuk memacu SEMESTA ,kebimbangan wujud jika beliau undur diri maka SEMESTA akan lenyap .Hanya si agung saja yang tahu apa muslihatnya yang sebenar.

Bila tiba hari pemilihan ramai yang terkejut dan hairan bila melihat kelibat Si jebat yang derhaka pada Presiden Agungnya/Si Tuah yang setia pada SEMESTA nya juga hadir.Mungkin Mat Kamil hadir atas kapasiti bekas pelajar kerana beliau bukan ahli SEMESTA kerana beliau tidak layak untuk mencalonkan atau mengundi sesiapa dalam pemilihan kerana faktor perlembagaan persatuan.

Ada juga desas desus mengatakan beliau akan diterima semula sebagai ahli SEMESTA,ada juga gossip gossip mengatakan beliau akan diterima dengan syarat mengaku taat setia kepada Presiden Agung dan mesti menyokong Presiden Agung untuk terus memimpin SEMESTA.Itu semua andaian dan gossip gossip liar di luar dewan sahaja ,tiada siapa yang tahu akan kebenarannya yang sebenar.

Di dalam dewan pemilihan isu Mat Kamil di perbincangkan dan akhirnya keputusan dibuat ahli ahli SEMESTA yang patut membuat keputusan samada boleh atau tidak Mat Kamil diterima semula sebagai Ahli SEMESTA.Bila undian di buat majoriti memilih untuk menerima semula Mat kamil sebagai ahli SEMESTA.

Didalam pemilihan jawatan presiden SEMESTA presiden yang Agung ditentang soerang yang berada dalam barisan ajknya.Presiden yang agung tewas dalam pemilihan kali ini.

Mat Kamil diterima semula sebagai ahli SEMESTA di hari kejatuhan presiden agung SEMESTA ,mungkin ini satu kebetulan yang bersejarah atau ..........kawe toksir berandaian ...terserahlah pada yang membaca untuk menilai.

Tradisi di sekolah sains adalah taksub kepada batch sendiri amat menebal....bila keluar dari sekolah mungkin semakin menipis TAPI bila perpesatuan semangat ini jaddik macam mana kawe tak tahu....

Kini Mat Kamil ditabalkan menjadi Presiden SEMESTA@FARISAINS yang baru ..tahniah kawe ucapkan .

Harapan kawe cuma satu iaitu tolong pertahankan persatuan ini jikalau untuk memajukan itu sukar....tolong pelihara jasa jasa yang telah dibuat /diusaha oleh pemimpin pemimpin yang terdahulu termasuklah jasa yang tiada tanding hebatnya dari Presiden Agung yang demo derhaka itu.

Walaupun ada pihak pihak yang tertentu dari kalangan tertentu telah mengorak langkah dengan tindakan tindakan tertentu yang bekemungkinan tidak yakin jasa jasa mereka akan dipertahankan oleh demo.

Kawe berandaian ahli ahli menobatkan demo sebagai presiden untuk memajukan persatuan BUKAN untuk menghapuskan segala kesan dari golongan pengasas yang jerit perit untuk menobatkan persatuan ini .Jasa mereka perlu diakui/dipertahankan/dimuliakan BUKAN disisihkan kerana ada sedikit dendam MUNGKIN.

Kalaulah isu pertukaran akronim yang hendak dikatakan sebagai langkah untuk melupakan golongan pengasas ...perlu direnung dan dikaji betul betul ...apakah seorang presiden mempunyai kuasa mutlak untuk menukarkan dan melupuskan?...Mungkin tiada kuasa mutlak tapi mempunyai kuasa untuk mempengaruhi ....

Apakah juga program dermasiswa telah dihapuskan?....Apakah program program lain kembali membantu ke sekolah dihapuskan oleh anak didik Presiden agung ini?...Kawe tak tahu kerana bukan dikalangan AJK pentadbiran ...

Maklumat yang kawe dapat dari forum resmi program program ini masih di teruskan ....

Pandangan kawe kalulah semua legasi legasi dari pemimpin terdahulu dikekalkan dan pembaharuan ditambah ...APA rasianal nya SEMESTER 75 di wujudkan kalau bukan semata mata hendak mempamerkan EGO yang tinggi dari pemilik pemilik garam keramat ini.

No comments: