Saturday, March 13, 2010

SATE KAJANG



Sate Kajang tidak asing lagi tersohornya di lembah klang dan Malaysia .Salah satu restoren sate yang amat di kenali adalah Sate Haji Samuri .Kami dari batch 88 selalu berkumpul di restoren ini bersama dengan keluarga disamping untuk berjumpa dan berbual mesra dengan sahabat sahabat lama.

Kali terakhir kami berkumpul disini pada tahun 2008 sekembalinya kawe dari Doha Qatar .Kerinduan kepada sate kajang ini terasa disamping gelak ketawa dari kawan kawan lama bersama keluarga .

Hari ini kawe menghubungi Bendahari Batch 88 iaitu saudara Azman untuk menyatakan hasrat untuk berkumpul dan menikmati Sate haji Samuri ini bersama dengan sahabat lama dan keluarga.

Tuan bendahri ini berjanji akan cuba hubungi kawan kawan lama untuk berkumpul pada 17-03-2010 ,jikalau mereka mempunyai kelapangan pada tarikh tersebut.

No comments: