Tuesday, November 9, 2010

ANWAR IBRAHIM SUDAH "MATI"

Kawe tertarik ulasan dari MSO mengenai kekalahan PAS di Galas dalam Blog beliau hari ini . Dalam .menyerang kata  saudara MSO menyatakan kekecewaannya kerana seorang yang berpangkat "besar" dalam PAS telah mempermainkan harapan penyokong demi cita cita peribadinya.Begitu juga kemarahan beliau kepada Zaid Ibrahim yang mungkin  keluar dari PKR . Mungkin perut kosong MSO lambat dihidangkan makanan makanan enak untuk jamuan tengah hari menyebabkan kemarahan beliau membara seperti perut marah tengahari .

Kemenangan UMNO di Galas sepatutnya dilihat satu kejayaan yang besar oleh PAS kerana berjaya mendidik ore Kelate menilai atau mengenai siapa pemimpin yang berjiwa rakyat sebenarnya . Dalam hal ini rakyat Kelate telah memilih untuk menjaga air muka Ku Li yang terkenal mendahului HAK rakyat dari keperluan peribadinya dari pemimpin pemimpin UMNO yang lain di Kelate.Apakah UMNO boleh berbangga dengan kemenangan ini ? Apakah rakyat memilih UMNO atau memilih Ku Li? Adakah bila rakyat Kelate memilih Ku Li bermakna menolak PAS dan menerima UMNO ? Beranikah MSO berkata demikian...

Siapa pun susuk pemimpin PAS yang dimaksudkan oleh MSO itu bagi kawe seorang yang berfikir jauh kehadapan yang mungkin tidak dapat dijangkau oleh pemikiran MSO yang mati setakat Anuar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia sahaja bila Putrajaya diambil alih oleh Pakatan Rakyat nanti yang kawe anggap ilusi dalam mimpi sahaja.Umum akui kehebatan Anuar Ibrahim menggugatkan kedudukan UMNO/BN dan tidak mustahil UMNO akan terkubur kerana revolusi oleh Anuar Ibrahim tapi untuk PAS berhenti setakat Anuar Ibrahim jadi Perdana menteri sahaja perjalanannya bagi kawe satu tindakan yang amat bodoh.

Seorang veteren UMNO yang baru bersara berkata gelombang rakyat di Malaysia untuk melihat umno tumbang atau kerajaan ditukarkan amat kuat dan bersemarak semangat di dalam jiwa rakyat. Kawe setuju dengan beliau TAPI atas FAKTOR apa? Kalau faktor Anuar Ibrahim hendak di jadikan sandaran kawe jawab Anuar Ibrahim sudah mati.Anuar Ibrahim telah dipenjarakan sebelum pintu penjara terbuka untuk beliau. Jawapan yang kawe dapat adalah roh dan semangat Anuar telah menyusup/meresap masuk ke dalam jiwa dan sanubari rakyat. Soalan kawe adakah rakyat Malaysia mahu negara ini ditadbir oleh seorang PM yang mempunyai roh dan semangat yang hebat tapi jasad kaku dalam penjara? Husam Musa akan diterima rakyat sebagai Perdana Menteri Malaysia??? hehehe.....Atau tidak marah kah MSO jika kawe kata Zaid Ibrahim baru sahaja meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri sebelum di lantik sebagai Perdana Menteri ..sudah tentu MSO akan jawab ko kawe baso tak reti gappo satu ....Ada sesiapa berani nafikan Zaid tidak mempunyai cita cita jikalau Anuar di humbankan kedalam penjara?

Seorang aktivis PAS beritahu kawe bila kawe tanya siapa bakal PM dari PAS? Jawapan yang beliau beri adalah PAS hanyak layak jaddik pembangkang yang kuat di Malaysia.Bagi kawe adunan dalam PR yang bermasalah adalah PAS bukan PKR atau DAP . Masalah PAS adalah tidak mempunyai cita cita untuk menunaikan hasrat rakyat untuk melihat perubahan di Malaysia cuma bercita cita untuk membantu Anuar Ibrahim takluk Putrajaya sahaja yang ada. Maknanya jikalau Anuar gagal maka PAS jaddiklah pembangkang yang kuat sampai bila bila dan sekiranya Anuar berjaya mungkin dapatlah sedikit tempat sebagai balas budi.

Mungkin penyokong penyokong totok PKR serupa MSO dan penyokong penyokong totok PAS tidak setuju dengan pandangan kawe tapi kenyataan sebenar dan andaian kawe begitulah .

No comments: