Friday, November 12, 2010
PELARIS
Melihat ucapan aluan dalam gambar diatas Adalah perkara biasa dan lebih tepat kalau kawe istilahkan sebagai satu "PELARIS" bagi seorang peniaga dizaman moden yang mana azimat azimat dari bomoh tersohor yang di letakkan di pintu kedai sebagai PELARIS dizaman dulu mungkin sudah tidak diamalkan lagi.
Dizaman yang serba maju Dan moden ini teknologi PELARIS ini sudah berubah dan tempat letaknya pun tidak terhad di muka pintu tetapi Sudah berada dalam premis.
Dibawah ini Kawe sertakan beberapa keping PELARIS yang Kawe terjumpa bagi renungan para peniaga yang berniaga di Malaysia. Dan yang paling uniknya PELARIS ini di beri Secara percuma oleh pengeluar pengeluar PELARIS yang bermurah hati.
Jadikk bolehlah peniaga peniaga di Malaysia mencuba nasib mereka untuk mendapat sedikit kemurahan hati Tokey tokey PELARIS yang hebat ini menderma kepingan PELARIS ...Selamat mencuba nasib..
.
Tidak adil rasa jika bagi tahu cara nak dapatkan azimat tapi tips penggunaan tidak diberitahu. Kawe kisahkan sedikit cerita dari pemilik pelaris percuma ini , Kawe ada mengenali 2 orang pemilik pelaris ini seorang dari India Dan seorang dari Pakistan . Boleh dikatakan tiap tiap bulan kawe berjumpa dengan kedua duanya untuk Urusan kawe Dan beliau yang tak perlu dijelaskan dengan details di sini.
Setiap kali berjumpa setelah selesai berurusan kawe akan luang beberapa waktu masa kawe yang murah itu untuk berbual bual tentang perkara perkara umum bergantung kepada kelapangan yang beliau miliki.
Dalam satu perbualan kami disebuah Kedai kopi terkenal yang dimiliki oleh yahudi . Perbualan kami terjurus dan berkisar kepada politik dunia, ekonomi dunia termasuklah mengenai politik Di negara beliau . Kebiasaannya dalam setiap perbualan diantara kami beliaulah yang lebih banyak bekecek dari Kawe ... Kawe Meme selesa dengan cara begitu kerana mendengar Dan buat pemerhatian adalah kegemaran kawe. Ada perkara yang kawe setuju dan tidak setuju dengan apa yang diperkatakan oleh beliau . Perkara yang kawe tidak setuju kawe hanya ajukan persoalan untuk mendapat lebih penerangan dan kawe rasa beliau selesa dengan cara kawe dan mungkin menganggap kawe setuju dgn apa yang di perkatakan.
Bila perbualan kami beralih kepada suasana politik di Malaysia Kawe masih membiarkan beliau bercerita. Dan Apa yang menakjubkan Kawe adalah beliau dapat menceritakan dengan tepat serta terperinci yang mana perkara yang tidak dilapurkan dalam media pun beliau tahu Dan cerita dengan bangganya kepada dan dari riak wajahnya terpancarlah kebanggaan pada diri beliau bahawa dia lebih tahu keadaan politik di Malaysia dari Kawe .
Kawe memuji kehebatan beliau dan usaha beliau mengambil tahu mengenai suasana politik di Malaysia. Manusia tetap manusia bila pujian diajukan kebanggan diri susah untuk di selindungkan. Hahahahaha.... Beliau mula bercerita kepada kawe sejauh mana hubungan beliau dengan kebanyakkan pemberi PELARIS2 percuma itu, kekerapan dan kesukaan mereka serta macam mana sambutan mereka beliau berkunjung ke Malaysia.
Beliau juga menceritakan kepada kawe mengenai salah seorang bekas PM Malaysia beberapa Tahun dahulu mengunjungi premis beliau untuk mencari buah tangan sebelum pulang ke Malaysia , Apa yang menarik dari Cerita beliau ialah sebahagian jalan di kawasan premis beliau yang terkenal dengan kesibukan itu terpaksa ditutup untuk diberi laluan kepada orang Besar dari Malaysia mendapatkan buah tangan sebelum pulang ... HEBAT bukan!!!!! Hehehe
Setelah perbualan selesai dan kawe minta diri untuk beransur Kerana Walaupun masa kawe murah tapi nilainya tetap ada .... Setelah bersalaman ( tidak bercium pipi seperti amalan Arab ) kawe lontarkan satu kata kata sambil tersenyum kepada beliau ... Kata Kawe .. Saudara patut dapatkan kepingan PELARIS dari TGNA Dan TGHH untuk mendapat berkat dalam perniagaan saudara . .. Kawe ketawa dan dia ketawa .. Sejauh mana Dia memahami kata kata Kawe Itu tidaklah Kawe ketahui.....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment