Menulis tentang PERSEPSI dalam politik UMNO Pasir Puteh beberapa bulan yang lalu telah memberi satu kesan yang kawe sendiri tidak mengetahui dari sudut realitinya.Ada maklum balas yang kawe terima mengenai perkara tersebut ,kedengaran juga ada pihak yang tidak berpuashati dengan lontaran PERSEPSI yang kawe hayunkan itu dan ada juga yang mengatakan bahawa dalam realiti memang perkara tersebut berlaku seperti mana persepsi yang kawe wajahkan itu.Sehingga hari ini pergolakan yang berlaku didalam UMNO Pasir Puteh bukanlah disebabkan oleh persepsi yang kawe cipta tetapi pemuka pemuka UMNO Pasir Puteh sememangnya bergelumang dengan REALITI yang mereka lalui setiap hari begitu.
Kali ini kawe sudah tidak mahu lagi menulis mengenai sebuah parti melayu yang dalam PERSEPSInya membela nasib orang Melayu sedangkan dalam REALITInya menindas dan menafikan hak hak orang Melayu.Kawe akan mengarut mengenai REALITI Pakatan Rakyat ingin menawan Putrajaya melalui PRU 13 setelah diciptakan PERSEPSI bahawa kerajaan sedia ada akan ditolak oleh majoriti rakyat Malaysia dalam pilihanraya nanti.Umum mengetahui bahawa Pakatan Rakyat di wakili oleh 3 parti sebagai rakan kongsi yang terikat hanya melalui persefahaman diatas atas perkara sahaja.PKR,PAS dan DAP adalah parti parti politik yang terlibat dengan pakatan Rakyat ini.Ditonjolkan PERSEPSI bahawa PKR adalah parti yang mempunyai peranan besar dalam membentuk pakatan ini dengan mengambarkan Anuar Ibrahim sebagai penggeraknya.
Kawe memilih PKR dalam membincangakan mengenai REALITI dan PERSEPSI ini.Realitinya PKR adalah sebuah parti baru yang mana para pemimpin dan ahlinya bekasan daripada ahli ahli UMNO tetapi di dalam PERSEPSI gambaran diberikan bahawa PKR lah parti yang dapat mendamaikan atau meredakan permusuhan PRINSIP diantara PAS dan DAP dalam perjuangan parti masing masing.Apakah benar PKR mampu berbuat demikian didalam realitinya?
Kawe bukan anti PKR tapi kawe bukan PEMUJA PKR , kawe bukan tak suka pada PKR tapi kawe masih tidak memilih mana mana parti yang kawe suka untuk diisikan borang.Kawe bukan BENCI kepada PKR tapi kawe mempunyai sebab untuk membenci PKR.Kawe bukan tak perlu kepada PKR tapi kawe tahu PKR memang tak perlu di kampung kawe....Begitulah serba sedikit yang kawe boleh royat mengenai REALITI parti PKR ini kepada diri kawe.
Itulah realiti dari sudut pengamatan kawe dan mungkin pembaca diluar boleh mengandaikan bahawa itu satu persepsi kawe bila membaca apa yang kawe tulis ...Terpulanglah kerana kawe lebih suka persepsi itu terbentang tanpa halangan sempadan yang membataskan pandangan mana mana pihak. Manakala dalam mencari realiti kawe lebih suka berpijak dibumi yang nyata untuk kawe berlari mengejar kenyataan yang bertaburan disetiap sudut bumi yang dipijak.
PKR berpijak dibumi kelate bukanlah satu keperluan dari segi realiti keperluan yang sebenar TETAPI lebih kepada keperluan PERSEPSI untuk memaklumkan bahawa PKR amat diperlukan kepada Rakyat Malaysia di seluruh pelusuk kampung dalam negara ini.Samada pembaca diluar sana bersetuju atau tidak setuju ,kawe tetap bersetuju dengan diri kawe untuk berkata sedemikian.Kawe akur dan rakyat kelate pun turut akur akan keperluan PERSEPSI dalam pembentukan siasah POLITIK.Masalah yang selalu dihadapi oleh manusia adalah terlalu suka berangan angan dan kadang kala beranggapan bahawa angan angan mereka itu benar dan patut berlaku secara realiti akan lamunan anganan mereka .
Baru baru ini orang nombor 1 PKR Kelantan telah mengeluarkan kenyataan mengenai bakal bakal calon PKR dalam PRU 13 nanti .Kawe tertarik bila orang nombor 1 ini berkata mana mana calon yang telah menang pada pilihanraya yang lalu akan dikekalkan dan mana mana calon pkr yang kalah akan dikaji semula penyertaan mereka dalam PRU 13. Kawe melihat ini satu kenyataan yang jujur dari sudut PERSEPSI dan berbohong dari sudut REALITI....Memang betul dan tepat sekali dari segi PERSEPSI calon yang menang mempunyai kekuatan untuk menang sekali lagi dan yang sudah kalah mungkin akan kalah juga .Syabas kawe ucapkan kepada orang no satu PKR Kelantan kerana berjaya menipu seluruh rakyat kelantan dan berjaya juga menipu pihak PKR di peringkat pusat dengan hanya menonjolkan PERSEPSI kemenangan di masa lalu.
Izinkan kawe untuk membawa pembaca semua menilai REALITI kemenangan calon calon PKR dalam PRU 12 yang lalu.Perkara utama yang kawe ketahui untuk menentukan kemenangan seseorang calon yang bertanding adalah JENTERA PARTI...Soalan kawe kepada orang nombor satu PKR Kelantan ini adalah ..Wujudkah jentera parti PKR di Kelantan dalam realiti sebenar??? Kawe tidak perlu jawapan khusus dari orang nombor satu pkr ini kerana ore kelate akan menjawab sendiri didalam hati mereka.Apakah orang nombor satu PKR Kelantan ini juga mempunyai pendekatan seperti Ketua Bahagian UMNO Pasir Puteh dalam pendekatan membodek ketua umum?? Kawe tidak tahu jawapan sebenar TETAPI umum mengetahui bahawa PKR adalah terdiri daripada bekasan ahli ahli UMNO ..mungkin pendekatan berbeza tapi mempunyai cara pemikiran yang sama dalam bertindak ...Kawe mohon ore Kelate untuk menilai.
Apakah PKR Kelate tidak sedar dalam realitinya kemenangan calon calon mereka dalam PRU 12 dahulu adalah hasil usaha jentera jentera parti PAS dan UMNO sendiri yang membantu mereka secara peribadi? Sila nafikan apa yang kawe katakan ini kalau tidak betul TAPI jangan AGAH dan SOMBONG dalam membuat penafian itu nanti.UMUM mengetahui jentera parti adalah bersifat seperti ''malaikat'' dan ''tuhan'' dalam menjalankan perintah parti berbeza dengan jentera parti UMNO yang lebih bersifat seperti ''iblis'' dan ''tuhan'' dalam tindakan mereka ...hahaha..Kawe toksir ulas tapi demo demo kena fikirlah.
Ungkapan demo kena tolong kawe sekali ....Builah ko kawe sekali ....Kita trylah saing kita sekali ...Yang dilaungkan atau yang dibisikkan halus ke cuping cuping telinga orang UMNO untuk membantu kemenangan calon PRU 12 yang lalu mungkin akan kedengaran lagi pada PRU 13 nanti . Sekali lagi soalan kawe kepada orang nombor satu PKR Kelantan adalah sejauhmanakah keyakinan demo bahwa orang orang UMNO yang menyokong calon calon PKR dahulu tidak akan memekakkan telinga mereka untuk bisikan buat kali kedua ini??? Jangan jawab kepada kawe secara langsung TAPI renunglah dalam dalam kedalam diri sendiri untuk mencari satu jawapan yang jujur pada diri sendiri.
PAKATAN RAKYAT BERHASRAT MENAWAN PUTRAJAYA DALAM PRU 13 TETAPI KEGOAN DAN KEAGAHAN PKR AKAN MENGAGALKAN HARAPAN MENGGUNUNG RAKYAT MALAYSIA YANG MAHU MELIHAT PERUBAHAN
No comments:
Post a Comment