“Murka” dan “Derhaka” adalah satu ungkapan yang paling sesuai bagi kawe untuk dituliskan disini mengenai penarikan balik anugerah darjah daripada Kebawah Duli Sultan Kelantan kepada Ibrahim Ali oleh Kebawah Duli Sultan Kelantan baru baru ini.Selang tidak berapa lama pula digemparkan pula dengan berita Ibrahim Ali dimasukkan ke hospital Ampang Puteri untuk menjalani pembedahan jantungnya . Alhamdullilah Ibrahim Ali telah selamat menjalani pembedahannya dengan jaya atau kawe boleh istilahkan Allah s.w.t masih lagi beri dunia kepada Ibrahim Ali untuk dinikmati dengan caranya.
Mungkin kedua dua berita ini perkara biasa kepada mereka yang berada ditanah Malaya tapi bagi kawe yang tidak berada setanah dengan Kebawah Duli Sultan kawe dan Pejuang utama bagi orang melayu abad ini amat menarik perhatian kawe lebih lebih lagi kawe adalah seorang “peminat” tegar di wall FB Braheng agak terkejut dan sewajarnya tidak harus berlaku dan ianya memberi satu implikasi yang amat besar kepada banyak pihak. Mungkin ada pihak yang dapat meraih keuntungan atau mungkin juga ada pihak yang mendapat sedikit kerugian atau ada pihak yang gembira mungkin juga ada yang kecewa.
Apa pun perasaan yang kita ada sejarah telah memahatkan Ibrahim Ali telah menderhaka dan dimurkai oleh Rajanya itulah kefahaman yang kawe fahami berdasarkan apa yang dilapurkan oleh akhbar akhbar terkemuka di Malaysia. Satu pujian patut diberikan kepada Ibrahim Ali kerana menerima kesilapannya dengan hati terbuka dan berlapang dada tanpa membantah apa yang telah “dimurkai” oleh sultan yang membolehkan kawe kata adanya darah Hang Tuah yang setia kepada Raja dalam tubuh Ibrahim Ali.
Namun sebagai pejuang, darah Hang Jebat tetap ada barang setitik didalam tubuh Braheng ini tercena bila beliau menyatakan ziarah beliau terhadap Tuanku Ismail mungkin sebagai punca “kemurkaan” baginda sultan Kelantan.
Bagi kawe tidak salah untuk Braheng menyatakan kebinggungannya terhadap apa yang berlaku jikalau sememangnya beliau betul betul dalam keadaan kurang “pengetahuan” mengenai apa yang berlaku.Persoalannya apakah Ibrahim Ali betul betul tidak tahu ??? Biasanya orang politik suka mencipta persepsi untuk ditanggapi.Kawe memilih untuk tidak memperdulikan persepsi yang dicipta oleh Braheng itu dan kepercayaan kawe adalah Braheng telah melakukan sesuatu perkara yang membawa “kemurkaan” baginda sultan kepada beliau.Walaupun terdapat ruang untuk menyoal kenapa anugerah itu ditarik balik ,dalam hal ini kawe hendak bertindak adil dengan diri kawe iaitu Sultan yang memberi anugerah kepada Braheng dahulu pun kawe tidak soal kenapa diberikan.
Persepsi yang dicipta oleh Braheng dan ditinggalkan olehnya sebelum melayani kerenah penyakit dalam dirinya telah menimbulkan POLEMIK politik dalam senyap.Walaupun terdapat suara suara sumbang yang kecil cuba mempertikai titah Sultan dan mempersoalkan sebab sebabnya tapi tidaklah merebak secara besar besar seperti kejadian satu sepanduk di Terengganu suatu ketika dahulu .Kawe sebagai ore melayu berasa bangga dengan Orang Kelate kerana ore Kelate yang fanatik menyokong Ibrahim Ali faham akan adat istiadat melayu dan tahu menghormati Sultan dengan cara yang sepatutnya.
Bagi kawe adalah tidak masuk akal persepsi yang dicipta oleh braheng ini untuk mengaitkan ziarah kepada ayahanda membawa kepada kemurkaan anakanda.Tapi bagaimana pula jika persepsi ini diterima oleh akal rakyat terbanyak? Apakah darah Laksamana Bentan akan dialiri didalam salur salur urat orang melayu hari ini? Apakah tiada lagi manusia manusia bijak seperti Tun Perak dikalangan orang melayu hari ini? Apakah orang melayu kini akan berkata tidak hebat untuk menjadi Hang Tuah dan Hang Jebat patut di sanjungi? Harap harap tiada orang melayu kini akan bertanya “Apakah benar titah Sultan itu ADIL dan mesti dipatuhi” ?
Pendirian kawe mengenai keadilan adalah “keadilan itu tidak semata mata perlu adil tetapi perlu kelihatan adil didalam keadilannya” Dan semangat Raja adil disembah dan Raja zalim disanggah perlu ada dalam diri orang melayu TAPI bukan untuk kepentingan individu melayu tertentu ,kesejahteraan rakyat terbanyak yang perlu diutamakan.
No comments:
Post a Comment