Monday, October 25, 2010
NUAR BALLA "DERHAKA" PADA SULTAN MUHAMMAD V ????
Amat menarik dan tertarik hari ini bila membaca apa yang ditulis oleh FreeMalaysiaToday hari ini .Kenyataan mengatakan Sultan Kelantan menyokong PAS kerana kesudian baginda mencemarkan duli meresmikan skim perladangan masyarakat bersama Menteri Besar Kelantan.Sultan Muhammad V memang terkenal dengan sifat mesra dan cakna kepada rakyat Kelate ,jaddik pada pandangan kawe tidak wujud persoalan Sultan Kelantan Sokong Pas dalam hal ini .Lagi pun hubungan resmi antara Sultan dan Menteri Besar memang tidak dapat dipisahkan dalam pentadbiran sesebuah negeri.
"Sumber-sumber memberitahu, Umno Bahagian Gua Musang sedang bertelingkah sesama sendiri dan ketua pemuda dan wanitanya tidak serasi dengan Sultan Kelantan, Tuanku Muhammad Faris Petra Sultan Ismail Petra."
Kawe amat terkejut bila membaca petikan diatas yang membayangkan Nuar Balla (Ketua Pemuda Umno Kelantan) yang secara tidak langsungnya telah melangkah setapak lagi kehadapan keberanian bodohnya iaitu "DERHAKA" kepada Baginda Sultan Kelantan.Apakah KPUK yang bijak ini sudah terpengaruh dengan PERSEPSI yang telah dicipta oleh Ibrahim Ali untuk menutup aibnya kerana di "MURKAI" oleh Sultan Muhammad V??
Apakah wajar bagi seorang rakyat yang hanya bergelar Ketua Pemuda UMNO menyatakan dirinya tidak SERASI dengan RAJA nya??. Nuar Balla kena faham dan didik anak anak buahnya bagi faham bahawa SULTAN itu BEBAS dari pengaruh politik.
Jikalau rasa tidak SERASI ini ditujukan kepada Ku Li kerana tidak memilih calon dari Ketua Pemuda di Galas tidak mengapalah . Walaupun Ku Li itu berdarah Raja tetapi beliau terlibat secara langsung dengan POLITIK dan bukan SULTAN pun.Jaddik jikalai Nuar Balla nak derhaka kepada Ku Li ianya perkara biasalah dalam dunia politik .
Sebagai rakyat kelate sudah tentulah Nuar Balla bernaung dibawah pemerintahan Sultan Muhammad V dan taat setia kepada Sultan kena ada lah dalam diri walaupun Nuar Balla boleh beranggapan Jawatan Ketua Pemuda Umno Kelantan itu lebih besar dan hebat dari jawatan menteri besar.
Apakah faktor tidak SERASI ini menjadi punca utama kepada Nuar Balla menolak jemputan yang di buat oleh Presiden Farisains dalam satu majlis Alumni SMTMFP sebelum ini kerana persatuan ini dinaungi oleh Sultan Muhammad v?? .Kepada Nuar Balla jadilah ore kelate yang taat kepada Raja jangan ikut jejak langkah Ibrahim Ali yang DERHAKA kepada Raja.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Begitu lah perasaan orang UMNO, hanya pegang jawatan setara tu pun dah rasa hebat. Hukum Allah pun berani jeh apatah lagi sultan.
Begitu lah perasaan orang UMNO, hanya pegang jawatan setara tu pun dah rasa hebat. Hukum Allah pun berani jeh apatah lagi sultan.
Post a Comment