Thursday, October 28, 2010

FARISAINS V/S ANSARA


Kepada orang yang tidak tahu sejarah mungkin melihat gambar diatas sebagai perkara biasa dan tiada apa apa nostalgia untuk dikenangkan. Tapi bagi kawe dan segelintir yang senasib dengan kawe gambar ini memberi sejuta makna kenangan silam untuk dimbaskan kembali seolah olah ianya semalam baru berlaku.

Mat Kamil Awang mungkin tidak semua rakyat Malaysia mengenali beliau berbanding dengan Mukhriz Mahathir yang dikenali oleh semua rakyat Malaysia dan mungkin separuh dari penduduk dunia mengenali bapa beliau.Bila menyebut Maktab Rendah Sains Mara dan Sekolah Menengah Sains Tengku Mohd Faris Petra semua rakyat Malaysia kenal dan menjadi idaman setiap ibubapa untuk menghantar anak anak mereka ke sekolah yang berprestij ini.

Bila melihat gambar Presiden ANSARA dan Presiden FARISAINS ini bergambar sambil tersenyum mesra itulah kemesraan yang terjalin selepas alam persekolahan di zaman masing masing. Di sebalik senyuman mereka berdua ini ramai yang tidak tahu akan sejarah silam dan kisah suka duka kedua dua buah sekolah ini suatu ketika dulu.

Beberapa bulan yang lalu dalam TWEETER Presiden ANSARA ini berkata " Musuh dahulu ...kawan sekarang" bila kawe kata kita adalah "MUSUH".  YA dizaman persekolahan dulu MRSM adalah musuh ketat kami di SMS dan begitulah sebaliknya ,kedudukan kami yang berjiran dalam "penjara" masing masing menjadi musuh tradisi .

Kini itu semua sudah berlalu hanya kenangan untuk memecahkan hilai tawa bila kawan kawan lama berkumpul sambil mengimbas kiasah lalu. Senyuman dari kedua dua tokoh pemimpin Alumni ini menceritakan segala yang mereka kecapi dulu untuk berjaya sehingga hari ini.

Sorry Dato Mukhriz kami di SMSTMFP adalah terbaik sehingga kini berbanding dengan MRSM ...hahahahaa

No comments: