Tuesday, October 5, 2010

KISAH DI SEBALIK BAZAAR TENGKU HANIS





                                                                  



                                   Bangunan dan nama yang tersergam indah

                                         Banner iklan yang ada di bangunan.




Bangunan Pejabat Pelancongan dan Restoren Nasi Ulam Cikgu yang mashur di Kota Bharu                              .



                                    Pemandangan Masjid Muhammadi Kota Bharu.

Bazaar Yang dibangunkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan di bawah pengawasan MPKB-BRI dengan kontraktor SENSA TIMUR ini mempunyai kisah tersendiri di sebalik nama indah bekas Permaisuri Al-Sultan Kelantan itu.Ramai yang tidak tahu kisah disebalik tersergam indahnya bangunan ini mungkin seramai yang tak tahu di manakah letaknya lokasi bangunan ini.

Nasib peniaga peniaga didalam Bazaar ini tiada siapa peduli dan tiada siapa tahu . Persoalan yang perlu di tanya adalah kenapa Kerajaan Negeri Kelantan atau MPKB-BRI atau SENSA TIMUR tidak menwar warkan ke seluruh pelusuk dunia akan kewujudan Bazaar ini di tengah tengah pusat bandar Kota Bharu?? Apakah kaitan Bazaar Tengku Anis ini dengan Pasar Lama MPKB atau ada kaitankah dengan Pasar Tok Guru yang dalam proses pembinaan itu.

Suatu ketika dulu negara digemparkan dari berita di tanah darul naim berkenaan Kerajaan Negeri ,MPKB-BRI dan nama SENSA TIMUR menjadi terkenal di seluruh negara dan pengakhiran cerita dan isu terdiam bila Ariff Fahmi menantu kepada MB Kelantan di paksa berhenti oleh semua pihak.Pelbagai cerita dan kerenah yang kita dengar TAPI yang lebih menarik minat kawe adalah cerita mengenai untuk membela nasib peniaga peniaga kecil dari golongan orang melayu di Kelantan.

Kenapa pihak Kerajaan Negeri dan MPKB-BRI kelihatan lesu dan tidak berminat untuk memajukan Bazaar ini setelah begitu sekali berminat untuk membinanya? Atau bila sudah siap komisyen pun sudah sapu maka semua kerja dari pihak2 yang terbabit pun di kira sudah selesai dan para peniaga pandai2lah berniaga untuk bayar sewa kedai?

Pada 02- 10-2010 yang lalu pihak pengurusan SENSA TIMUR di Bazaar Tengku Hanis mengadakan pertemuan dengan pemilik pemilik kedai dan peniaga peniaga di bazaar tersebut.Di dalam pertemuan itu pihak pengurusan SENSA TIMUR meminta pandangan dari pihak peniaga bagaimanakah idea yang sesuai untuk memajukan tempat tersebut. Diantara cadangan cadangan dari pihak pengurusan dan peniaga ialah promosi chanting batik,pertandingan mewarna bagi kanak kanak,promosi Bazaar tersebut kepada bas bas pelancong yang berhenti di kaki lima Bazaar Tersebut.... Persoalannya dimanakah peranan Kerajaan Negeri dan MPKB-BRI dalam hal ini ???

Apakah dengan tidak membayar satu sen pun kepada SENSA TIMUR untuk pembinaan Bazaar Tengku Hanis ini sudah tidak jadik tanggungjawab kerajaan negeri untuk memajukan golongan peniaga kecil Melayu di Kelantan?? Pihak SENSA TIMUR juga menjelaskan perjanjian syarikat berkenaan dengan Kerajaan Negeri /MPKB-BRI mengenai perpindahan peniaga2 dari Pasar Lama MPKB ke Bazaar Tengku Hanis ini.

MPKB-BRI tidak dapat mel;unaskan janji mereka kepada SENSA TIMUR untuk memindahkan peniaga peniaga dari Pasar Lama adalah kerana beberapa sebab. Ada sumber dalaman MPKB mengatakan tekanan dari peniaga peniaga asing yang memilki kedai di pasar lama MPKB adalah sebab yang utama.

Peniaga peniaga melayu yang asal dan mungkin ada mempunyai sumber sumber yang rapat dengan pihak berkuasa dan telah mengetahui Pasar Lama ini akan di robohkan telah mengambil tindakan menjual kedai kedai mereka kepada peniaga2 asing dari Pakistan,Kemboja dan lain lain .Terdapat juga dakwaan mengatakan orang orang tertentu dalam MPKB juga terlibat dalam proses jualan kedai yang sudah nak di robohkan ini.

Sejauhmana kebenaran dakwaan kawe tidak tahulah ....Apakah bila siapnya Bazaar Tok Guru nanti akan selesai masalah??? Itulah harapan yang di harapkan oleh golongan yang "membuncit perut" dalam MPKB. Mungkin masalah mereka selesai TAPI selesaikah masalah peniaga peniaga Melayu di bumi Kelantan itu.

No comments: