Thursday, January 13, 2011
ADAKAH PERJUANGAN MELAYU LEBIH MULIA DARI PERJUANGAN YAHUDI?
Kawe tidak sokong Zionist mahu pun ISRAEL ataupun YAHUDI.Kawe juga tidak menolak dengan mentah mentah jika dikatakan ada darah YAHUDI mengalir dalam diri kawe kalaulah fitrahnya begitu.Semua manusia benci dengan kezaliman dan kekejaman Zionist-Israel tidak terkecualilah kawe pun ikut serta dalam kebencian ini.Dari sudut agama islam ada menceritakan betapa kurang ajarnya bangsa ini kepada manusia dan Penciptanya.Di dalam islam juga tidak diajar untuk membunuh bangsa yang kurang ajar ini selagi mereka tidak berlaku kurang ajar.
Dalam islam juga dilarang untuk membunuh binatang binatang yang berbisa selagi tidak memudaratkan diri kita ,sebagai mahkluk tuhan mereka juga berhak dan ada HAK untuk hidup.Kenapa bangsa ini merupakan satu bangsa yang kejam selain dari sudut pandangan ISLAM atau pandangan agama .Mengkaji sifat sifat/perangai manusia satu tuntutan agama ......
Seekor yang berbisa akan menjadi jinak bila perut selesa dan tidak merasai diri terancam dengan ancaman ancaman yang akan memusnahkan dirinya.Tiada bezanya seekor ular dengan seorang manusia bila berada dalam situasi yang sama ,kawe memilih hidup dengan membunuh dari mati dibunuh jika itu hanya pilihan yang ada ....Jangan salah tafsir tapi fikir dulu ,,seorang yang mati syahid dimedan perjuangan/perang demi pertahankan Agama Islam adalah kerana dia memilih hidup dengan membunuh dari mati dibunuh...Jikalau dia tidak keluar untuk membunuh musuh maka musuhnya akan tetap bunuh dia ,jaddik pilihan untuk dia hidup adalah dengan membunuh musuhnya atau gugur sebagai syahid demi untuk membunuh musuh musuh Allah.Jaddik tunggu untuk dibunuh bukanlah ajaran yang digalakkan dalam Islam .
Sejarah Israel dan Palestine semua orang tahu dan mengerti akan sebab musababnya TAPI bagi kita yang beragama islam lebih suka menilai dari sudut agama islam semata mata.Jaddik bila tengok dari sudut agama islam sahaja maka HARAM bagi penganut agama islam untuk kata Israel itu benar.Dalam sejarah moden tercatat bahawa negara Israel itu diwujudkan di bumi Palestine itu oleh negara negara barat ,ini bermakna Yahudi itu sebagai pendatang di bumi Israel bukan penduduk asal.Apakah rela seorang Yahudi untuk menerima sejarah yang dicipta oleh negara barat ini dan segala sejarah keagungan nenek moyang mereka dahulu kala dilupuskan begitu sahaja ??? Biarlah yahudi dan zionist fikir perkara itu ...kita umat islam seluruh dunia akan tetap bersama dengan rakyat Palestine pertahankan tanah air mereka dari kekejaman Zionist.
Apa yang kawe tertarik untuk bertanya dengan laungan perjuangan Melayu di Malaysia sekarang ini adalah "PERJUANGAN APA YANG MELAYU SIBUK PERJUANGKAN INI" Apakah perjuangan Melayu semulia perjuangan rakyat Palestine mempertahankan tanah air dan nyawa mereka dari ancaman Zionist Israel atau Perjuangan mempertahankan sejarah keagungan nenek moyang kita sebagai Melayu ???
Kalau tengok dari sudut sejarah moden kewujudan negara Malaysia adalah kerana kemerdekaan dari British yang disyaratkan mesti menerima india dan cina yang mereka bawa masuk ke tanah melayu .Maknanya Cina dan india hanya Cina dan India pada bangsanya sahaja tapi bukan kepada negara asal mereka.
Jikalau perjuangan HAK melayu hendak digunapakai maka tanah melayu dan Malaysia itu kepunyaan orang melayu dan Cina dan India tiada HAK di Malaysia lagi ,mereka mesti di halau keluar dari Malaysia....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment