Bila membicarakan topik wanita ianya amat menarik untuk ditinjau apakah rahsia disebalik jantina yang menjadi penghuni paling ramai didunia dan akhirat ini.Ada pendapat mengatakan jantina ini adalah kaum yang lemah diantara manusia ...Ada juga yang mengatakan tangan lembut dari jantina yang di sifatkan lemah ini mampu mengoncangkan dunia.
Asalnya jantina ini dilahirkan oleh Adam untuk menjadi teman kessiknya di syurga ,setelah Hawa dilahirkan maka tugas melahirkan jantina2 manusia sehingga kini diambil alih oleh hawa dan kaum sejenisnya.Hanya Adam satu satunya manusia lelaki didunia ini yang dianugerahi untuk melahirkan wanita.
Setelah pengambilan tugas melahirkan manusia ini oleh Hawa maka manusia membiak dengan pesat yang berpunca dari rasa cinta antara dua jiwa ...ada juga kerana kemuncak nafsu 2 manusia berlainan jantina.Apa pun sejarah tetap mencatatkan para nabi2 dilahirkan oleh wanita ,para firaun dilahirkan oleh wanita,para wali dilahirkan oleh wanita,para penderhaka kepada Si Pencipta dilahirkan oleh wanita,para pemimpin dilahirkan oleh wanita dan para pengikut dilahirkan oleh wanita.
Dalam ketamaddunan manusia golongan wanita ini umpama roda ,ada ketika wanita ini dihormati sebagai ibu sehinggakan diibaratkan syurga itu hanya dibawah tapak wanita manakala didalam keadaan yang lain pula bayi bayi dibunuh hanya kerana dilahirkan sebagai wanita.Dalam masyarakat Melayu golongan ini kebiasaannya digambarkan tempatnya hanya di dapur walaupun dalam mitos mitos melayu yang agung memuja Hang Tuah dan Tun Perak di selitkan juga kehebatan Tun Teja dan Tun Fatimah .
Di era pra kemerdekaan tanah Melayu seorang wanita Melayu yang berjiwa kental telah bangun untuk membela tanah air dari penjajah ,beliau bukanlah isteri kepada Bapak kemerdekaan Malaysia mahupun isteri kepada Bapak Perpaduan Malaysia .Beliau adalah isteri kepada Yasin Kina yang di lahirkan di sebuah kampung di Kuala Pilah negeri Sembilan.Selepas era Bini Yasin Kina ini wanita2 melayu di tanah melayu mula membuka mata untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan golongan lelaki .Jikalau Bini Yasin Kina ini berhempas pulas sehingga peluh sampai ke keting untuk memartabatkan/membuktikan golongan wanita sebagai lemah dizaman dulu zaman kini pun sama yang berbeza mungkin cara untuk mencapai hasrat itu berbeza.
Di negeri kawe satu ketika seorang wanita amat berkuasa ,di negara kawe seorang wanita juga amat berkuasa ,di dunia luar pula Raja England adalah seorang wanita dan pada satu ketika di England diperintah oleh 2 wanita yang amat berkuasa ....Hebat kuasa wanita2 ini di dunia terkini bukan hanya setakat mengandung dan melahirkan bakal2 Raja sahaja tetapi berjaya memPerajakan diri.
Apakah rahsia rahsia sebenarnya kejayaan demi kejayaan golongan ini ? Tiada siapa yang tahu akan kebenaran yang sebenarnya walaupun terdapat banyak kedai kedai yang menjual rahsia rahsia wanita ini kadang kala dijual dengan harga murah sahaja....hahahha.
Marcos yang memerintah Filipina selama puluhan tahun dengan penuh bergaya ,apakah boleh dikatakan kejayaan Marcos ini kerana kehebatan beliau mentafsir rahsia rahsia wanita yang di miliki oleh Imelda??hahahaah...Bukti yang nyata adalah setelah Marcos jatuh beratus ribu rahsia rahsia Imelda dijumpai dan ada setengahnya dilelong .Bagaimana dengan Evita Peron?? haahahah
Apakah Sukarno lebih hebat dari Marcos dalam menggali rahsia wanita?Mungkin setengah pendapat akan mengatakan Sukarno memang hebat menundukkan wanita mematuhi kehendaknya tetapi bagi kawe beliau bukan seorang yang benar benar pakar dalam RAHSIA WANITA ,pilihan kawe adalah Marcos jika dipertandingkan dengan Sukarno.Bagaimana pilihan anda??
Kehebatan Tun Mahathir sebagai arkitek malaysia tersohor serata dunia tetapi beliau gagal dalam mencungkil Rahsia Wanita ,beliau gagal meletakkan bininya sebagai 1st lady Malaysia ,beliau gagal untuk menjadikan bininya model kepada pakaian Islam,beliau gagal untuk menjadikan bininya sebagai kebanggaan pemimpin2 negara luar bila bertemu dengan isteri Perdana Menteri Malaysia,beliau gagal untuk menjadikan bininya sebagai duta malaysia untuk pemimpin negara luar menjemput beliau untuk bertandang setelah lawatan di buat oleh bininya keseorangan.Beliau gagal untuk menjadikan bininya sebagai bini kepada barisan nasional.
Kekecewaan dari hasil kegagalan Tun M ini walaupun tidak diluahkan secara terbuka tetapi ada dikiaskan didalam majlis majlis tertutup mengakui kelemahannya dalam menyelak Rahsia Wanita ini.Kegagalan yang dialami oleh Tun M bukanlah bermakna kegagalan yang dialami oleh seluruh rakyat malaysia .Sekali lagi negeri sembilan telah melahirkan seorang wanita untuk meletakkan PM Malaysia setahap dengan Marcos dalam memahami Rahsia Wanita.Kini Bini Najib merelakan dirinya menjadi bini juga kepada Barisan Nasional demi kecintaan yang mendalam kepada suaminya.

No comments:
Post a Comment