Sunday, August 24, 2008
"TUAK MASAM"
21 ogos saudara kappok dan saudara Pudin tuak telah gi jemput kawe di taman Sari Kb untuk tubik gi kena teh tarik.Dalam perjalanan nok gi ko stadium kawe call Abbe untuk diajak sekali ,kami gi jemput Abbe di MPKB .
Setelah dok minum teh di stadium bermacam macam kisah lama semasa di sekolah diungkit dan diceritakan kembali untuk dijadikan bahan ketawa oleh kami semua.
Cerita yang amat menarik kali ini ialah berkenaan dengan "Tuak Masam", saudara pudin masih dapat menceritakan dengan detail dan jelas mengenai tuak masam ini yang membuat kami semua tak kering gusi untuk ketawa berdekah dekah.
Nama watak watak yang memainkan peranan mengenai tuak masam ini juga disebut satu persatu oleh pudin .
Kawe toksir cerita terperinci disini mengenai kisah ini tapi jikalau mereka yang pernah terlibat dan dapat duduk bersama untuk mengimbasi kembali kenangan ini sudah tentu amat menyeronokkan .
sedang kami asyik bercerita muncul pula 2 sahabat kami yang mukanya sentiasa bercahaya dan berseri dengan senyuman terhadap sahabat sahabat lama.
Seperti biasa bila mereka muncul akan ada saja cerita cerita terbaru untuk dijadikan bahan ketawa oleh kami.
Perbualan kami tak boleh lama kerana saudara kappok terpaksa balik awal kerana pada sebelah petangnya akan bertolak ke kl dan abbe serta matt lite kena gi make gulai .
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment