Saturday, August 9, 2008

Kesetiaan Seorang Sahabat

Dalam 2 minggu yang lepas kawe dikejutkan dengan satu panggilan telefon dari seorang yang kawe kenali tetapi kawe tidak menjawab panggilannya pada waktu itu kerana waktu tido kawe belum cukup lagi walaupun waktu tersebut merupakan waktu yang amat amat sesuai bagi seseorang yang lain untuk menghubungi kawe…..Tetapi disebabkan kawe mempunyai kuasa untuk menjawab atau tidak panggilan itu maka kawe tetap betul lah.

Setelah tido kawe cukup dan selesai mengisi perut sambil menghidupkan sebatang rokok kegemaran kawe ,terlintas difikiran kawe tentang orang yang menelefon kawe tadi.Kawe call dan bertanya apa tujuan beliau menelefon kawe tadi ,orang tersebut yang kawe takkan sebut namanya disini royat ko kawe dia nak minta pandangan dan pendapat kawe mengenai satu perkara yang ditawarkan kepada beliau oleh seorang saing kawe kepada beliau yang melibatkan wang ringgit.

Kawe terkedu jugak mendengarnya dan orang tersebut berkata kepada kawe dia mempunyai wang yang cukup untuk beri komitmen kepada perkara tersebut.Kawe mendengar dengan penuh teliti penjelasan orang tersebut tanpa berkata apa apa.Diakhir perbualan orang itu bertanya kepada kawe lagu mano?....maksud dia gakkk kalu kawe kata saing kawe hok call dia tu seorang yang boleh dipercayai dan jujur serta kalu kawe beri jaminan 100% maka dia tanpa ragu ragu akan bagi komitmen lah.Kawe jawab ko dia nantilah dulu kawe bertanya khabar sahabat2 kawe hok lain kerana kawe pun dah lama tak berjumpa dengan saing ambo hok tuh tu ….lagi pun kawe baru kelik ke Malaya tak tahu sangat perkembangan semasa saing2 dan kawe berjajnji akan call dia esok untuk bagi tahu pendapat kawe.

Setelah talian telefon dimatikan kawe cucuh sebatang lagi rokok kegemaran kawe,dalam hati kawe terlintas mari adakah KESETIAAN aku kepada seorang sahabat akan diuji kali ini.Dalam keralitan kawe dok hembus asap rokok itu kawe menghubungi seorang lagi sahabat kawe yang kawe yakin sahabat kawe hok nih lebih tahu tentang perkembangan terkini sahabat kawe hok tuh.Kawe takkan cerita isi perbualan kawe dengan sahabat kawe hok nih cukup kawe katakan kawe dah dapat sedikit gambaran mengenai sahabat hok tuh ,diakhir perbualan kawe minta sahabat kawe minta tolong sahabat kawe hok nih royat ko sahabat kawe hok tuh supaya call kawe kalu GOTTU hok dia nak.

Lima minit kemudian hp kawe berdering bila kawe tengok no sahhlah sahabat kawe hok tuh dah call kawe dan kawe tidak lorat nak jawab panggilan dia kawe lebih mementingkan kegemaran kawe dinyalakan dulu sehingga hp kawe berhenti berdering.Setelah kawe menghembus kepulan asap yang pertama hp kawe berdering lagi ,kali ini kawe cepat2 menjawab panggilan itu dan terdengarlah suara sahabat kawe yang merdu itu,sahabat kawe ni mungkin terlalu sibuk mengejar masa atau takut bil telefon nya tinggi kawe tak pastilah tapi dia terus kepada apa yang dia hendak dari kawe.Tetapi setelah kawe persoalkan beberapa perkara yang dia utarakan kawe dapat rasakan beliau sudah tidak berminat lagi nak keccek ngan kawe mungkin bagi dia buang masa tapi hasilnya takder kut hehehehe…..janganlah gelojoh sangat saing weiiiii …itu hanya kata kata dalam hati kecil kawe lah dan akhirnya sahabat kawe ni matikan talian telefon dengan misi yang tak Berjaya.

Kawe call seorang lagi sahabat kawe yang akan dipanggil sebagai mangsa selepas ini,setelah kawe mendengar cerita dari mangsa ini barulah kawe betul betul faham keadaan duduk yang sebenarnya.Melalui mangsa ini kawe diberitahu lebih kurang macam mana modus operandi sahabat kawe hok tuh tu.

Kawe sangat sangat menghargai semangat setiakawan/kesabaran/ikhlas tolong kawan mangsa ini walaupun dirinya sendiri mengalami kesusahan dan kepayahan yang dihadapi dari pihak yang lain demi angkara sahabat kawe hok tuh.

Pada keesokan harinya kawe ambil keputusan untuk memilih jalan KESETIAAN KEPADA SAHABAT kawe hok tuh dan terus menelefon orang itu yang meminta pendapat kawe dan royat ko dia tak payahlah bui apa apa komitmen kepada sahabat kawe hok tuh kerana perkara yang beliau kemukaan itu banyak menimbulkan persoalan persoalan.

Kepada sahabat kawe hok tuh kawe ucapkan carilah kekayaan didunia ini untuk kesenangan dalam hidup tapi janganlah MENODAI kepercayaan sahabat sahabat disekeliling kerana kemungkinan pertolongan daripada sahabat sejati dikala kita dalam kesusahan jangan diketepikan.Jikalau sahabat kawe hok tuh terbaca tulisan kawe ini jangan lah anggap kawe telah menodai nilai kesetiaan persahabatan kawe dengan demo sebaliknya cubalah fahami molek .

Kepada para pembaca sekalian kesetiaan kepada sahabat bagi kawe adalah menyelamatkan seorang kawan/sahabat dari dimusuhi/dibenci/dicerca oleh manusia lain.

No comments: