Monday, August 25, 2008

MENYESAL SEUMUR HIDUP TEGUR !

Salam,ada no hp si anu tak?.Raso supo dia dok disebelah sayo.Sejid Sg Koyan .Gelap tok berapo napok muko.

Itulah ayat ayat sms yang kawe terima dari seorang sahabat lama kawe pada 19 ogos pada pukul 7.45 malam yang pada ketika itu kawe sedang memandu untuk menuju ke satu tempat di kota bharu.Setelah sampai ke destinasi ambo maka kawe replylah sms kepada sahabat kawe yang bergelar PUAN itu untuk menyerahkan no hp sahabat kawe yang bergelar si anu itu.

Tidak lama kemudian kawe terima lagi satu sms dari PUAN tersebut "tq" walaupun ringkas tapi amat melegakan hati kawe kerana ;

1. Sms dan maklumat yang kawe ingin sampaikan kepada PUAN sudah selamat di sampaikan dengan jelas.

2. 2 orang sahabat lama kawe dapat berjumpa walaupun secara tidak dirancang.

Lebih kurang 2 jam kemudian kawe terima satu lagi sms dari PUAN ini yang berbunyi " Lain kali tokse tegur doh si anu ,dia serupo tok kenal jah kito.Menyesal seumur hidup tegur!"


Tergamam sebentar bila habis baca sms dari PUAN sahabat kawe nih .Untuk melegakan perasaan sahabat kawe hok tngah kecewa ini kawe balaslah sms dia dengan berkata segala kemungkinan yang berlaku dipihak si anu.

Sitiuasi sebenar pada hari itu kawe tak tahu kerana tak nampak tapi kekecewaan PUAN tersebut terhadap Si anu kelihatan jelas berdasarkan kepada sms yang di hantarkan kepada kawe.Di sebelah pihak si anu pula kawe tak tahu apa yang sebenarnya berlaku pada hari tersebut.

Apapun alasannya pada pandangan kawe keadaan ini tidak sepatutnya berlaku,bukan bermaksud kawe nak menyebelahi sahabat kawe hok PUAN itu tapi bila melihat kepada semangat yang ada pada beliau untuk menegur seorang sahabat yang mungkin berpuluh puluh tahun tak jumpa hinggakan sanggup bertanya kan no hp daripada orang lain dan akhirnya dilayan secara acuh tak acuh dari si anu .

Kepada Si Anu jikalau terbaca tulisan kawe ini ingatlah seseorang itu tidak akan sesuka hati menegur kita bila berjumpa dimana mana .Orang yang berani menegur kita itu mungkin orang yang mengenali ,mungkin sahabat,mungkin kawan lama,mungkin teman lama dan mungkin tersilap orang .

NAMUN WALAU APAPUN KEMUNGKINANNYA TIDAK SALAH UNTUK KITA MEMBERI LAYANAN YANG SEDIKIT MESRA KEPADA MANUSIA LAIN KERANA KITA SAMA SAMA MANUSIA TAK KIRALAH APA PANGKAT YANG KITA ADA ,BERAPA KEKAYAAN YANG KITA ADA.
Post a Comment