Sunday, August 24, 2008
NASI ULAM PADANG TEMBAK
Pada 19 ogos 2008 kawe,matt Lite,Matt Boo dan Kappok telah mengadakan satu kunjungan hormat ke office jahar Kurrap di Pengkalan Chepa.
Ketibaan kami sebagai tetamu yang tidak diundang disambut dengan penuh perasaan terkejut tapi mesra dari saudagar jahar .
Kami menghabiskan masa lebih kurang setengah jam di pejabat jahar yang menjadi tumpuan utama ialah urusan "bisnes" antara kami dan saudagar jahar.Walaupun saudagar kelihatan amat sibuk tapi demi urusan bisnes dengan sahabat lama gurauan dan hilai ketawa tak dapat dielakkan lagi.
Walaupun urusan bisnes tidak dapat persetujuan antara kami tapi ikatan persahabatan kami tetap utuh dan berkekalan selamanya.Setelah urusan bisnes gagal kami mempelawa saudagar jahar untuk menikmati makan tengahhari di restoren Ulam dihadapan pejabat beliau tapi malangnya oleh kerana kesibukannya beliau tidak dapat bersama dengan kami untuk menikmati keenakan nasi budu berulamkan petai yang menjadi kegemaran matt lite serta masakan ikan patin masak lemak menu utama pilihan kappok serta air sirap tarik tali minuman yang dipesan oleh matt boo.
Sambil menikmati juadah makanan yang enak itu kami berbincang dan merancang untuk mengadakan satu perjumpaan dengan sahabat sahabat yang lain di kb pada sebelah malamnya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment