Apa beza BUDU dengan KFC milik keluarga Sanders yang berasal dari Kentucky dan digilai seluruh dunia itu?Mungkin KFC boleh dikatakan harta intelek Sanders atau Kentucky atau USA bagi sesetengah orang dan memang diakui oleh dunia pun.Dari segi populariti juga Aye Sanders ini lebih popular dari BUDU ,dari nilai komersial juga BUDU jauh ketinggalan di belakang Aye Sanders .Tapi jika di nilai dari segi keunikannya ternyata BUDU jauh ke hadapan meninggalkan aye goreng .
Ayam goreng tidak ssong untuk dicicah BUDU kerana ikan panggang tawar dan ulam ulaman adalah regu budu yang sesuai untuk dinikmati .Dari sudut ini kita dapati BUDU amat memilih regunya untuk menjelirokan liur pengemarnya disamping memberi khasiat khasiat kesihatan yang tertentu kepada pemakannya.Kawe tidak hendak membicara dengan lebih lanjut mengenai khasiat khasiat yang dicernakan oleh BUDU walaupun dikatakan telah ada kajian kajian secara saintifik di luar negara mengenai manfaatnya BUDU ini kepada tubuh badan manusia.Kawe juga tidak hendak ambil peduli sangat nilai komersial yang ada BUDU ini samada satu hari nanti boleh mengalahkan populariti aye goreng KFC atau tidak suatu ketika nanti.
Kenapa BUDU sinonim dengan ore Kelate? Kenapa BUDU dicampakkan untuk disebatikan dengan ore Kelate?Kenapa ore Kelate pilih BUDU untuk dijadikan makanan kebanggaan mereka?Apakah rahsia BUDU yang begitu dikagumi oleh masyarakat Kelate?
Cara mudah untuk proses BUDU
1 kg ikan bilis
Garam kasar secukupnya
Segenggam asam jawa (isi sahaja)
Nisæ
Garam kasar secukupnya
Segenggam asam jawa (isi sahaja)
Nisæ
Cara-cara
- Ikan bilis dibersihkan dan toskan.
- Bahagikan garam kepada 5 bahagian.Taburkan bahagian pertama garam di dasar bekas biar rata (bekas untuk memerap budu). Seeloknya pakai bekas tembikar/porselin.
- Gaulkan ikan bilis dengan asam jawa sampai rata. Bahagikan kepada 4 bahagian.
- Masukkan nisæ gaul rata.
- Taburkan ikan bilis ini di atas lapisan garam dalam bekas tadi. Kemudian taburkan pula selapis garam lagi di atas ikan bilis pula. Buat hingga habis. Buat berlapis-lapis sehingga akhirnya lapisan garam.
- Tutup permukaan bekas dengan kain kasa (lampin bayi pun boleh). Biarkan kain ini tegang di permukaan mulut bekas. Sebelum ditutup botol tersebut taburkan garam terlebih dahulu ( bagi mengelakkan lalat bertelur). Kemudian tutup bekas ini dengan penutupnya dengan ketat.
- Simpan di tempat gelap selama 1 bulan atau hingga semua nya hancur. Jangan dedah kepada cahaya atau udara luar kerana ini boleh mengakibatkan budu berulat. Sesekali jenguk lah hasilnya. Tetapi jangan di kacau.
- Bila semuanya sudah hancur, tapiskan pati budu ini dan gunalah seperti biasa.
Petua:
Sukatannya ikut gelas yg digunakan: Kalau 3 gelas bilis, 1 gelas garam
Campuran 2 bahan dari laut yang dicampur dengan bahan dipesisir pantai serta bahan dari bukit yang diperap/peram minima sebulan ini telah menjadi lagenda kebanggaan ore Kelate dalam pemakanan rutin harian mereka.Prosesnya amat mudah iaitu hanya perap/peram 4 bahan sahaja untuk di jadikan BUDU ,amat mudah bagi yang merasai nikmat BUDU yang telah dihidangkan .
Tapi bagi ore Kelate kebanyakkannya tidak melihat memproses BUDU adalah semudah seperti yang kawe tulis tu .Ikan bilis dari laut adalah hasil penat jerih nelayan nelayan di Kelate semenjak dahulu lagi untuk mencari rezeki sesuap nasi untuk keluarga mereka...Ikan bilis adalah lambang kegigihan/semangat ore Kelate bertarung nyawa dengan gelombang ombak di laut untuk menyara keluarga turun temurun..Bahan yang kedua dari laut juga bukanlah satu proses yang mudah untuk dihasilkan untuk diadunkan dengan ikan bilis tadi .Air laut perlu dijemur dan perlu melalui proses proses tertentu sebelum terhasilnya GARAM.
Nise juga bukanlah satu proses yang mudah untuk dihasilkan ,memerlukan tok nyadat untuk merukah pohon nyior untuk mendapatkan tuaknya .Tuak nyior ini pula perlu dimasak untuk menghasilkan nise dan yang terakhir sekali adalah asam jawa dari bukit perlu dicari untuk penghasilan BUDU ini. Setelah segala proses selesai satu lagi proses yang perlu dilalui iaitu proses KESABARAN yang perlu ada kepada si pembuat tadi .Bahan yang diadunkan tadi perlu di peram selama berbulan bulan sebelum boleh di nikmati.
Kawe toksir nak cerita panjang lebar mengenai sifat sifat Ore Kelate kerana kawe yakin ore ore kelate hak terbaca tulisan kawe ini akan faham perangai/sifat mereka sebagai ore Kelate melainkan ada segelintir ore ore Kelate yang memalingkan MUKA kepada Kekelantanan yang ada dalam diri mereka.
Apa yang kawe hendak bawa para pembaca sekalian selami adalah apakah tindak balas yang berlaku setelah BUDU ini bertembung dengan JIWA ore melayu Kelate ? Apakah GELOMBANG BUDU akan terhasil? hahahaa...Misteri Gelombang Budu yang ada pada jiwa ore kelate amat sukar untuk difahami oleh masyarakat lain di dunia ini.Tapi bagi ore Kelate mereka mempunyai satu kesefahaman yang amat UNIK bila dikaitkan dengan kehebatan BUDU .
No comments:
Post a Comment