Di Malaysia orang melayulah TUAN kepada tanah itu yang selalu melaungkan kemegahan KETUANAN mereka.Kerana ingin menjaga ketuanan melayu merekalah sebahagian dari saudara melayu mereka terpaksa dianiaya untuk dilanyak dan dihina oleh bangsa pendatang.Apa yang terjadi tetap telah berlaku ,bumi Temasek yang asalnya HAK melayu kini bukan lagi kepunyaan Melayu atau TUAN nya sudah bukan dari melayu.Kini Melayu hanya tinggal 15% atau kurang di Singapura .
Yang sering kita dengar dari para pemimpin KETUANAN Melayu di Malaysia mengenai nasib Melayu di Singapura ini amat pilu dan nyilu dihati,tapi suara pilu yang ditiup ini semata mata ditiupkan untuk memberi ingatan kepada Melayu di Malaysia sahaja.Apakah adil untuk menyalahkan/meletakkan segala kesilapan ini diatas kepala rakyat melayu Singapura? Apakah pilihan itu dibuat oleh mereka atau dibuat oleh pemimpin pemimpin terdahulu dan diwarisi oleh mereka yang lantang melaungkan KETUANAN melayu hari ini?
Beberapa tahun yang lalu kawe pernah menetap di Johor Bharu dan boleh di katakan dalam sebulan adalah 2 atau 3 kali kawe melintas tambak Johor untuk ke Singapura dengan tiada apa tujuan selain dari untuk mengenali sebuah negara yang dulunya milik melayu tapi kini dikuasai sepenuhnya oleh bangsa Cina.Apa yang kawe jumpa dan lihat disana tidak perlulah kawe cerita disini kerana Malaysia dan Singapura tidak terlalu jauh untuk dilawati oleh para ketuanan Melayu Malaysia.Di Johor Bharu tidak susah untuk mengenali melayu melayu Singapura terutamanya di malam minggu di sekitar Johor Bharu .Kawe sememangnya tidaklah sangat meminati gelagat gelagat Melayu Singapura yang selalu berjiran meja makan direstoren restoren sekitar johor Bharu .Ada keriakan di jiwa mereka ,ada keagahan didiri mereka pada pandangan kawe .mungkin disebabkan oleh nilai matawang Singapura yang lebih tinggi nilainya dgn RM penyebabnya atau kemajuan negara mereka lebih dari Johor Bharu ...kawe tak pasti.
Yang pasti adalah melayu Singapura ini mahu diri mereka dilayan seperti Raja Temasek yang mencemar duli di Johor Bharu pada pandangan mata kawe.Antara faktor harga makanan menjadi mahal di Johor Bharu juga adalah disebabkan oleh keghairahan Raja Temasek mencemar duli di sana ....Itu andaian kawe lah...
Anggapan kawe melayu singapura ini kelihatan agah dan riak rupa rupanya silap ,yang kawe tidak menyedari pada waktu itu adalah melayu Singapura ini terlalu gembira bila berada di Johor Bharu untuk menikmati makanan.Satu kebebasan yang terpancar dijiwa mereka yang menampak keagahan di mata kawe. Seolah olah satu kemerdekaan di jiwa mereka bila dapat menghirup udara yang kurang bersih jika dibandingkan dengan kebesirhan di singapura tetapi hakikatnya jiwa mereka terpenjara didalam menghirup udara bersih si seberang tambak Johor.Menikmati jiwa yang merdeka bagi seseorang manusia itu bukanlah RIAK diri atau AGAH dalam istilah ore Kelate.
Di tempat kawe mencari rezeki ini berkebetulan ada seorang Melayu dari Singapura yang ditakdir berkongsi pejabat dan sama matlamat dengan kawe iaitu mencari rezeki sesuap nasi untuk menyara keluarga.Kami selalu berbincang pasal kerja dan sekali sekala keluar makan dan minum bersama .Sahabat kawe ini seorang yang peramah dan mempunyai 2 orang anak yang menetap di Australia dan memiliki taraf warganegara Australia TAPI sahabat kawe ini masih warganegara Singapura walaupun anak isterinya sudah menukar kerakyatan.
Amalan biasa kawe bila hendak mengetahui sesuatu kawe akan lebih banyak mendengar dari bercakap bila berbual .Kawe mendengar dengan penuh khusyuk sahabat kawe menceritakan kegembiraan yang di capai oleh anak anak yang berjaya menjadi pelajar cemerlang di Aussie . Sahabat kawe ini umurnya sudah menjangkau 50 tahun untuk pengetahuan umum .Amat menarik untuk mendengar bagaimana beliau seorang melayu berusaha untuk mendidik anak anak di negara orang putih yang jauh berbeza dengan budaya melayu dan yang lebih menarik lagi kedua dua anaknya terpaksa tinggal bersendirrian di Aussie sedangkan beliau terpaksa merantau ke pelbagai negara di dunia untuk mencari rezeki.
Sahabat kawe ini menceritakan bagaimana sistem pendidikan di Singapura dan apa kesannya kepada orang Melayu Singapura . Secara tidak langsungnya beliau menjelaskan kepada kawe mengapa beliau bersusah payah berhijrah ke luar negara untuk memberi pelajaran kepada anak anaknya yang tidak memenjarakan fikiran mereka.Mungkin anda boleh semak jenis macam mana sisten pendidikan di Singapura.Bila bercerita mengenai pendidikan ini menjuruskan kepada kawe untuk bertanya ,pada tahap manakah ibubapa Melayu Singapura berharap tahap paling minima untuk anak anak mereka berjaya didalam pelajaran .Dengan pantas beliau menjawab kebannyakkan Melayu Singapura berharap dan akan berusaha paling paling kurang anak anak mereka mendapat MASTERS . Beliau juga menjelaskan panjang lebar kepada kawe kenapa dan mengapa.
Kata kata beliau yang terkesan kepada kawe adalah bila beliau berkata " Apabila kita ditindas hanya kecerdikan dalam berilmu yang dapat menolong kita keluar dari penindasan itu". Jaddik menurut cerita beliau Melayu Singapura kini berusaha untuk mencerdikan anak anak mereka dengan pelbagai kepakaran ilmu yang ada untuk dimiliki.Kata beliau juga walaupun jumlah atau peratusan kita sedikit tapi sedikit yang berkualiti itu lebih banyak manfaat dari banyak yang tidak ada kualiti.Kawe tersenyum dan menganguk faham akan erti kesusahan atau penindasan yang beliau ucapkan itu walaupun penindasan yang berlaku pada Melayu kelate dengan Melayu Singapura terlalu jauh perbezaannya tapi apa yang sama adalah TINDAK balas atau usaha untuk keluar dari penindasan itu tetap sama.
Dalam gelak dan senyum sambil mengangguk faham kawe lontarkan satu soalan bersahaja kepada sahabat kawe ini ,dengan nada serius kawe bertanya kepada beliau " Apakah ada cita cita dihati Melayu Singapura untuk mengambil semula tanah Temasek itu dari kekuasaan keturunan LKY?"Melihat perubahan air muka beliau dengan soalan kawe itu dengan pantas kawe berkata sebab kawe bertanya demikian ialah kerana kawe percaya orang melayu ini ada satu semangat yang ada pada kaum Yahudi . Tengok macam mana puak Yahudi bangkit setelah ditindas ,tengok penyatuan puak puak Yahudi di luar Israel memasang strategi bertahun tahun untuk kembali ke semula berkuasa di Israel yang mereka dakwa tanah nenek moyang mereka..
Mendengar penjelasan panjang lebar kawe mengenai persamaan sifat melayu dan sifat Yahudi itu membuat sahabat kawe membuka satu cerita mengenai peretmuan beliau dengan seorang pelajar dari Malaysia yang belajar di Melbourne Aussie .Menurut sahabat kawe ini beliau memarahi pelajar dari Malaysia ini dalam nada menasihati kerana pelajar ini tidak mahu kembali ke Malaysia setelah habis belajar dan memasang angan angan untuk menikah dengan minah salleh dan tinggal disana. Sekali lagi kawe senyum dan ketawa berdekah dekah mendengarnya dan kawe yakin dan percaya nasihat sahabat kawe ini kepada pelajar tersebut adalah ikhlas dari hati kecilnya dan mungkin juga kerana merasakan pelajar ini tidak merasai diri beruntung menjadi rakyat Malaysia sehingga bercita cita untuk menukar warganegara.
Kawe tidak mendesak sahabat kawe ini untuk menjawab soalan kawe tadi dan beliau pun tidak menjawab soalan secara terus terang TAPI kawe ada kefahaman kawe tersendiri untuk mencari jawapan kepada soalan kawe tersebut.Kawe jenis tidak mementingkan jawapan ya atau tidak kepada soalan yang memerlukan jawapan ya atau tidak.
No comments:
Post a Comment