Dalam era pemerintahan beliau kita dapat melihat ramai musuh musuh politik beliau samada dari dalam dan luar dapat di hapuskan oleh beliau dengan ketangkasan atau kebijaksanaan beliau dalam berpolitik.Di era pemerintahan belai jugalah negara Malaysia menjadi terkenal di seantaro dunia .Mungkin salah satu kegagalan Tun M dizaman beliau berkuasa adalah untuk menjatuhkan TGNA di Kelantan atau merampas Kelantan dari pengaruh TGNA .Bagi Tun M dalam dunia politiknya tiada istilah gagal untuk dirinya ,sejarah telah membuktikan Tun M akan buat apa sahaja untuk memastikan kemenangan berpihak kepada dirinya dalam politik .Sejarah membuktikan |Tun M berjaya merehatkan perdana menteri pertama Malaysia dan sejarah juga tercatat Tun Berjaya menyahkan satu satu timbalannya yang diangkat menjadi PM sebagai pengantinya ,walaupun beliau terpaksa keluar dari UMNO untuk cita citanya tercapai. Tetapi sehingga kini Tun M masih gagal bila berdepan dengan TGNA.
Kini riuh kembali pertikaian diantara Tun M dan TGNA di tanah Malaya cuma yang berbeza kali ini adalah TGNA masih berkuasa dan Tun M hanya sebagai rakyat biasa .Maknanya pertikaian kali ini boleh dilihat diatas padang yang sama rata kerana segala intrument kerajaan bukan Tun yang kawal lagi ,namun begitu suami kepada BiniNajib akan memberi EHSAN kepada Tun untuk RTM,TV3 dan Utusan Malaysia membantu Tun hadapi TGNA.
Pertikaian kali ini pun masih lagi mengenai lagu lama iaitu isu Bela Melayu dan Bela Islam.Kini Tun M kata TGNA mula nak bela melayu untuk dapatkan undi melayu tidak lagi bela islam untuk dapatkan undi melayu.Kalau perbandingan di buat siapa jaguh diantara Tun M dan TGNA yang lebih hebat membela melayu di Malaysia ,kawe memilih untuk memihak kepada Tun M merupakan jaguh dalam membela Melayu di Malaysia jika hendak dibandingkan dgn TGNA . Perbandingan kawe buat berdasarkan selama 22 tahun Tun M berkuasa di Malaysia dan dari 14 buah negeri yang ada di Malaysia itu hanya satu atau dua negeri sahaja yang Melayu tidak di bela oleh Tun M. Berdasarkan angka ini tiada siapa yang dapat nafikan Tun M sebagai jaguh bela melayu.Walaupun Melayu Kelantan disisih/dizalimi oleh Tun M termaksuklah Melayu Terengganu satu ketika namun jika dikira puratanya seluruh Malaysia Tun Masih juara bela melayu.
Kita tengok dari sudut bela islam pula oleh TGNA di Kelate ,hampir 95% peratus orang kelantan adalah beragama islam yang dipimpin oleh TGNA.Jikalau kita tengok dari sudut perlembagaan negara pula mengatakan orang melayu mestilah beragama islam. Jaddik bila ukuran ini dibuat Tun Masih lagi menjadi juara atau jaguh bela islam bila meletakkan bela melayu didepan. Jaddik bila TGNA meletakan bela islam didepan maknanya bukan bela melayu kerana dalam istilah biasa orang islam tidak semestinya orang melayu sahaja.Persoalannya berapa peratus kah orang islam yang bukan Melayu yang di bela oleh TGNA di Kelantan? Apakah kerana tak sampai 1% orang islam yang bukan melayu yang di bela oleh TGNA di Kelate telah menyebabkan 95% orang Melayu di Kelate di nafikan HAK mereka oleh TUN?
Jaddik bila Tun M kata TGNA mula untuk meletakkan bela melayu didepan kerana takut undi orang melayu hilang berkurang kepada TGNA . Kawe nak tanya pada Tun M adakah selama lebih 20 tahun TGNA penjadi pemimpin ore islam di Kelate ini hasil kemenangan yang diundi oleh tak sampai 1% orang islam bukan melayu di kelate? Atau Apakah kerana gelombang merah Stopa Mamat yang memungkinkan HAK royalti di kembalikan kepada rakyat Kelate jika BN menang akan memaksa 1% orang islam yang bukan melayu di Kelate keluar daripada islam kerana TGNA sudah tak mampu bela mereka lagi?
INGAT dari awal lagi kawe kata Tun M adalah pakar dalam memasang startegi dalam plan dalam plan ...Bagi kawe Tun M ada maksud yang lebih besar lagi disebalik kenyataan beliau itu ,kerana Tun memang ketahui dengan jelas dari dulu lagi TGNA bela nasib ore Melayu di Kelate .Tun tahu TGNA mendapat sokongan yang kuat dari Melayu di Kelantan dengan cara membela islam malah kini telah merebak ke seluruh Malaysia. Tun tidak heran jikalau sokongan orang melayu bertambah kepada TGNA kerana sejarah telah membuktikan sokongan dari negeri majoriti melayu terbesar kepada TGNA tidak menjejaskan apa apa kepada Tun untuk muncul sebagai JAGUH bela melayu yang utama di Malaysia.
Hayunan kata kata Tun ini hanya satu cubaan untuk memercikan satu cetusan kebimbangan kepada satu kelompok yang mana akan menjadi penentu kemenangan BiniNajib dalam PRU 13 sahaja. Kata kata serampang dua mata dari tun ini amat berbisa jika berjaya diolah dengan baik oleh penyambut penyambutnya nanti.Kalau di nilai dari kata kata Tun terdahulu bahawa melayu sudah berpecah kepada 3 MAKNANYA BiniNajib jika mahu masih berkuasa maka di malaysia maka terpaksalah CSL membuat filem filem yang laris jualan dan perlu sambutan yang hangat dari kaumnya....hahahaha CUKUP.
Bagi kawe jikalau Tun betul betul mahu jatuhkan TGNA di Kelate apa yang perlu Tun buat adalah kaji asal usul budu dan yang penting carilah jalan supaya TGNA terpaksa mengeluarkan FATWA bahawa BUDU haram di makan oleh orang Kelate . Kalu Tun berjaya menimbulkan keadaan ini mungkin harapan Tun untuk melihat TGNA terguling di Kelate nampak cerahlah TETAPI jika ini pun tak berjaya maka TUN akan selamanya akan ditewaskan oleh TGNA.
No comments:
Post a Comment