Kawe ada kisah untuk dikongsi bersama berkenaan hadiah dan kegembiraan hari jadi ini ,kisah yang benar benar berlaku mungkin tidak kepada anda semua tapi mungkin akan berlaku atau anda cuba elak supaya tidak berlaku .Apa pun kisah ini hanya berkisar kepada kegembiraan sepasang suami isteri .Sebelum itu kawe minta para suami suami di luar sana imbas kembali ingatan mereka BERAPA kali kah disepanjang usia perkongsian kehidupan bersama isteri tercinta ANDA terlupa untuk menghadiahkan apa apa hadiah di harijadi isteri tercinta?DAN kepada golongan isteri pula cuba imbas kembali kenangan anda APAKAH hadiah yang paling bermakna pernah diterima daripada suami tercinta di hari KEJADIAN anda ?
Kawe mulakan kisah dengan harapan seorang isteri yang mahu buat KEJUTAN kegembiraan bersempena dengan harijadi beliau dan mengharap ada KEJUTAN yang bermakna dari suaminya. Seperti amalan biasa yang selalu diamalkan oleh sang suami ini akan memberi hadiah hari lhir pada isterinya TEPAT pada pukul 12.01 . Jaddik sudah tentulah tempat yang berlangsungnya penyampaian hadiah daripada suami kepada isterinya berlaku diatas katil.Kebiasaannya si isteri yang menerima KEJUTAN hadiah dari suami tapi kali ini si isteri mahu suaminya TERKEJUT dahulu sebelum KEJUTAN dari suaminya berlaku.
Seperti biasa pasangan suami isteri ini akan menikmati makan malam dirumah dan selepas makan mereka menghabiskan masa bersama menonton tv dan berbual bual mesra seperti kebanyakan yang di lakukan oleh suami isteri.Tepat jam 11.30 malam si isteri mengajak si suami beradu dan si suami pula tidak banyak soal mungkin kerana kepenatan dengan tugas tugas kerja seharian . Setelah kedua duanya berada dalam posisi yang selesa untuk beradu mengharungi malam yang indah si isteri bernekad akan memastikan KEJUTAN dari dirinya dulu. Sebelum mata kedua duanya terpejam si isteri mula beritahu mengenai apa yang dia telah buat siang hari tadi .Dan bila tepat jam 12.00 malam si isteri dengan penuh gembira berkata bahawa hari ini adalah PALING gembira didalam hidup dia bersempena hari jadinya kerana telah disahkan HAMIL oleh doktor siang tadi . Bila mendengar hari ini adalah harijadi isterinya si suami terdiam dan terpaku kerana beliau betul betul lupa tentang harijadi isterinya hari ini dan tiada sebarang hadiah dibelikan untuk dihadiahkan kepada isteri sepertimana KEJUTAN yang selalu dilakukan sebelum ini.Hampir lima lamanya si suami ini terdiam dengan tidak berkata apa apa.
Melihat si suami terdiam tanpa berkata apa apa si isteri mula bertanya kepada diam atau tidak gembirakah dengan berita ini . Si suami menjawab beliau terlalu gembira dan tidak ada kata kata yang seindah bahasa untuk dipertuturkan untuk menyatakan kegembiraan dan kejutan yang tak terduga itu. Si isteri pula terasa puas kerana berjaya memberi kegembiraan dan KEJUTAN kepada suaminya .Sekarang si isteri sedang menanti KEJUTAN hadiah harijadi dari suaminya pula seperti tahun tahun yang lepas.
Si suami mengucup dahi si isterinya sebanyak 2 kali dan berkata TAHNIAH dan mengucapkan selamat hari jadi kepada isterinya dengan penuh ikhlas berkata terima lah ANAK ini sebagai hadiah harijadi awak daripada yang pasti tidak mampu diberikan oleh mana mana lelaki dalam dunia ini kepada awak. Mendengar kata kata si suami itu sang isteri sangat gembira dan terharu dengan HADIAH yang amat bermakna itu .
SELAMAT MENYAMBUT APRILFOOL DAY ... Kawe nak ggi ngukah dulu ..hahahahah
No comments:
Post a Comment