Putera raja yang berjiwa rakyat sekali lagi membangkitkan isu ROYALTI MINYAK untuk rakyat negerinya .Sebelum ini beliau di kecam hebat kerana turut serta dalam program kerajaan negeri yang disertai puluhan ribu rakyat kelantan yang mana beliau memberi ucapan bagi menjelaskan kedudukan sebenar isu royalti minyak mengikut undang undang yang telah di persetujui.Risiko yang beliau ambil ketika itu adalah sanggup di pecat oleh UMNO kerana mengambil langkah yang bertentangan dengan kehendak partinya . Terdapat suara suara sumbang yang mencadangkan supaya beliau dipecatkan dari UMNO ,namun hingga ke hari ini beliau masih berada ahli UMNO . Apakah tiada keberanian bagi UMNO untuk bertindak keatas Ku Li ini ? Berbeza pula tindakan UMNO terhadap bekas penyokong kuat Ku Li satu ketika dahulu iaitu Braheng yang dipecat seumur hidup oleh UMNO. Yang jelas Braheng amat gila talak kepada UMNO tapi bagi Ku Li PRINSIP adalah lebih utama yang didukungnya BUKAN tindakan yang disukai oleh kebanyakan pemimpin un tuk duduk dalam UMNO.
Beberapa hari yang lalu juga Ku Li telah meludahkan kahaknya ke muka pemimpin pemimpin UMNO berkenaan isu VIDEO SEKS . Samada benar atau tidak seperti apa yang diucapkan oleh Ku Li TAPI yang pasti hasil dari kenyataan beliau itu boleh menimbulkan satu kedudukan yang tidak selesa kepada UMNO lebih lebih lagi bila menjelang PRU 13 yang tidak berapa lama lagi.
Ada desas desus yang mengatakan Ku Li akan dilantik menjadi PM Malaysia sekiranya PR berjaya membentuk kerajaan didalam PRU 13 nanti sekiranya Anuar Ibrahim terpaksa menjadi PM di Sungai Buloh sekali lagi .Sejauhmana kebenaran mengenai desas desus ini tidaklah kawe ketahui dengan tepat. Cuma yang kawe ketahui dengan jelas adalah Ku Li tidak berpuashati dengan Anuar Ibrahim berkenaan pemilihan pimpin didalam PKR yang melibatkan Azmin dan Zaid satu ketika dulu. Ku Li ada meluahkan secara tidak resmi bahawa dia keciwa dengan sikap Anuar Ibrahim kerana cakap tak serupa bikin. Mungkin kerana Anuar membantu Azmin dalam GELAP untuk dapatkan jawatan jawatan tertentu dalam pemilihan sedangkan diluar sana diwar warkan pemilhan secara terbuka dan telus. Mungkin juga semangat kenegerian yang pekat di jiwa Ku Li berkebetulan Zaid adalah satu negeri dengan beliau dan pada anggapan belaiu Anuar telah menganiayai Zaid tidaklah kawe ketahui.
Selama hari ini batang tubuh Ku Li masih diterima baik oleh semua parti politik di Malaysia kerana PRINSIP yang ada pada dirinya.Tapi adakah rakyat Malaysia boleh menerima Ku Li sebagai PM kerana PRINSIPnya itu?Apakah ahli ahli PAS ,DAP dan PKR boleh menerima Ku Li sebagai pemerintah kerajaan mereka sedangkan Ku Li adalah musuh mereka dalam perjuangan politik?
Apakah juga sekaran Ku Li sedang membuat tawaran kepada UMNO supaya memecatnya setelah beliau dijulang begitu hebat di Galas tidak lama dulu?
No comments:
Post a Comment