Saturday, April 23, 2011

SKIM CEPAT ORANG MAROH

Manusia dan duit mempunyai satu bentuk hubungan yang sangat sangat unik .Wang diperlukan oleh manusia untuk memiliki kuasa yang juga dapat melambangkan martabat kekayaan kepada seseorang.Manakala wang pula memerlukan kekuasaan pada manusia untuk mengekalkan nilainya dari susut nilai.Wang kertas cap pokok  pisang Jepun ditanah melayu telah menjadi tiada nilai bilamana pihak Jepun tewas dalam perang dunia ke 2.ini membuktikan manusia,kuasa dan wang mempunyai pertalian yang amat rapat dalam dunia moden ini.

Melihat kepada sejarah diatas menjadikan manusia meletakkan duit sebagai mata pencarian sehingga ada sesetengah mana manusia digelarkan mata duitan.Mencari  duit adalah perbuatan yang murni walaupun ramai manusia tidak selesa bila digelarkan HAMBA kepada duit.Ada manusia sanggup menjadi tukang sapu untuk mendapatkan duit yang halal walaupun jumlahnya sedikit.Ada manusia sanggup merompak kerana untuk dapat sekelip mata duit yang banyak  walaupun hukuman yang menanti amatlah berat.Pengaruh duit dalam hidup manusia amat besar dalam dunia modern setelah sistem kuno "barter" tidak digunapakai lagi.Manusia nak hidup senang atau mewah perlu ada duit banyak.Manusia hendak kuasa politik perlu ada duit untuk beli kuasa.

Setahun yang lalu ketika kembali ke tanah air seketika untuk bercuti .pertemuan dengan beberapa orang sahabat sahabat lama mencetus satu perdebatan yang hebat dikalangan para sahabat di sebuah kedai minum di Kubang Kerian, oleh kerana kawe tiba sedikit lewat maka sedikit sebanyak topik hangat yang diperdebatkan tidak dapat kawe sertai. Perbincangan itu memang agak hangat sehinggakan semua gelas minum yang berasaskan ais semuanya telah licin .Jaddik untuk round kedua air perlu diminta semula untuk elakkan penyakit kekeringan tekak berlaku.

Dalam pusingan kedua ini seorang sahabat yang baru memulakan satu perniagaan menerangkan hasratnya untuk membantu rakan rakan yang lain untuk berjaya bersama beliau dalam menambah pendapatan. Sifat sahabat yang tidak tak mahu KAYA seorang diri ini harus dipuji. Tetapi belum pun sempat penerangan diberi secara keseluruhan beberapa sahabat yang lain terus berjampuk memberi pandangan masing masing walaupun pada dasarnya kawe bersetuju dengan pendapat sahabat2 yang ramai itu .Tetapi untuk adil kepada sahabat kawe yang seorang dan ingin membantu sahabat2 lain untuk berjaya ,kawe ambik keputusan dengan meminta sahabat sahabat yang lain supaya mendengar sampai habis dulu penjelasan dari beliau.

Panjang lebar penjelasan yang diberikan oleh sahabat ini tidak menerujakan kawe kerana PONZI adalah perkara yang selalu kawe dengar dan pernah terlibat secara langsung beberapa tahun dahulu ,jaddik sistem sama yang berbeza hanya cara untuk mengelirukan pendangar mestilah berbeza beza walaupun kata kata akhirnya kebanyakkan akan berakhir dengan perkataan yang sama untuk menawan hati /memberi satu keadaan yang serba salah. Sahabat kawe menyudahi penerangannya dengan ayat " Aku toksir kaya sorang. aku nak sama sama senang/kaya dengan ggu2, lepas ni kalu aku senang puak mu dok susah lagi jgn salahkan aku kerana tak royat peluang atau tak ajak bersama sama "....sesudah sahabat kawe menamatkan ayatnya kawe hanya ketawa berdekah dekah hahahaha.

Sementara sahabat sahabat yang lain mula menanya soalan soalan yang mereka terpaksa pendam tadi . Soalan ditanya dan di jawab ,kawe hanya mendengar sekali sekala menjampuk  dengan tidak melukakan hati mana mana pihak , kalau ada kekasaran dalam berjampuk pun dikalangan sahabat kawe ini pasti tiada yang terluka kerana resam kami memang begitu .Sahabat kawe ini terpaksa beredar awal kerana beliau mempunyai beberapa temujanji mengenai perniagaannnya ,sebelum beliau beredar kawe hanya berkata perniagaan ini hanya mempunyai satu tempoh sahaja untuk dan selepas tempoh itu maka malapetaka akan menjelma .Walaupun beliau cuba untuk menafikan kata kata kawe itu tetepi deringan hp beliau bertalu talu menyebabkan beliau tidak sempat untuk memberi penerangan dan meminta kawe untuk pergi ke pejabatnya keesokan hari untuk penerangan lanjut .

Setelah sahabat kawe beredar dan sebahagian besar sahabat yang lain masih meneruskan perbualan dalam pelbagai topik yang lain .Tapi topik perniagaan sahabat kawe tadi terus diperbincangkan juga dan pandangan yang kawe beri pada sahabat sahabat yang lain adalah ,tidaklah salah untuk mencuba TETAPI mesti diniatkan duit itu untuk dibuang barulah tiada kekesalan di kemudian hari . MAKNANYA jangan taruh harapan yang terlalu tinggi atau jual tanah air atau buat pinjaman bank untuk menyertai perniagaan ini.Jikalau ada duit lebih bolehlah masuk.Contoh yang kawe ambil adalah sekira seorang yang berminat kepada karaoke ,mungkin seminggu dia akan membelanjakan Rm500 untuk tujuan tersebut dan sebulan RM 2k . Maka cuti rehat untuk aktiviti itu sebulan untuk melaburkan dalam perniagaan ,manalah tahu kut kut akan berhasil JIKALAU tidak berhasil pun hanya sebulan melalak sahaja yang rugi.

2 hari kemudian sahabat kawe tersebut menelefon kawe supaya singgah di pejabatnya untuk memberi penerangan lebih lanjut mengenai perkara tempoh hari TETAPI kawe memberi alasan bahawa kawe sibuk pada hari itu dan akan cuba singgah dipejabatnya dilain hari yang kawe ada kelapangan. Sehinggalah kawe terbang kembali ke Dubai kawe tidak singgah di pejabat sahabat tersebut.

Kini setelah hampir setahun dan kawe kembali semula ke tanah air ,dalam pertemuan dengan beberapa sahabat kawe di ibunegara juga ada menceritakan perihal ketidaknasib baikkan sahabat kawe ini dalam perniagaannya. Jawapan kawe adalah mudah BIASALAH dalam perniagaan ada untung dan rugi ADA jatuh dan bangun ADA gagal dan berjaya. Ada juga yang menceritakan ramai juga sahabat sahabat yang memarahi sahabat kawe ini,ada yang sampai maki hamun mungkin ada yang menjerit melolong meminta wang kembali.

Pendirian kawe dalam hal ini ,kawe memihak kepada sahabat kawe yang cuba untuk berkongsi kesenangan/kekayaan dengan sahabat sahabat beliau yang lain WALAUPUN kawe secara dasarnya menolak pelawaan ikhlas beliau kepada kawe.Jarang ada manusia yang ingin membantu sahabat yang lain jika ada lubang/peluang untuk mengkayakan diri sendiri. INGAT dunia hari ini status seseorang di UKUR dengan Nilai duit BUKAN dengan nilai baik hati atau baik budi.

Kepada sahabat kepada sahabat kawe atau mungkin juga sahabat  kawe sendiri ,sepatutnya ANDA menyumpah kepada diri sendiri kerana BODOH/MALAS untuk berikhtiar mencari duit dengan jalan yang susah sebaliknya lebih TERUJA untuk menjadik kaya dengan cara goyang kaki sahaja.

No comments: