Sunday, April 3, 2011

SYARIKAT PERMODALAN PERKASA


Kawe berhajat nak gantung begitu sahaja persoalan ISTIKOROH ANAK SULAIMAN PALESTINE kerana masih terasa kekecewaan dengan kehilangan MECCEH RONSON kawe .Tetapi bila MALAYSIAKINI mengeluarkan beberapa sudut yang yang boleh dilihat mengenai sembahyang istokoroh Raihan dan langkah yang diambil oleh Armand menarik minat kawe untuk perhalusi persoalan yang kawe gantungkan itu.

Apakah MECCEH ZIPPO yang berbatukan RONSON akan dapat memercikkan api untuk membakar daun daun kering yang boleh diterima oleh Raihan itu walaupun percikkan api dari batu RONSON adalah tidak dapat diterima oleh beliau sama sekali.Demi tidak membazir maka kawe pilih untuk guna batu RONSON dari membeli GESSEK untuk menyalakan dedaun kering itu.Pada sesetengah orang menganggap kedua dua bekas orang kuat ini adalah PERMATA kepada PERKASA ,samada permata kepada braheng atau kaca kepada PERKASA kawe tidak tahu lah  Apapun jikalau benar permata dia akan bersinar semula walaupun terkena asap daun kering yang memberatkan bumi itu.



"Ketika ditemui pemberita selepas menghadiri forum ekonomi di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di ibu negara, walaupun dilaporkan mendakwa peletakan jawatannya atas sebab peribadi, Raihan mula bercakap tentang pihak yang "menggunakan" PERKASA untuk tujuan tertentu.

"Kalau masuk PERKASA terus jadi kaya, (ini) nampak hodoh," katanya sambil menceritakan pengalaman sukarnya mendapat pekerjaan apabila menjadi anggota NGO Melayu itu.



Tanpa menyebut nama secara khusus, Raihan juga menceritakan pengorbanan anggota bawahan NGO itu yang memperjuangkan nasib Melayu secara sukarela dengan berkorban masa dan wang ringgit." Kata kata Raihan yang di petik malaysiakini .


Nampaknya gelodak perasaan didalam jiwa pejuang kental Raihan telah tersembur keluar mungkin disebabkan oleh sudah hilang sabar atau sudah habis barang kemas untuk digadai demi PERKASA atau sudah tak tahan melihat sahaja orang lain cetak duit dalam PERKASA atau sudah sedar perjuangan PERKASA adalah untuk Braheng bukan untuk melayu bawahan.


Mungkin ada benarnya Raihan letak jawatannya kerana sebab sebab peribadi yang boleh kawe andaikan sebagai untuk menumpukan sepenuh perhatian kepada perniagaan TASBIH buatan tangannya .Mungkin selama ini perniagaannya tidak lancar kerana terpaksa berkorban masa dan wang ringgit untuk perkasa.Mungkin juga Raihan sudah mendapat rakan kongsi untuk memulakan projek penanaman serai secara besar besaran ATAU mungkinkah PEMODAL berkenaan yang meletakkan syarat supaya jawatannya didalam PERKASA perlu menjadi galang ganti ..kawe tidak tahu....


Cuma yang kawe pelik dengan wanita yang mahu dikenali sebagai PEJUANG ini adalah apabila beliau menyalahkan dirinya sendiri yang padanya beliau seorang yang bersuara lantang dalam memperjuangkan nasib orang melayu sehinggakan pintu rezekinya di sempitkan oleh pihak pihak tertentu kerana kelantangan suara laungannya di dalam PERKASA.Pernahkah beliau secara terbuka dengan lantang menegur atau mengkritik tindakan tindakan yang merugikan rakyat malaysia khasnya orang melayu dengan tindakan tindakan yang boleh dikatakan keterlaluan campurtangan isteri perdana menteri? Apakah beliau dengan lantang dan berani menyatakan kelemahan PM bila menghadapi kerenah isterinya sehinggakan didalam jiwa dan hati Raihan sering menggelarkan PM sebagai "Prime Ministress".


Jikalau benar kelantangan Raihan bersuara sampai ke tahap tidak memilih sesiapa tapi demi kepentingan melayu untuk maju beliau akan bersuara maka kawe boleh bersetujulah  dengan kenyataan beliau susah cari makan kerana ada jawatan dalam PERKASA dan beliau tidak sanggup nampak BODOH dengan mencuri makan dalam PERKASA.Kawe setuju dengan Raihan sampai bila bila pun tidak akan menyalahkan PERKASA tetapi yang jelas jiwa Raihan bergelodak geram kepada segelintir individu dalam PERKASA. 


Mungkin nasib Raihan tidak seburuk Ummi Hafilda dalam perjuangan masing masing walaupun kata kata kepada ASAS perjuangan adalah lebih kurang sama iaitu Demi bangsa ,agama dan negara.Apa beza Raihan dan Ummi? Kedua duanya dari keluarga yang berlatar belakangkan agama ,kedua duanya pernah melihat 18 video yang sama,kedua duanya amat kagum kepada Tun M,kedua duanya bukan mengejar pangkat atau kuasa dalam umno, kedua duanya pernah dianiayai dengan cara yang berbeza hinggakan hendak cari rezeki pun susah, kedua duanya mempunyai PRINSIP perjuangan yang sama iaitu  kebenaran itu mesti ditegakkan.


Demi PRINSIP Ummi Hafilda naik turun pentas ceramah untuk menyatakan kebenaran kepada rakyat Malaysia pada orang melayu khasnya,demi prinsip juga Ummi terpaksa berbedak bergincu untuk nampak jelita dipentas,demi prinsip juga Ummi terpaksa memaksa dirinya mengeluarkan air mata berberai berai dipentas ceramah . Apakah jiwa pejuang tulen Raihan tidak seteguh semangat pejuang kebenaran yang ada pada Ummi?? hehehe


Mungkin Raihan bersetuju dengan UMMI berjuang menegak kebenaran dan mendedahkan perkara yang sebenar demi kebaikan bangsa melayu dan negara Malaysia.Apakah juga Raihan akan guna pakai PRINSIP yang sama untuk berjuang menegak kebenaran demi orang melayu dan negara malaysia setelah beliau keluar dari PERKASA? Apakah Raihan akan naik turun pentas ceramah untuk mendedahkan perlakuan buruk segelintir pemimpin Melayu dalam perkasa demi untuk menyelamatkan orang melayu bawahan dari menggadaikan nasib mereka pada PERKASA?


Kawe yakin Raihan tidak akan ambil tindakan seperti mana yang dilakukan oleh UMMI kerana beliau mempunyai satu lagi PRINSIP iaitu pemimpin Melayu tidak wajar diberitakan buruk walaupun pemimpin itu amat busuk selagi berada dalam kelompok/parti yang sama.Inilah PRINSIP rapuh yang dipegang dan dipuja oleh Raihan selama ini.Sekali imbas kelihatan Raihan agak TERSESAT dalam memilih PRINSIP yang mahu dilabelkan pada dirinya.


Idolanya Tun M adalah manusia yang paling di banggai oleh Raihan dalam bicara mengenai PRINSIP tetapi Raihan juga tidak bersetuju dengan PRINSIP yang diamalkan oleh Tun M terutamanya bila sesuatu PRINSIP itu digunapakai untuk kepentingan diri sendiri walaupun keburukan atau keaiban segelintir pemimpin melayu didedahkan.Kerosakan yang telah dilakukan oleh Tun M kepada UMNO dizaman Pak LAh bukanlah sesuatu yang 100% dipersetujui oleh Raihan dan penyejukan untuk Raihan menerima keadaan itu adalah dengan berpaksi pandangan jauh Tun M yang sentiasa berjaya itu perlu dihormati.Kemungkinan wujudnya PERKASA adalah kerana kesan dari tindakan Tun M ini ,Raihan tahu ,Braheng tahu tapi kawe tak tahu hahahaa.


Apakah kini baru Raihan sedar bahawa penglibatannya dalam PERKASA adalah semata mata untuk memulihkan kembali sokongan orang Melayu kepada UMNO setelah dirosakkan atau dipunahkan oleh  Tun M kerana tidak suka dengan Pak Lah? Apakah kini baru Raihan sedar bahawa beliau dipergunakan oleh Braheng dengan menggunakan pentas PERKASA untuk menyambung hayat politiknya? Apakah kini baru Raihan sedar bahawa PERKASA bukanlah satu wadah untuk orang melayu berserah nasib? Hanya PRINSIP yang ada dalam diri Raihan sahaja yang mampu memberi jawapan .


Jikalau Raihan masih terkeliru dalam memilih/meletakkan PRINSIP untuk kelihatan pada diri elok beliau pergi belajar/berguru dengan KU LI bukan dengan Tun M atau pun Braheng seperti yang disebut oleh Armand bahawa Braheng itu dianggap sebagai bapanya. Anuar Ibrahim juga pernah menganggap Tun M sebagai bapanya tetapi dalam masa yang sama beliau merencanakan agenda untuk menjatuhkan Tun M seketika dahulu .


Jaddik pada kawe kata kata Armand yang menganggap Braheng sebagai bapanya itu adalah luahan kata kata seorang pemuda yang KECEWA sahaja.Apakah seorang anak akan cuba mencuri buah durian dari kebun bapanya sendiri? hahaahaha


Tajuk diatas kawe tujukan kepada Armand untuk menjawab apa yang sudah terjadi kepada syarikat tersebut dan juga ahli ahli perkasa juga perlu tahu kemana perginya wang Tabung Perkasa yang dikutip di seluruh negara di awal awal PERKASA hendak di tubuhkan dahulu. Apakah Braheng yang dianggap sebagai bapa oleh Armand tidak kecewa jika mengetahui anaknya sendiri yang cuba untuk mencuri durian dikebunnya? 

No comments: