Sunday, April 10, 2011

TUN BERSAMA CUCU DAN CICIT MAK JAH

Terima hadiah harijadi dari cucu Mak Jah hari ini 

Cucu dan cicit Mak Jah bersama Tun Rahman di KLIA hari ini.

Hari ini kawe telah menjejak kaki di bumi malaya dari tanah gersang tetapi debu debu ditanah gersang kawe tidak bawa bersama kawe untuk mencemari tanah Malaya.Kawe disambut oleh cucu dan cicit Mak Jah di KLIA dan untuk sarapan pagi kawe memilih ASIAN CAFE di Klia untuk melepas rindu pada teh tarik ..

Di KLIA hari ini kawe terserempak dengan pereka kasut terkenal mendiang Puteri Diana yang masyhur itu ,beliau mundar mandir di KLIA bersama seorang lelaki mat salleh dan seorang wanita tionghua mungkin untuk ke destinasi yang kawe tidak ketahui.Kawe kenal dia tapi dia tak kenal kawe maka tiada apa apa kelebihan kepada dia untuk kawe tegur/sapa beliau walaupun kawe amat kagum dengan kebolehan dan kehebatan beliau.Mungkin jikalau berjumpa dengan beliau di luar negara kawe akan menyapa beliau kerana sama sama rakyat malaysia berada di tempat orang .Maknanya sesiapa pun tidak perdulikan beliau walaupun namanya tersohor satu di dunia jika berada di negara sendiri. Kawe masih bertuah kerana di sambut oleh cucu dan cicit Mak Jah sekembalinya kawe ke bumi malaya ..hahahaha

Mata kawe terpaku pada satu susuk tua yang kawe rasa amat kenal dan kaki kawe terkaku untuk memerhatikan demi kesasihan bahawa susuk tersebut kawe kenal.Setelah soheh dan cerrat bahawa susuk itu adalah waris kepada Mak Jah ,maka kawe berkata kepada cucu kepada Mak Jah mungkin Tun tak ingat kepada kita kerana usia dia TAPI takkan mungkin dia lupa pada Mak Jah dan cucu cicitnya ,jaddik tidaklah menjadi satu kesalahan jika yang muda menyapa yang tua demi silaturrahim WARISAN itu berpanjangan.

Seperti yang dijangka wajah TUN akan ceria bila anak beranak dia yang di Kelantan menyapa/menegur beliau tak kira di mana mana pun maka slang kelatenya akan terkeluar sepatah dua semasa bertanya khabar mengenai keluarganya di kelate sana. Bila berborak dengan susuk yang sudah mengjangkau umur 80 tahun tiada apa yang lebih menarik untuk bertanya melainkan kesihatan dirinya . Kali terakhir kawe berjumpa dengan beliau adalah beberapa tahun yang lalu di bilik VIP sebuah hospital swasta tersohor di jalan Ampang kerana keuzuran yang beliau alami sehinggakan tidak dapat menghadiri majlis perkahwinan anak perempuannya yang diraikan oleh Yang Dipertuan Agong dan Tun M serta beberapa kenamaan yang lain.

Mak Jah dan Tun Rahman mempunyai tali waris yang amat unik dalam hubungan kekeluargaan mereka dan hanya sedara mara Tun yang kebanyakannya berada di sungai Pinang lebih maklum siapa Tun Rahman di hati mereka.Kami tidak dapat berbual panjang dengan sedara Mak Jah kerana masa keberangkatan beliau untuk ke kuching telah tiba.Kami mengiringi beliau sehingga ke pintu masuk dan apa yang kawe kagum dengan negarawan ini adalah beliau dengan senyum bila pegawai polis memeriksa dirinya di pintu masuk seperti memeriksa kutu yang berambut panjang seperti kawe.Walaupun kawe berasa tidak seronok melihat cara anggota polis yang menjalankan tugas memeriksa dirinya itu.Tetapi itulah Tun Rahman yang rendah diri yang kawe kenali ....Siapa Wan Khadijah Bt Wan Mohd Zin? Mungkin orang Sungai Pinang boleh bercerita......

No comments: