Monday, August 30, 2010

MESIN V/S MANUSIA



Allah mencipta manusia untuk memberi pembalasan kepada manusia diatas apa yang mereka lakukan diatas dunia. Allah cipta dan campakkan manusia didunia untuk mencari jalan pulang ke akhirat.Di ciptakan juga seketul otak kepada manusia untuk berikhtiar mencari jalan pulang.

Otak manusia yang hebat berfungsi ini telah berpusing dengan ligat sekali untuk mencari jalan yang senang dan mudah untuk mencari jalan PULANG.Untuk menjadi jaguh dalam pertandingan OTAk mana yang lebih hebat ..Manusia berlumba lumba mencipta mesin untuk kemudahan dan kesenangan dalam kehidupan manusia seharian.

Otak -otak dari Jepun dan Korea yang mendominasikan penciptaan di rantau Asia untuk bersaing dengan otak otak dari barat dalam kemajuan mengejar penciptaan mesin yang terhebat untuk kesenangan dan keamanan dunia sejagat.

Walaupun Malaysia boleh dikatakan tiada daya saing langsung dalam bidang penciptaan mesin yang berguna sebagai mesin kepada manusia ini ,nampaknya Malaysia lebih hebat lagi penciptaan mesin ini dengan mempelopori penciptaan mesin yang lebih hebat dalam dunia kini....

Dalam 2 ke 3 bulan ini (sebelum Raya) kawe mempunyai banyak masa yang lapang kerana kesibukan kerja kini sudah dikawal oleh mesin mesin ciptaan manusia . Sementara menunggu mesin mesin di Brazil,China,Jepun,Italy,Singapore ,Hong Kong (Mesin dari Malaysia tiada) sibuk bekerja dinegara masing masing telah menyebabkan kawe kurang kerja kerana menunggu barang barang yang diproses oleh mesin2 ini siap.

Bila Mesin dari Malaysia tiada dalam senarai memproses barangan yang kawe hendak guna , buat kawe rasa sedikit keciwa dan terkilan.Untuk mendapatkan kepastian apa yang sebenarnya berlaku disamping masa terluang ada. Kawe cuba fahami dan selidiki apa yang sebenarnya berlaku di bumi bertuah tanah melayu itu

Rupa rupanya jangkaan kawe amat meleset sekali dgn mengatakan Malaysia ketinggalan di dalam penciptaan mesin mesin ini.Rupanya negara tumpah darah kawe ini sedang mendahului lain lain negara dalam dunia ini dalam teknologi penciptaan mesin mesin ini.

Tiada negara lain dalam dunia ini sehebat Malaysia buat masa ini yang dapat menandingi malaysia dalam kemajuan pencipta mesin yang terdiri daripada manusia.Kilang kilang penciptaan ini yang majoriti besarnya dikuasai oleh kerajaan sedang dengan begitu giat sekali mencipta mesin mesin manusia ini untuk kegunaan menjaga kepentingan kerajaan, memproses propaganda kerajaan dan segala galanya yang baik untuk membantu kerajaan.SYABAS kerajaan Malaysia kerana berjaya mencipta rakyatnya menjadi otak mesin ...Hebat bukan ?? Seorang manusia yang boleh berfikir segala perkara untuk dirinya TAPI bila tiba kod yang dicipta oleh pakar2 pembuat mesin mesin manusia ini kewarasan otak asal sudah tak berfungsi sebaliknya apa yang telah "DIKODKAN" Mesti dipertahankan matian2 .

Doa kawe kepada pencipta2 mesin manusia ini supaya suatu hari nanti ianya dapat memberi pulangan yang amat besar kepada negara Malaysia ..Sekiranya mesin2 manusia ini diminati oleh negara luar ,mungkin boleh dijadikan barang eksport utama negara.

No comments: