Sunday, September 14, 2008

FADILAT SOLAT TERAWIH

Diriwayatkan oleh Saiyidina
Ali (r.a.) daripada
Rasulullah S.A.W., sebagai
jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang
fadilat (kelebihan) sembahyang sunat terawih pada bulan
Ramadan . . .

Malam 1
Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama
sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari
Allah.

Malam 2
Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang
terawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang
beriman)

Malam 3
Berseru Malaikat di bawah ‘Arasy supaya kami meneruskan
sembahyang terawih terus menerus semoga Allah
mengampunkan dosa engkau.

Malam 4
Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang
membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Malam 5
Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang
di Masjidilharam, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.

Malam 6
Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat
yang tawaf di Baitul Ma’mur (70 ribu Malaikat sekali tawaf),
serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya
Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan
sembahyang terawih poda malam ini.

Malam 7
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta
menolong Nabi ‘Alaihissalam nenentang musuh ketatnya
Fir’aun dan Hamman.

Malam 8
Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih
sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim
‘Alaihissalam.

Malam 9
Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya
seperti Nabi Muhammad S.A.W.

Malam 10
Allah Subhanahuwata’ala mengurniakan kepadanya kebaikan di
dunia dan di akhirat.

Malam 11
Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia
baharu dilahirkan.

Malam 12
Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya
(cahaya ibadatnya).

Malam 13
Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiaptiap
kejahatan dan keburukan.

Malam 14
datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta
Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.

Malam 15
Semua Malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat
dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

Malam 16
Allah subhanahuwata’ala tuliskan baginya terlepas daripada
neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.

Malam 17
Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam
ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

Malam 18
Seru Malaikat : Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah
redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup
atau mati)

Malam 19
Allah Subhanahuwata’ala tinggikan darjatnya di dalam Syurga
Firdaus.

Malam 20
Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati
syahid dan orang-orang solihin.

Malam 21
Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.

Malam 22
Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita
dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang
Masyar).

Malam 23
Allah Subhanahuwataala binakan kepadanya sebuah bandar di
dalam Syurga daripada nur.

Malam 24
Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang
berterawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud)

Malam 25
Allah Taala angkatkan daripada siksa kubur.

Malam 26
Allah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam
ini seumpama 40 tahun ibadat.

Malam 27
Allah kurniakan orang berterawih pada malam ini ketangkasan
melintas atas titian Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar.

Malam 28
Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000
darjat di akhirat.

Malam 29
Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali
haji yang mabrur.

Malam 30
Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang
berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali,
lalu berfirman:

"Hai hambaKu : makanlah segala jenis buah-buahan yang
engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah
engkau dariapda air syurga yang bernama Salsabila, serta
munumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi
Muhammad S.A.W. yang bernama ‘Al-Kauthar’.

1 comment:

art4334 said...

molek doh tu, nak kena pangkah di jadual mu le berapo male doh hok buat, supo nge hok buat dijadual buko poso tu..he..he..