Wednesday, August 11, 2010

11-08-2010 1 RAMADAN

Hari pertama bermulanya puasa tahun ini .Cuaca agak baik juga dengan tahap kepanasan 40C boleh dikatakan tekak akan terasa dahaga juga lah kalau berjemur.
 Bersahur dengan beberapa keping kek dan kopi tongkat ali dengan 2 batang pemusnah kesihatan utama manusia ,mungkin tak cukup untuk orang lain tapi sudah memadai bagi kawe.

Setengah hari berlalu untuk menahan lapar dan dahaga di tanah gersang ini ,diketika kawe menulis ini rakan rakan dan sahabat handai mungkin sedang ucap bismillah untuk buka puasa dengan ambil sunatnya tamar, mungkin air tuak untuk menghilangkan dahaga...cendol ??/ hahaha
                                         
Kawe masih di tempat mencari rezeki untuk menanti dan menunggu saat saat mendapat pahala sunat menikmati tamar itu.
Beberapa tempat telah kawe hubungi untuk bertanyakan harga IFTAR BUFFET ,banyak pilihan dah ada tapi pilihan belum lagi dibuat .

Kecewa sikit kerana semua tempat hak kawe call tanya takdok sediakan budu dan tuok nyior sebagai juadah berbuka ..hahahaa
 Haaa..dah confirm tempat kawe berbuka hari ni ..buffet Makanan Arab ...harga berpatutan heheheh

Walaupun kawe hanya perlu kerja setengah hari saja disini dalam bulan puasa tapi dari balik dan tido lebih baik kawe duduk di tempat kerja dan buat apa yang patut kawe buat ....tak semestinya buat kerja hahahaha.

Ooppss kritik  braheng kena slow sikit bulan puasa ni kerana seorang sahabat kawe kato kurus posa kalu kutuk Pok katok.

No comments: