Saturday, August 14, 2010

MENTERI PINTU DEPAN DAN PINTU BELAKANG

"Mattblacqkk Napitis Bapa ke ibu yg nak digantung tu?@ShahrizatJalil: Bukan lagi buang bayi . Pembunuhan bayi . Jika bersalah hukum gantung . Di jauhkan Tuhan ."

Bila menteri pintu belakang shahrizat mula mencadangkan hukuman gantung kepada pesalah yang membuang dan membunuh bayi di twitter kawe ada persoalkan siapa yang patut digantung ibu bayi atau bapa bayi atau kedua duanya sekali .Tiada jawapan balas dari beliau samada secara khusus atau secara umum.

Lebih menarik lagi bila TGNA Menteri Besar Kelantan yang dipilih oleh rakyat melalui pintu depan juga menyokong cadangan menteri pintu belakang ini.Bagi kawe kedua dua menteri yang mencadang dan menyokong ini lebih kepada menjaga kenyataan demi publisiti politik mereka sahaja .

Yang pintu belakang nak menutup kegagalan yang telah beliau lalui dimana  sewaktu ketika di  bangsar adalah menjadi satu pusat yang boleh diistilahkan punca masalah remaja buang anak dalam longkang ini .Kegagalan pintu belakang ini perlu ditutup dan dialihkan pandangan supaya status pintu belakang dilupakan dan keprihatinan kelihatan.

Menteri Besar yang di pintu depan pula apa pula ketakutan beliau?? Akhir akhir ini banyak kes yang berlaku di negeri kelantan dan mungkin sedikit menampar pipi Tok Guru MB ,cuitan di pipi akibat perbuatan kejam dibawah negeri yang diperintah oleh sebuah kerajaan yang dilihat secara islamnya adalah lebih baik dari negeri negeri lain di Malaysia.Mungkin akibat tamparan itu MB Tok Guru ini pun melatah juga tanpa fikir panjang untuk setuju dengan menteri pintu belakang.

Kepada kedua dua menteri ini kawe nak tanya semenjak bila perkara tohok /bunuh bayi ni berlaku ??? kalu tidak salah ingatan kawe semenjak Muhammad belum ditabalkan menjadi rasul lagi ...zaman Arab Jahilliah gejala bunuh dan tanam bayi hidup2 ni telah berlaku....bezanya dulu Arab Jahilliah yang bunuh Loni melayu islam hok tohok bayi bui makan ko anjing.Jaddik kalau 1500 tahun dulu masalah ini sudah diselesaikan dengan begitu berkesan APA yang susah sangat bagi menteri pintu belakang dan TGNA nak selesaikan ...hingga begitu gusar sekali gelagatnya.

Kenapa kaum bukan Melayu dan bukan Islam tidak ramai yang berlaku kejam ini ?? Adakah mereka lebih kuat pegangan agama dari orang islam?? Adakah sifat keperimanusiaan mereka lebih tinggi dari orang melayu?? Apakah kerana agama mereka mempunyai beberapa kelonggaran yang tertentu mengenai anak haram dan persetubuhan haram ini??? Apakah ada keberanian di dada menteri pintu belakang ini untuk meminta sedikit kelonggaran dari agama islam dalam hal ini seperti kelonggaran yang diminta terhadap Kartika kerana hak asasi manusia??

Dimana pendirian TGNA sebagai tok guru mengenai keadilan dalam perlaksanaan hukum dalam islam bila dengan spontan dan wenangnya setuju dengan hukuman gantung ini ??? Boleh selesaikah masalah ini di benak TGNA??Dimana ajaran ajaran islam yang selalu di bawa oleh TGNA mengenai pencegahan lebih berkesan dari menjatuhkan hukuman ?? Apakah TGNA sudah habis upaya dan terpaksa bersetuju dengan Sharizat??

Satu senario kawe ambil seorang anak gadis yang dirogol oleh 3 orang lelaki dan malu untuk membuat report polis kerana dirogol .Berakhir dengan bersalin dan membunuhnya bayi kerana malu dan tak samggup untuk menghadapi masyarakat . Apakah adil dan wajar anak gadis ini dihukum gantung??? 

Bagaimana dengan 3 lelaki  yang merogol atau yang boleh diistilahkan sebagai bapa bersama tersebut ?? Bayar denda seperti YB Bung saja??


No comments: