Thursday, August 5, 2010

PENJILAT DAN PENGKRITIK

Pemimpin memerlukan pengikut dan penyokong untuk melonjakkan dirinya kehadapan sebagai seorang yang disegani dan dihormati oleh pengikutnya.. Pertalian seperti aur dan tebing ini memang tidak dapat dipisahkan diantara kedua duanya.Karisma perlu ada pada pemimpin tetapi tidak perlu ada pada mengikut.

Saling bergantungan serta perlu dan memerlukan diantara satu sama lain ini telah melahirkan satu hubungan yang amat unik.Seorang pemimpin yang hebat memerlukan kepada pengikut yang amat setia untuk mengekaklkan kehebatannya sebagai pemimpin.

Fanomena yang berlaku hari ini adalah ramai terdapat para penyokong yang membawa rebah kepada pemimpin tapi ini yang paling di sukai oleh pemimpin dan paling digilai oleh penyokong.Manakala pengkritik kepada pemimpin akan dikatakan sebagai penentang atau tidak menyokong pemimpin tersebut.

Kawe sifatkan penyokong yang membawa rebah ini sebagai penjilat/pengampu/pembodek kepada mana mana pemimpin demi kepentingan diri sendiri tanpa mengambil kira atau natijah akan dihadapi oleh pemimpin berkenaan .

Pengkritik kawe istilah sebagai seorang penyokong yang jujur dan ikhlas dalam memberi sokongan kepada seseorang pemimpin.Malangnya golongan ini tidak mendapat tempat dihati pemimpin dan akan menjadi musuh utama kepada golongan penjilat dan pembodek.

Seorang pemimpin yang peka dan bijak patut menyedari hakikat ini dan menggunakan peluang ini sebaik mungkin untuk pertahankan dirinya sebagai seorang peminpin yang dihormati dan disegani .Tapi malangnya jarang sekali ada pemimpin yang berjiwa besar dan terbuka bila dkritik oleh penyokong penyokong yang setia dan kritis dengan idea berlawanan.

Pada kawe kebijaksaan seorang pemimpin kawe nilai dari sudut hebat berfikir untuk mewujudkan ramai pengkritik terhadap diri beliau disamping itu juga sokongan golongan pengampu juga ramai sebagai dinding dibarisan hadapan untuk dikorbankan dulu .

Kawe tidak mahu menyebut nama nama pemimpin disini tapi jarang sangat pemimpin yang ada hari ini yang suka dikritik kebanyakkannya suka dibodek dan dijilat sahaja.

"'TINDAKAN DISOKONG OLEH PENGIKUT DAN DIKRITIK OLEH YANG SETIA UNTUK LEBIH SOKONGAN PADA TINDAKAN YANG AKAN DATANG"'

Carilah berapa orang pemimpin yang ada sifat seperti ini......

No comments: