Friday, August 6, 2010
MINAT V/S PITIS
Setiap insan mempunyai minat dan hobi tersendiri dalam mewarnai kehidupan mereka.Hobi dan minat ini biasanya akan mencuri sedikit sebanyak pembahagian masa setiap orang dalam menghayati minat dan hobinya.
Insan yang bertuah dari segi kewangannya akan menikmati rahmat untuk membuang masa bersama hobi dan minat sekiranya memerlukan modal yang besar untuk memenuhi kehendak minatnya.Pitis diperlukan untuk memuaskan nafsu minat manusia itulah jawapan yang kawe berikan pada suasana dunia hari ini.
Nasib bagi mereka yang tidak mempunyai PITIS yang banyak untuk dibazirkan demi minat dan hobinya mungkin lebih baik daripada mereka yang gilakan menghabis pitis semata mata kerana hobi.Dunia hari ini hasil karya yang bermula satu minat atau hobi demi memenuhi masa terbuang mungkin boleh mendatang hasil yang lumayan jikalu minat dan hobi itu diminati oleh golongan yang tidak kreatif tapi mempunyai pitis yang banyak untuk dibazirkan....Hahaahaha kawe tak kata orang yang banyak duit tu tak cerdik tapi mungkin tidak mempunyai banyak masa untuk memikirkan cara kerana terlalu sibuk menghabiskan pitis dengan minat dan hobinya.
Ada satu lagi golongan yang kawe boleh golongan yang seiringan dengan kawe iaitu golongan yang takdok pitis dan takdok idea.Golongan ini kawe rasa paling beruntung dan bernasib baik ..Kerana golongan ini tak perlu menghabiskan duit dan memerah otak .Modal yang diperlukan hanyalah menimbulkan rasa minat atau hobi suka melihat . Banyak benda diatas dunia ini yang boleh dilihat tanpa apa apa bayaran.
Hobi tanpa mengeluarkan pitis dan idea ini patut dijadikan satu hobi pada setiap insan sesok serupo kawe.Dunia ini untuk dinikmati dan dilihati bukan untuk dimiliki kerana kita tidak akan mampu untuk memilikinya .
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment