Monday, August 30, 2010

CERITA ROYALTI MINYAK

         Tuan Guru sedang menyerahkan writ saman di bahagian pendaftaran Mahkamah Perdagangan Kuala Lumpur


Kerajaan negeri Kelantan, dengan ketuai oleh Menteri Besar, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat, telah memfailkan saman terhadap syarikat minyak negara, Petronas, untuk menuntut royalti minyak yang tidak dibayar sejak 2004.
Saman terhadap Petronas itu meliputi dakwaan melanggar perjanjian kontrak dan juga turut membabitkan isu perlembagaan.

Nik Aziz yang diiringi oleh timbalannya, Datuk Ahmad Yaakob dan exco kanan kerajaan negeri, Datuk Husam Musa dan Datuk Takiyuddin Hassan, menyaksikan saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Dagang Kuala Lumpur pagi ini. Turut hadir ialah bendahari PAS, Dr Mohd Hatta Ramlli.
Peguam kanan Tommy Thomas mewakili kerajaan Kelantan.
Anggota pula mengawal keadaan di kawasan komplek mahkamah sejak awal pagi ini.
Isu royalti minyak yang berlanjutan selama ini, timbul semula sewaktu kempen pilihan raya kecil DUN Manek Urai.
Ini diikuti dengan tindakan kerajaan pusat pula menyiarkan beberapa dalam akhbar berbahasa Melayu, menyatakan bahawa Kelantan tidak layak menerima royalti minyak kerana ia telah menerima "wang ikhsan" sebanyak RM20 juta.
Apa cerita  ..MUNGKIN INILAH JAWAPAN KEPADA PERTANYAAN KAWE 4 BULAN YANG LALU???

KELATE MERDEKAKAN DIRI DARI MALAYSIA ADALAH PILIHAN HATI KAWE ....TAPI ITU BUKAN SATU TINDAKAN YANG RASIONAL DAN BIJAK BUAT MASA INI.....TAHNIAH KAWE UCAPKAN KEPADA USAHA USAHA BERTERUSAN DARI ANAK ANAK KELATE SEJATI YANG PERJUANGKAN HAK MEREKA INI .....BAGI "KELATE MURTAD" PELUANG MASIH ADA.....

No comments: