Friday, November 5, 2010
FARISAINS PERTUBUHAN HARAM???
Pentadbiran barisan AJK baru Persatuan Alumni Menengah sains Tengku Muhammad Faris Petra telah menjangkau usia setahun . Akroninya telah pun ditukar dari SEMESTA kepada FARISAINS. Apa kejayaan dan pencapaian yang telah dicapai oleh para pentadbir baru tidaklah kawe ketahui dengan lebih dalam sangat . Apa yang kawe Nampak adalah kejayaan menukar nama dari SEMESTA kepada FARISAINS sahaja setakat ini.
Forum resmi persatuan pun sudah lama kawe tidak jengok dimana kali terakhir kawe jengok forum dipenuhi dengan gambar gambar lucah yang menghairahkan yang dibuat oleh seseorang samada benar benar ahli persatuan atau tidak kawe tidak pasti.Pada tanggapan kasar kawe manusia tersebut adalah seorang ahli kerana untuk menjadi ahli forum ini ada tapisan tapisan yang tertentu biasanya di buat oleh pihak admin.
Ada juga kawe kedengaran forum lama SEMESTA akan digantikan dengan website FARISAINS yang baru ,bila majlis pelancarannya kawe tidak ketahui ,samada siap atau belum siap pembinaannya pun kawe tidak ambil peduli.Apa yang kawe Nampak adalah forum resmi sudah lesu mungkin istilah USANG boleh kawe guna pakai untuk membayangkan ketidak bermayaan forum MAYA yang begitu hebat suatu ketika dulu.
Kawe ada menghadirkan diri di majlis sambutan hari raya FARISAINS di sekolah baru baru ini yang mana bagi kawe sambutannya agak meriah juga.Kehadiran dari semua peringkat umur ahli dan pihak pengetua dan guru guru juga terlibat didalam majlis sambutan tradisi itu.Dikhabarkan juga satu majlis sambutan juga diadakan di Kuala Lumpur dan sambutannya juga amat meriah. SYABASSSS…
Beberapa hari yang lalu kawe ada “berchatting” dengan mantan Presiden SEMESTA yang agung di FB,agak sudah lama kawe tidak berhubung dengan beliau . Seingat kawe setelah kawe mengkritik beliau dan batch 70 an di BLOG ini kerana kawe andaikan cuba sabotaj FARISAINS ,kawe tiada kesempatan untuk berhubung dengan beliau lagi mungkin kerana factor tidak berada setanah dengan beliau.
Kawe amat memahami kecintaan dan kesayangan beliau kepada persatuan ini ,kawe amat bangga dengan usaha beliau untuk mengasaskan dan memacukan persatuan ini suatu ketika dulu.Jasa beliau amat besar pada persatuan ini.Betul kawe ada mengkritik beliau tetapi tidak bermakna kawe lupa segala jasa jasa yang telah beliau tinggalkan pada persatuan ini.
Dalam perbualan singkat antara kawe dgn beliau ini tidak banyak perkara yang kami bualkan selain dari bertanya khabar diantara satu sama lain.Kawe menghormati beliau sebagai abang begitu juga beliau menganggap kawe sebagai adik bila setiap kali kami berbual atau bersua muka.
Seperti kebiasaannya bila beliau berbual dengan kawe perkara yang TIDAK mungkin tertinggal/terlupa oleh beliau ialah mengenai persatuan ini . Kali ini perkataan yang keluar dari patukan jari beliau adalah “ SEMESTA senyap Tippah loni” kawe menjawab dengan menulis “ Ambo ggi di majlis hari raya di sekolah baru baru ni” Dan tulisan yang agak memeranjatkan kawe adalah bila beliau menulis “ Tolong royat ko ajk baru supaya selesaikan cepat cepat proses penyerahan dari ajk lama kepada ajk baru dan submit ko ROS sebelum AGM,kalu toksir tengok SEMESTA terkubur” . Kawe terdiam dan terpaku didepan screen kawe bila membaca ayat ayat beliau. Perbualan kami terhenti setakat itu kerana beliau minta diri untuk satu urusan yang perlu beliau selesaikan.
Persoalan yang ditinggalkan oleh Mantan Presiden ini menimbulkan seribu tanda Tanya di benak kawe. Proses apa yang belum selesai? Apa dokumen yang belum lagi diserahkan dari barisan ajk yang terdahulu dan yang baru? Apa kaitan dengan ROS dan AGM? Dan yang paling SADIS adalah bila di sebut SEMESTA akan terkubur ..mengapa?
Untuk menenangkan hati kawe ,mungkin kawe boleh anggap SEMESTA sudah terkubur bila ditukarkan nama kepada FARISAINS tapi bila dikaitkan dengan proses belum selesai ,ROS dan AGM ianya menyebabkan timbul banyak persoalan dari mendapat ketenangan secara penyelasaian mudah.
Kawe sebagai ahli biasa persatuan dan tidak berada didalam barisan ajk samada baru atau lama ,maka sebarang permasalahan yang mereka hadapi tidakklah kawe ketahui dan kawe berpendapat tidak
wajarlah bagi bagi kawe dan ahli ahli biasa yang lain untuk mempersoalkan tugas mereka sekiranya persatuan berjalan lancar.Tapi bagi kawe bila luahan kebimbangan yang disuarakan oleh mantan presiden ini ianya bukan sesuatu perkara yang boleh dipandang sepi sahaja oleh ahli ahli biasa serupa kawe.
Presiden baru dan barisan ajk mesti ambil tanggungjawab sepenuhnya amanah yang diberi oleh ahli ahli untuk memelihara dan menjaga kesempurnaan persatuan ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Bukan AJK baru sahaja yg bertanggungjawab tetapi AJK yg baru lepas pun bertanggungjawab utk mmbantu melancarkan serahan tugas dsbnya.
Pokoknya, kalau SEMUA sayangkan SEMESTA/FARISIAN, masaalah tak akan timbul.
Ada waktunya ahli2 dan alumni yg tidak jadi ahli aktif pun bersalah, kerana sering mematahkan semangat AJK dgn mengajukan pelbagai tohmahan dan kritikan kpd AJK tanpa memberi sokongan yg sepatutnya.
Mmg sayang seribu kali sayang.. tapi sampai bila?
Ini adalah beberapa perkara yang mantan Presiden SEMESTA, Ezani tidak tahu atau pun buat-buat tidak tahu:
1. Signatori untuk akuan bank di Affin Bank masih lagi atas nama Ir. Ezani, Pn. Normah, Dr. Nordin, En. Jazlan, dan Pn. Ireen walaupun Ezani tidak mempunya kuasa selepas tamat tempoh dalam tahun 2007, Sama juga dengan {n. Normah yang tamat tempoh dalam tahun 2003. Mengikut Perlembagaan SEMESTA juga, Pn. Ireen tidak ada kuasa untuk menjadi signatori kepada akaun tersebut. Tetapi semua ini dilakukan oleh AJK terdahulu.
2. Akaun di Affin bank telah pun dormant sebelum 2009 lagi.
3. Akaun di Maybank (akaun Dermasiswa) juga adalah dormant sejak 2009 lagi dan pertukaran signatori tidak boleh dibuat kerana AJK sesi 2007/2009 enggan datang ke majlis penyerahan tugas yang dilakukan pada bulan januari 2010.
4. Penyata kira-kira persatuan bagi tahun 2009 tidak memberi gambarab sebenar kedudukan akaun persatuan kerana jumlah wang di dalam akaun Affin hanya lah sebanyak RM300.00 manakala di dalam akaun Maybank hanyalah Rm500.00. Manakala Penyata kira-kira yang diedarkan semasa AGM ke 13 2009 yang diadakan pada penghujung tahun 2009 menunjukkan baki sebanyak lebih kurang RM5000.00. Selagi masalah selisihan jumlah tidak diselesaikan Preisden sesi 2009/2011 tidak akan mengambil tanggungjawab diatas kekurang wang tersebut.
5. Pada tahun 2007, database keahlian adalah disediakan didalam Microsoft Access, tapi pengkalan data tersebut tidak diserahkan oleh mantan Presiden Ir. Ezani kepada Dr. Nordin (Presiden sesi 2007/2009) dan pengkalan data tersebut juga tidak diserahkan kepada Presiden sesi 2009/2011.
6. Buku kira-kira Persatuan dari tahun 1996-2009 juga tidak diserahkan kepada Presiden sesi 2009/2011 dan Presiden diberitahu bahawa buku kira-kira tersubt tidak pernah diserahkan oleh Ir. Ezani kepada Dr. Nordin, oleh itu Dr. Nordin tidak dapat menyerahkan kepada Presiden sesi 2009/2011.
Jadi pada pemahaman saya, Ir. Ezani tidak boleh mempersalahkan sesiapa, tetapi sebaliknya menyalahkan diri sendiri kerana telah membentuk satu adat-resam tikam belakang apabila tidak dipilih untuk menjadi Presiden Semesta pada AGM 2007 yang lalu.
Presiden sesi 2009/2011 mencuba sedaya upaya untuk menghapuskan budaya tikam-belakang yang ditanam oleh mantan Presiden Ir. Ezani.
Sekian.
In Mine, terima kasih kerana memberikan maklumat dalaman mengenai apa yang berlaku. Persatuan apa pun, sepatutnya menyokong sesiapa pun yang telah di pilih. Jangan jadikan politik, kalah menang masa bertanding sahaja. Lepas habis, kita sokong sesiapa yang dipilih. Kalau perlu pertolongan, sila beritahu, insyaallah ada di antara kita yang boleh mambantu. Pesanan ini termasuklah untuk diri saya sendiri.
Hah, Italy protesters rally against Berlusconi
Post a Comment