Tuesday, May 3, 2011

MELAWAT "LUBANG KUBUR" TOK GURU

                                 Ruang niaga di tingkat 2 yang mana lebih besar sedikit dari tingkat 1

                                           Key plan kedudukan kedai di tingkat 1
                                           
                            Sebahagian dari kereta para peniaga yang datang untuk memilih lot kedai

2 hari yang lalu kawe berpeluang untuk lihat secara lebih dekat keadaan yang sebenar mengenai Bazaar Tok Guru yang juga dikenali sebagai "Lubang Kubur Tok Guru" bagi sebilangan orang.Kehadiran kawe pada hari tersebut tidak keseorangan tetapi bersama sama dengan sebilangan peniaga peniaga Melayu yang berniaga di bazaar ku hanis yang dikatakan telah mendapat maklumat dari "orang dalam" bahawa mereka akan memiliki lot lot kedai di Bazaar Tok Guru kerana sebilangan daripada lot lot kedai tersebut masih kosong kerana peniaga peniaga yang layak dari Pasar Lambak Mpkb dan Arked Uda tidak bersetuju untuk berniaga di sana kerana masalah masalah yang semua orang telah maklum.Walaupun pada firasat kawe maklumat dari "orang dalam" tersebut kebrangkalian PALSU adalah tinggi berlegar di kotak pemikiran kawe TAPI kawe ambik sikap untuk hadir demi untuk melihat dengan mata kepala sendiri keadaan sebenar dan apa yang akan berlaku disana.

Sebelum kawe mengarut lebih lanjut mengenai apa yang berlaku dan keadaan macam mana di Bazaar Tok Guru pada hari kawe melawat tersebut .Eloklah kawe menyatakan pendirian kawe mengenai isu "Lubang kubur Tok Guru" mengikut perspektif kawe berdasarkan apa yang kawe tahu mengenai laporan laporan di media seperti yang hangat di perbincangkan/dibahaskan oleh pelbagai pihak satu ketika dulu yang mendapat liputan seluruh negara .

Pada pandangan/pendirian kawe telah meletakkan 4 pihak yang BENGGONG dalam hal ini , pihak yang pertama adalah Kerajaan Negeri Kelantan /Perbadanan Menteri Besar Kelantan, pihak kedua adalah peniaga peniaga di Arked Uda ,pihak yang ketiga adalah Pemaju iaitu Sensa Timur dan golongan yang terakhir sekali adalah pihak UMNO.

Kenapa kawe meletakkan Kerajaan Negeri/PMBK sebagai pihak yang benggong dari sudut pemikiran kawe?Sebagai sebuah kerajaan yang dipilih oleh rakyat negeri Kelantan seharusnya peka dan prihatin mengenai nasib rakyat dalam negeri termasuklah sebilangan kecil nasib peniaga peniaga melayu yang berniaga di dalam negeri.TETAPI didalam untuk menunjukkan sifat peka dan prihatin kepada rakyat sesebuah Kerajaan Negeri juga mesti menangani sesuatu perkara itu dengan realistik dan masuk akal MAKNAnya peka dan prihatin sahaja tidak mencukupi untuk kawe sisihkan gelaran BENGGONG kepada Kerajaan Negeri .Faktor kesian adalah bukan satu pilihan yang terbaik untuk menyelesaikan sesuatu masalah kerana masalah lain akan wujud dan dengan harapan untuk adanya lagi faktor kesian akan muncul untuk masalah baru diselesaikan adalah satu pertaruhan yang amat bodoh kerana dalam kamus penyelesaian masalah faktor KESIAN adalah tidak wujud.Jaddik tindakan Kerajaan Negeri/PMBK mengecilkan lot kedai Di Bazaar Tok Guru kerana faktor KESIAN kepada peniaga peniaga yang berniaga di Arked Uda yang ingin ikut sama di Bazaar Tok Guru adalah satu tindakan yang tidak realistik bagi kawe walaupun pada satu ketika penyelesaian itu dilihat bijak atau dalam istilah lainnya satu batu dapat membunuh 2 burung .

KEBENGGONGAN yang pada peniaga di Arked Uda pulak dalam sudut pandangan kawe adalah kerana sebagai golongan peniaga sepatutnya teramat peka dan arif mengenai keluasaan lot yang mereka ingin miliki. Seorang peniaga seharusnya mahir mengenai cara menyusun barang barang jualan mereka didalam kedai mereka.Jaddik bila isu lot kedai terpaksa dikecilkan untuk memenuhi permintaan mereka oleh kerajaan negeri/PMBK pada waktu itu sepatutnya bantahan awal atau penerangan kepada pihak kerajaan patut dinyatakan awal awal lagi mengenai kesusahan yang akan mereka alami jika lot kedai tersebut di kecilkan dari saiz yang sepatutnya.Bersetuju pada ketika itu dan mengubah pendirian pada ketika yang lain adalah salah satu sifat seorang peniaga yang sentiasa menipu pada timbangan tahilnya bila berusniaga.Para peniaga harus faham bahawa keluasaan lot kedai tidaklah boleh di selesaikan melalu curi timbang tahil seperti yang mereka amalkan untuk mendapat sedikit kelabaan dalam perniagaan mereka.

BENGGONG nya pemaju yang membina Bazaar Tok Guru ini adalah kerana tidak mempunyai satu tanggungjawab sosial terhadap apa yang mereka usahakan. Sebagai pemaju melayu yang dilantik oleh sebuah kerajaan negeri melayu untuk kepentingan peniaga peniaga Melayu di Kelantan ,seharusnya pemaju seperti ini mempunyai satu tanggungjawab sosial yang tinggi kepada orang prang melayu.Seharusnya mereka tidak mementingkan keuntungan semata mata dengan memejamkan mata mengenai tanggungjawab sosial mereka kepada masyarakat melayu.Kepakaran yang ada mereka sepatutnya dijelaskan akan impilkasi2 yang akan timbul kepada kerajaan Negeri di masa akan datang .Jawapan pihak pemaju mereka bina mengikut spefikasi /kehendak tuan punya/client mereka adalah satu jawapan yang tidak ada tanggungjawab sosial dan seolah olah pemaju ini tidak mempunyai OTAK selain mementingkan keuntungan mereka sahaja.

Mengenai kebenggongan parti UMNO yang selalu keliru dan celaru dalam membela nasib orang melayu di Kelantan bukanlah satu perkara yang menjadi perhatian kawe atau untuk terkejut dengan apa tindakan UMNO untuk menycucuk para peniaga ini untuk memarahi kerajaan negeri.Seperti mana tawaran gula gula saggong yang di tawarkan oleh Datuk Fatmi Salleh untuk membeli Pasar Lambak MPKB dengan harga RM 5 juta . Pada kawe tawaran yang ditawarkan oleh Fatmi ini sebagai satu tawaran yang TERBENGGONG dari UMNO kerana apa yang kawe tahu adalah pihak Sensa timur akan mendapat keuntungan lebih daripada RM 30 juta jika mereka bangunkan tapak itu ,relevankah tawaran RM 5 juta Fatmi?? Ore hak jual saggong pun reti kira . Pada kawe adalah lebih baik UMNO kelantan atau Fatmi Salleh menebus kembali bangunan UMNO yang terlelong itu dan ubah suai untuk peniaga peniaga di Arked Uda kembali berniaga di situ ,sekurang kurangnya Fatmi akan dikenang sebagai orang yang bertanggungjawab jawab memperbetulkan semula satu kezaliman yang telah di buat oleh pihak UMNO kepada peniaga berkenaan satu ketika dahulu.

Itu pandangan kawe berasaskan kepada apa yang kawe baca atau yang telah dilaporkan oleh media tempatan bukan melalui JPOST yang kawe jadikan satu bahan bacaan alternatif kepada bahan bahan bacaan media yang lain untuk kepuasaan diri sendiri.Berbalik kepada apa yang kawe lihat dan alami di bazaar tok guru pada hari tersebut. Kawe tiba di bangunan yang tersegam indah yang baru siap di bina itu lebih kurang pukul 9.30 am.Setelah kaki kawe memijak anak tangga pertama bazaar tok guru buat kali pertama itu sudah terdapat beberapa orang peniaga peniaga yang berlegar disitu yang ke semuanya kawe tidak kenali. Terdapat juga sekumpulan peniaga yang berniaga di Bazaar Ku Hanis yang mana terdapat beberapa orang yang kawe kenali tetapi tidaklah terlalu kenal sangat.Kegiatan utama mereka adalah menanda lot mana yang mereka ingin miliki dengan menulis nama di kertas dan no talifon dan tampal di lot berkenaan . Kegiatan itu tidak menjadi minat kawe sebaliknya kawe menyisihkan diri dari kelompok itu untuk meninjau lot lot kedai yang dikatakan sama besar lubang kubur tok guru yang di sediakan untuk peniaga peniaga melayu berniaga di Bazaar tersebut Boleh dikatakan semua lorong di lubang kubur itu kawe jelajahi dengan selesa di tingkat satu tersebut.

Perhatian kawe tertumpu ke satu sudut yang dikerumuni oleh sebilangan besar peniaga yang hadir di bazaar tok guru itu,bila kawe mendekati sudut tersebut terdapat 2 orang pegawai PMBK yang melayani para peniaga untuk menyemak senarai nama mereka berdasarkan senarai yang ada pada mereka.Kawe mendekati kaunter tersebut .Kawe hanya berdiri dan memerhati akan gelagat gelagat yang berlaku di kaunter tersebut tanpa bertanya apa apa TAPI kawe faham dan maklum apa yang berlaku disitu.Sehinggalah hati kawe merasa amat tersentuh dan tersentak apabila seorang makcik dalam lingkungan umur 60-an datang mengadu kepada kepada pegawai berkenaan dengan penuh perasaan dan air mata menyatakan kekecewaan dan kekesalan tentang apa yang berlaku menimpa diri beliau. Kawe memerhati dengan penuh minat kisah makcik tersebut ,sedang kawe ralit mengikuti kisah mak cik tersebut tiba tiba kawe menerima panggilan telefon dari salah seorang peniaga dari kumpulan Bazaar ku HAnis yang "kehilangan" kawe di tingkat satu dan meminta kawe untuk naik ke tingkat 2 kerana mengikut kata mereka maklumat yang terbaru diterima dari "orang dalam" mengatakan lot kedai di tingkat satu sudah dipenuhi dan pilihan yang ada sekarang bagi golongan ini adalah di tingkat 2 .

Tanpa keccek banyak dan tidak bagitahu apa yang kawe tahu sebaliknya hanya berkata kawe akan ke tingkat 2 sekarang juga. Kawe mempunyai satu perangai /sifat iaitu cari jalan mudah dengan menggunakan kemudahan yang ada jaddik kawe memilih untuk menaiki lift untuk ke tingkat 2. Bila butang ditekan pintu lift pun terbuka dan bila kawe tekan butang tingkat yang kawe kehendaki pintu lift pun tertutup maka dalam hati kawe berkata lift ini sudah berfungsi jaddik kawe menunggu untuk lift tersebut membawa kawe ke tingkat 2 tetapi lift tersebut tidak bergerak kawe tekan butang untuk pintu dan pintu terbuka tapi kawe masih lagi di tingkat yang sama dan kawe cuba sekali lagi dan akhirnya kawe andaikan lift tersebut masih belum boleh digunapakailah kerana untuk berandaian lift tersebut sudah rosak bermakna kawe kena buat satu tuduhan yang berat kepada pemaju/pembina bangunan tersebut kerana lift sudah rosak sebelum bangunan di buka secara resmi.

Sesampainya kawe di tingkat 2 yang jalan yang kawe ambik terpaksa mendaki tangga itu maka datanglah wakil "orang dalam" tersebut dan mula bercerita bla ..bla..bla.. kepada kawe dan bagi kawe semuanya ceritanya itu tidak masuk ke dalam kepala kawe kerana didalam kepala kawe masih disemakkan lagi kisah mak cik tua tersebut.Tetapi terlanjur sudah berada di tingkat 2 kawe ambik keputusan untuk meninjau ninjau keluasan lubang kubur tok guru disitu yang mana kelihatan lebih besar dan selesa sedikit dari lubang kubur di tingkat satu .Manakala peniaga peniaga dari Bazaar Ku Hanis masih lagi dibodohi oleh wakil "orang dalam" dengan menanda lot lot kedai seperti mana yang mereka lakukan di tingkat satu tadi.Dan wakil "orang dalam" tersebut berkata mereka akan berjumpa semula di tingkat satu setelah kerja kerja menanda tersebut selesai .

Kawe terus turun kebawah semula dengan harapan mak cik tersebut masih lagi berada di kaunter berkenaan ,harapan kawe tidak hampa makcik tersebut masih lagi bersedih di kaunter tersebut tiada seorang pun dari kalangan peniaga peniaga yang hadir disitu yang memperdulikan nasib makcik tersebut.Kali ini terdapat seorang pegawai PMBK yang beruniform yang meberi penerangan kepada makcik tersebut tetapi kawe tidak tahu bentuk lagu mana penerangan yang diberikan sehingga membolehkan makcik tersebut beredar dari kaunter tersebut dengan keadaan kecewa dan berharapan.

Setelah makcik tersebut beredar kawe memberanikan diri kawe yang penakut ini untuk membuka mulut kepada pegawai berkenaan untuk bertanya . Kawe kata " Apa kisah sebenarnya?... Puak demo buat kerja molek gaaakkk ...jangan dok wat nyakyoo ko ore tua" Mungkin tersentak dengan soalan yang tidak diduga dari kawe tersebut maka pegawai tersebut terus mendekati kawe dan berkata " Sebenarnya lagu ni Abe ... Hari Sabtu lepas kita telah panggil semua peniaga peniaga dari Pasar Lambak MPKB dan Arked Uda yang layak seperti ada dalam senarai nama supaya datang memilih lot lot kedai yang mereka kehendaki. Jaddik dalam kes mak cik tadi berlaku pertindihan nama keatas satu lot kedai yang dipilih .Menurut beliau pihak PMBK menyedari bahawa pertindahan tersebut berlaku setelah menyemak semula senarai lot lot kedai yang sudah dipilih dan belum dipilih lagi  dan keputusan telah dibuat supaya salah seorang dari peniaga yang bertindan nama tersebut dipanggil semula untuk membuat pilihan baru keatas lot kedai tersebut dan mak cik tersebut telah dipilih untuk memilih semula, dan kesilapan ini memanglah berpunca dari kelemahan pengurusan puak kita lah juga ,akui pegawai tersebut secara jujur"

Bila mendengar penjelasan daripada pegawai tersebut maka fahamlah kawe bahawa kesilapan telah berlaku dan pembetulan telah dilakukan oleh pihak terbabit CUMA makcik tersebut merasa sedikit terkilan kerana pilihan hatinya yang pertama mengikut kehendaknya akan tempat untuk berniaga seolah olah di nafikan oleh pihak pihak tertentu.Terlanjur sudah bekeccek dengan pegawai berkenaan maka kawe bertanya kenapa masih ada lagi peniaga yang datang hari ini? Penjelasan dari pegawai berkenaan kepada kawe adalah ,masih terdapat ramai peniaga peniaga yang tidak hadir untuk memilih lot lot kedai mereka diatas sebab sebab yang kawe andaikan semua orang sudah tahu.Jaddik untuk menyelasaikan perkara ini secara berhemah pihak Kerajaan negeri /PMBK memanjangkan tempoh untuk memilih lot lot kedai ini sehingga akhir bulan Mei ini dan sekiranya para peniaga ini masih berdegil dengan alasan alasan mereka maka pihak PMBK akan membuka peluang memiliki lot lot kedai tersebut kepada orang luar MAKNANYA bukan golongan dari peniaga2 yang berniaga di Pasar lambak MPKB dan Arked Uda.

Pegawai berkenaan juga mengesahkan berita yang kawe baca di media media bahawa pihak kerajaan negeri bersetuju untuk tidak mengenakan sebarang sewa kepada para peniaga selama setahun untuk berniaga di "lubang kubur tok guru" tersebut dan bila masuk tahun kedua peniaga peniaga diberi pilihan samada hendak terus menyewa atau membeli terus lot tersebut dengan ansuran bulanan daripada kerajaan negeri tanpa bunga yang berganda seperti amalan bank bank pemimjam.

Akan bersambung bila kawe melawat lubang kubur tok guru bila ada kelapangan di lain waktu ...


No comments: