Hari ini kawe tersentak bila seorang sahabat kawe naik angin kerana pembinaan satu pagar ditepi jalan raya di Pasir Pekan ,kemarahan sahabat saya tersebut boleh dibaca dan disiarkan di Wall UMNOtumPAS anda semua boleh terus ke link DI SINI. Kemarahan sahabat kawe ini memang berasas kepada mereka yang tidak tahu cerita sebenar .
Kawe tahu cerita sebenar dan pertanyaan dari sahabat kawe yang berbunyi CERDIK atau BODOH itu dijawab dan disambut oleh satu lagi makhluk yang tidak mempunyai apa apa maklumat tapi hanya mahu ambil kesempatan diatas kepentingan politik ,sila baca disini DI SINI. Nampaknya kedua dua makhluk yang persoalkan pembinaan pagar ini mempunyai kepentingan peribadi masing masing dan mereka tidak pedulikan kepentingan UMUM yang lebih besar.
Kawe setuju sebagai benar bahawa penghadang jalan berpagar telah dibina untuk mengelakkan orang ramai melintas kerana ada terdapat jejantas untuk pejalan kaki melintas jalan dikawasan tersebut .Maknanya town planner bukan dari golongan cap ayam atau lulusan pusat serenti yang merangka untuk membina penghadang jalan setelah jejantas dibina . Disiplin seseorang manusia tidak boleh dibina seperti membina tembok atau jejantas mungkin itu yang difikirkan oleh mereka yang terlibat dalam pembinaan untuk menjaga keselamatan orang awam ini lebih lebih lagi pelajar pelajar sekolah yang menjadi pengguna utama jejantas tersebut.
Ya Ya ..Kawe tahu isunya bukan jejantas dan penghadang yang ditengah tengah jalan tersebut TAPI pagar oren yang sedang dalam proses pembinaan seperti dalam gambar diatas diseberang jalan sekolah tersebut.Bagi kawe jika terdapat kedai makan dihadapan pagar tersebut dan jika kedai makan tersebut tidak menyediakan ruang letak kereta untuk pelanggannya maka pembinaan pagar tersebut amat patut dan wajar kerana kereta para pelanggan parking ditepi jalan maka akan menyebabkan kesesakan lalulintas dijalan tersebut .Apakah tuan punya kedai mahu membayar saman semua pelangannya jika pihak polis menyaman kerana letak kereta ditepi jalan?Atau pemilik kedai makan tersebut akan menyumpah maki polis pula kerana bertindak untuk kurangkan kesesakan lalulintas dan menyebabkan jualan dikedainya berkurangan?
Ada jugak pihak yang akalnya mungkin tidak cukup sentimeter bila diukur mengatakan ini projek IT (Ikut Terlintas) atau projek terlebih peruntukan untuk menyokong kenyataan bahawa pihak pihak tertentu mahu menyekat peluang orang melayu untuk berniaga.Kawe syorkan kepada pihak pihak berkenaan membuat laporan polis dibalai polis berdekatan mengenai perkara pembinaan pagar ini ...hahahaha ..Ops opss sabar dulu ..jangan cepat melatah untuk mengatakan kawe pula yang hilang akal kerana menyarakan suapaya membuat laporan polis kerana pembinaan pagar ini tiada kena mengena dan bukan kuasa polis untuk membinanya.
KESELAMATAN anak anak disekolah ISU utama yang kawe cuba bangkitkan disini ,kawasan yang ditandakan "arrow"" dalam gambar diatas adalah kawasan pejalan kaki bagi budak budak sekolah untuk menggunakan jejantas melintas jalan untuk pergi dan balik sekolah bagi pelajar pelajar sekolah setempat.Jaddik bila pagar berkenaan dibina maka keselematan pelajar pelajar sekolah ini lebih terjamin dari segi keselamatan dijalanraya ..hahahha ..Harap harap tiada yang kemukakan soalan bodoh untuk bertanya berapakah statistik kemalangan jalanraya yang berlaku dikalangan pelajar sekolah sebelum pagar tersebut dibina ,KERANA jika soalan tersebut datang kawe akan suruh ke balai polis sekali lagi .
KESELAMATAN..Kawe diberitahu sebentar tadi oleh seorang bapa kepada pelajar yang hampir hampir diculik dikawasan tersebut untuk menerangkan kenapa pagar tersebut perlu dibina setelah dibantah keras dalam Wall UT oleh pihak pihak yang mempunyai kepentingan sendiri.Mengikut yang diceritakan kepada kawe modus operandi penculik ini amat mudah sahaja ,mereka parking Van ditepi jalan tersebut dan menyeret pelajar kedalam van untuk dibawa lari mungkin seperti adegan adegan yang biasa kita tonton didalam wayang agaknya. Mengikut teman ini anaknya yang cuba diculik itu lelaki dan berjaya meloloskan diri. Jaddik jika ada pihak pihak yang ingin bertanya berapa ramai sudah yang diculik atau cuba diculik kawe syorkan ke kaunter pertanyaan di balai polis berhampiranlah.
NASIHAT KAWE KEPADA PIHAK PIHAK YANG TIDAK PUASHATI DENGAN PEMBINAAN PAGAR INI SUPAYA MENDAPATKAN MAKLUMAT TEPAT TERLEBIH DAHULU SEBELUM HENDAK MEMBERI CAP AYAM ATAU CAP ITIK KEPADA PIHAK LAIN .
No comments:
Post a Comment