Hampir setahun yang lalu kawe menulis di blog ini mengenai POLITIK PERSEPSI UMNO PASIR PUTEH dari sudut pandangan kawe sebagai pemerhati dan pengkritik ikut sedap kawe nak kritik.Dalam penulisam tersebut kawe cernakan empat watak utama yang diberi peranan penting oleh kawe untuk membentuk PERSEPSI yang perlu diurus oleh minda minda yang suka berhalusina dengan budaya politik di Pasir Puteh.
Setelah setahun berlalu 3 watak yang kawe cernakan itu kelihatan seolah olah tenggelam dalam persada politik UMNO Pasir Puteh.Mungkin juga watak yang kawe pilih pada ketika itu bukanlah merupakan pemain utama yang bertanggungjawab untuk mengaturkan secara percaturan untuk kemajuan UMNO Pasir Puteh.
Siapa pencatur utama UMNO Pasir Puteh? Itu soalan yang kawe ingin tanya TAPI bukan jawapan tersebut yang kawe cari setahun yang lalu.Tapi untuk tahun ini jawapan tersebut sudah menjadi basi kerana suasana terkini sudah berubah oleh peranan hayat tampuk kuasa kerajaan hari ini sudah hampir tamat tempoh.Tempoh mandat oleh rakyat Malaysia kepada Pak Lah yang disalinkan kepada Najib sudah hampir tamat.Oleh yang demikian perkiraan hari ini dengan perancangan setahun yang lalu oleh UMNO Pasir Puteh tentulah ada banyak perubahan yang berlaku.
Kawe tidak perlu singkapkan kembali kisah yang berlaku dalam bulan puasa tahun lalu kerana 3 watak yang kawe cernakan dulu seolah olah berpuasa tanpa waktu berbuka dan semestinya letih dan tidak bermaya untuk harungi cabaran .Mati kelaparankah 3 watak tersebut atau sedang menyimpan tenaga untuk bermaharajalela selepas Eidulfitri nanti .Bila ketiga tiga watak tersebut meredakan diri bukanlah bermakna percaturan dalaman UMNO terhenti atau pengasahan pisau tergendala.Bila 3 watak ini tenggelam maka muncul watak watak baru untuk mewarnai pelangi politik UMNO Pasir Puteh.
Jika dahulu kawe kautkan 4 watak tetapi kini pertembungan yang sebenarnya dari dahulu lagi adalah berkisar kepada 2 watak yang utama sahaja.Seperti permainan catur diatas papan yang berpetak Raja kepada kedua dua belah pihak akan dilindungi oleh para askar dan menteri. Diakhir pertempuran barulah si Raja muncul untuk membuat penyudah terakhir utk dapatkan kemenangan.Permainan catur memerlukan satu pasukan begitu jualah percaturan politik UMNO di Pasir Puteh juga mempunyai pasukan pasukan tertentu yang terlatih untuk diperadukan dengan pihak lawan semasa PRU 13 nanti.Kenapa UMNO PP memerlukan banyak pasukan BUKAN satu pasukan sahaja ? Jawapannya mudah jika ada banyak pasukan maka serangan kepada pihak lawan dapat dilakukan dari pelbagai sudut .Hahahaahha....
Apa yang menarik adalah satu pasukan ini diperingkat awal lagi sudah muncul RAJA nya dan satu lagi pasukan tidak muncul watak RAJA nya secara terbuka. Dan kawe dari awal lagi telah mengutip Raja yang menonjol itu sebagai salah satu watak dari 4 watak tersebut.Perkiraan kawe adalah adil mana mana raja yang mahu ditonjolkan awal maka kawe kira watak itu milik dunia untuk di ketahui.
Bila RAJA wujud maka mustahil hulubalang kepada RAJA tidak ada , bila hulubalang ada mustahil tidak dibekalkan dengan senjata ,bila senjata ada mustahil akan dibiarkan berkarat tanpa bertempur.Pertempuran yang berlaku pada tahun lepas diantara 2 RAJA dalam UMNO PP bukanlah satu pertempuran untuk menghancurkan diantara satu sama lain TAPI bagi penglihatan kawe adalah satu pertempuran percubaan untuk menguji kekuatan hulubalang masing masing sahaja.Kebijaksanaan kepada satu kumpulan adalah bila berjaya menutup siapakah RAJA yang sebenar bagi hulubalang yang berjuang.Tetapi dalam satu sudut pendangan yang lain boleh dilihat bahawa RAJA yang berani jelmakan diri seawal pertempuran bermula boleh dikira sebagai RAJA yang berani namun begitu kebodohan juga boleh dianugerahkan kepada RAJA tersebut dari sudut PERSEPSI strategi.
Kini percaturan terbaru kedua kedua RAJA ini jaddik lebih menarik kerana pertempuran kali ini adalah pertembungan hidup mati dalam karier politik bagi seorang RAJA dan bagi seorang lagi RAJA inilah peluang untuk membuktikan dirinya sebagai benar benar RAJA yang ditakuti oleh rakyat Pasir Puteh dan masih gagah untuk menewaskan RAJA yang sudah tua .
RAJA mempunyai daulat itu dah sinonim tapi RAJA dalam politik UMNO tidak memerlukan DAULAT tetapi JASA kepada rakyat adalah pengukur utama.Jaddik dalam perebutan untuk menjadi RAJA dalam UMNO di Pasir Puteh ini selaian dari kaekuatan hulubalang yang di miliki oleh kedua dua RAJA tersebut maka jasa kepada rakyat Pasir Puteh juga menjadi penentu utama untuk dipilih RAJA mana bakal di nobatkan.Tapi dalam UMNO secara keseluruhan dan UMNO Pasir Puteh tidak terkecuali bahawa JASA ini yang lebih penting adalah bukan kepada rakyat marhein tetapi JASA kepada pucuk pimpinan tertinggi parti adalah lebih utama untuk ditabalkan untuk menjadi RAJA di Bahagian UMNO seluruh negara .
Dengan adanya faktor JASA ini tak kira kepada rakyat atau pemimpin UMNO itu sendiri maka kawe tiada pilihan lagi selain melakukan imbasan kembali kepada kedua dua RAJA ini untuk membentuk persepsi andaian RAJA malah yang wajar dan patut ditabalkan oleh pimpinan tertinggi UMNO sebelum untuk dipilih oleh rakyat Pasir Puteh.Kali ini kawe akan lebih fokus kepada kekuatan JASA kedua dua RAJA ini untuk menilai dan dinilai oleh pelbagai pihak dan kawe tidak berminat dengan hulubalang hulubalang yang akan bertikam untuk mempertahankan RAJA masing masing nanti.
Kawe ambil RAJA yang sulong dahulu untuk ditampilkan ,RAJA ini satu ketika dahulu terkenal dengan seorang pemimpin yang mesra rakyat tetapi semasa RAJA ini berkuasa satu ketika dahulu ada sedikit kealpaan yang tidak disengajakan atau disengajakan mungkin telah diletakkan persepsi seorang RAJA yang selalu berada di Istana Kuala Lumpur bukan diteratak Pasir Puteh.Tapi pada ketika itu RAJA ini ditakuti kerana dikatakan amat rapat dengan Bakal Presiden UMNO yang tidak kesampaian.Hulubalang hulubalang RAJA sulong juga pada ketika itu amat perkasa serta digeruni lawan dan disegani kawan.
RAJA adik muncul selepas roda berpusing membawa kebawah RAJA sulong tersebut ,RAJA adik ini tidak kurang juga hebatnya sehinggakan ditakuti oleh kawan dan digeruni oleh lawan .Kelibat RAJA adik ini sangat agresif dan dagu tinggi kepada semua khlayak dan rakyat.Kemuncak kehebatan RAJA adik ini adalah bila berjaya membawa seluruh rakyat Pasir Puteh menyertai UMNO yang mana tidak pernah berjaya dilakukan oleh mana mana pihak sebelum ini.RAJA adik membina istana di Pasir Puteh dan hanya ke Kuala Lumpur jika perlu sahaja.RAJA adik juga meletakkan satu persepsi bahawa sesiapa yang menentang atau tidak setuju dengan beliau bermakna menentang UMNO.Dan RAJA adik ini tidak sekadar meletakkan persepsi sahaja malah bertindak ikut seleranya bila ada yang tidak setuju dengan beliau dan sejarah mencatatkan RAJA ini pernah membuang beberapa pemimpin UMNO yang lain di Pasir Puteh.
Pistol telah diletupkan untuk semua pelumba memulakan langkah untuk menuju kegarisan penamat dan kedua dua RAJA ini tidak ketinggalan terlibat sama dalam menyertai kelompok pelumba .Pelumba lain mempunyai satu matlamat sahaja iaitu untuk menjadi orang yang pertama sampai ke garisan penamat namun kedua dua RAJA ini mempunyai satu lagi matlamat tambahan iaitu untuk memastikan salah seorang sahaja yang akan sampai digarisan penamat nanti.Kedua duanya berlari pantas untuk ke garisan penamat dan kepantasan juga diperlukan oleh RAJA RAJA ini untuk mengulingkan salah seorang dari mereka sebelum sampai ke garisan penamat.Jika dilihat dari faktor usia tentulah RAJA adik yang mempunyai kelebihan tapi jikalau iktibar arnab berlumba dengan pelanduk maka faktor usia menjadik tidak releven untuk diberikan kelebihan kepada RAJA adik.
Apa yang berlaku diluar gelanggang perlumbaan lebih menarik kawe rasa ,kedua RAJA ini sudah tentu mempunyai hulubalang dan rakyat jelata masing masing dan sudah tentulah sang setia kepada RAJA tidak mahu melihat RAJA mereka tertiarap diseparuh perlumbaan TAPI mereka ingin melihat RAJA yang bukan menjadi kesetiaan mereka tertiarap.Kemungkinan sang setia kepada RAJA adik banyak melakukan strategi diluar gelanggang untuk memberi sokongan moral kepada RAJA mereka kerana yakin dengan kudrat RAJA adik yang lebih bertenaga untuk menghancurkan RAJA sulong didalam medan perlumbaan. Mungkin juga sang setia RAJA adik mengadakan komplot pakatan dengan pelumba pasukan HIJAU untuk menjatuhkan RAJA sulong dialam medan untuk dilihat RAJA adik mendapat kemenangan yang bersih tiba digarisan penamat walaupun RAJA sulong tertunggeng di tengah jalan. Itu hanya satu andaian kemungkinan kawe sahaja.
Sang setia RAJA sulong juga bukan calang calang hulubalang dan pengikut yang dimiliki serta pengalaman yang ada kepada mereka adalah satu kelebihan .Rencana ddiluar gelanggang mereka juga hebat.Persepsi kawe kepada hulubalang sang setia RAJA sulong ini amat mudah bagi kawe kerana mereka sedar jika larian secara adil digelanggang sukar untuk dimenangi kerana faktor tenaga.Bantuan dari luar amat amat bermakna bagi RAJA sulong ini.Apakah perancangan dari hulubalang Raja Sulong dari luar gelanggang nanti? Kawe tak tahu sebenarnya TAPI kawe ingin cadangkan supaya hulubalang ini menyediakan sebanyak mungkin nyior nyior kote nanti ...hahahahha.
Kawe ada bertanya seorang rakyat umno di Pasir Puteh RAJA manakah yang akan menjadik pilihan beliau untuk merafat sembah daulat nanti ....Kawe teruja dengan jawapan beliau bila dengan slumberland seperti lembu kenyang beliau berkata RAJA yang baik akan menjadi pilihan beliau.Kawe termenung dan merenung tepat dimata hitam beliau untuk mentafsirkan jawapan sebenar.
RAJA RAJA ZAMAN DAHULU SUKA MENYABUNG HAYAWAN HINGGA ADA KISAH YANG DIRIWAYATKAN NEGERI TERGADAI ....ADAKAH RAJA SEPERTI ITU JAHAT??
No comments:
Post a Comment