Wednesday, July 11, 2012

TAMRIN TAK PERLU MASUK PAS


Ada desas desus mengatakan anak kepada bekas Timbalan Perdana Menterri merangkap bekas Timbalan Presiden UMNO ini akan menyertai parti PAS dalam masa yang terdekat ini.Dikatakan Tamrin sudah mendapat surat tunjuk sebab dari Tengku Adnan berkenan sikap beliau yang menyelar UMNO diatas pentas pembangkang secara giat sekarang ini.Sekarang ini boleh dikatakan setiap minggu Tamrin ke kelantan bagi memenuhi undangan ceramah diatas pentas PAS atau PKR dalam siri siri ceramah yang dijalankan.

Beberapa hari yang lalu  kawe berpeluang untuk berjumpa dengan Tamrin selepas beliau selesai mengahdirkan diri dalam satu program ceramah di Ketereh. Dalam perbualan bersama beliau dan beberapa kenalan lain maka timbul persoalan yang beliau akan menyertai parti PAS.Kawe menyatakan ketidaksetujuan kawe untuk beliau menyertai parti PAS dalam waktu terdekat TAPI sayang kawe tidak dapat menjelas panjang lebar kenapa kawe tidak bersetuju untuk beliau menyertai buat masa kerana beliau mengantuk dan terpaksa tidur awal untuk bangun awal pagi esok dan pulang ke Kuala Lumpur .

Disni kawe akan coretkan kenapa kawe tidak bersetuju untuk tokoh ini menyertai PAS dan waktu terdekat.Pertama sekali adalah dari sudut keperluan?? Adakah Tamrin memerlukan PAS dan PAS memerlukan Tamrin? Dalam kedua dua keadaan ini kawe tidak melihat kedua dua pihak memerlukan diantara satu sama lain.Tamrin tidak perlu menyertai PAS untuk beliau menyatakan kebobrokan yang berlaku dalam UMNO kerana hari ini pun PAS sudah memberi peluang yang luas atas pentas PAS mendedahkan segala penyelewengan UMNO terdedah kepada rakyat umum.Jika keadaan ini berterusan maka akan lebih nampak KEIKHLASAN Tamrin membongkar kemungkaran UMNO terhadap rakyat Malaysia .Jika Tamrin sertai PAS maka persepsi akan dibentuk bahawa Tamrin membuat tuduhan kepada UMNO kerana beliau seorang ahli PAS dan rakyat melihat ini satu perkara yang biasa sahaja.

Persoalan yang tidak sempat kawe tanya Tamrin pada malam itu adalah kenapa beliau mahu menyertai PAS?? Tapi walaupun apa jawapan yang beliau berikan nanti kawe kira itu adalah HAK beliau untuk memilih mana mana parti yang beliau mahu . Disini kawe hanya mahu nyatakan pandangan dari sudut keperluan sahaja .Tamrin pada kawe sudah layak digelarkan sebagai veteran dalam UMNO maknanya bila sudah digelarkan veteren maka sudah tidak lagi bergiat secara cergas atau tenaga beliau sudah tidak diperlukan sangat oleh UMNO untuk menongkah arus masa depan parti tersebut .Apakah PAS mahu golongan yang hampir tidak dipandang langsung oleh UMNO ini diambil untuk dijadikan pejuang dibarisan hadapan PAS? hahaahha..Kawe serahkan kepada mereka yang diluar sana untuk jawab...

Dari sudut keperluan juga kawe ingin bertanya kepada Tamrin dan seluruh rakyat Melaka ...Adakah dengan hijrahnya Tamrin ke PAS maka PAS akan sapu bersih semua kerusi DUN nanti dalam PRU 13 dan memungkinkan Tamrin akan dilantik sebagai Ketua Menteri mengantikan Ketua Menteri sekolah mengandung sekarang ini? Jika perkara tersebut ada 70% kemungkinan akan berlaku maka kawe setuju Tamrin berhijrah ke PAS dan kawe menuntut pihak PAS sediakan satu kerusi kepada beliau di Melaka dalam PRU 13 nanti.Untuk pengetahuan semua juga Melaka adalah negeri yang paling selamat bagi BN dalam PRU 13 nanti.

Pada kawe tidak menjadi satu keperluan jika Tamrin masuk PAS semata mata kerana ingin memenuhi keperluan HARAKAH untuk memenuhi ruangan muka depannya bahawa dengan tajuk " Anak bekas TPM sertai PAS' lariskah jualan harakah dengan berita tersebut? hahahaha

TAMRIN MASIH DIPERLUKAN DALAM UMNO BAGI RAKYAT MALAYSIA YANG MAHU MELIHAT UMNO KECUNDANGAN DALAM PRU 13 NANTI


No comments: