Hampir 2 tahun yang lalu kawe ada mencatatkan mengenai CERITA ROYALTI diblog ini ketika rombongan Kerajaan negeri Kelantan menfailkan saman terhadap petronas.Pilihan Kerajaan Negeri membawa tuntutan ini bukanlah pilihan yang kawe persetujui sebagai rakyat kelantan tetapi sebuah kerajaan haruslah berfikir sebagai sebuah Kerajaan bukan sebagai seorang rakyat seperti kawe .
Kini setelah bertahun tahun berlalu dan proses dimahkamah sedang berjalan mengikut peraturan peraturan yang tertentu.Ada pihak yang berasa amat gembira bila Kerajaan Negeri Kelantan membawa perkara ini ke mahkamah kerana bila berada dalam mahkamah maka hiruk pikuk rakyat Kelate mengenai perkara ini akan menjadi reda dari diperbualkan atau diperkatakan.Maka bertenanglah pihak berkenaan selama tempoh hingga keputusan mahkamah dibuat mungkin itulah harapan pihak berkenaan.
Apa yang mungkin tidak pernah terfikir oleh pihak yang berkenaan adalah bahawa rakyat Kelate tidak boleh mengikut kehendak mereka untuk ditutup segala mulut dan dihilangkan segala perasaan hanya dengan alasan kes telah di bawa ke mahkamah.Selama lebih kurang 2 tahun rakyat Kelantan tidak riuhkan diri mengenai isu ROYALTI ini ,kadang kadang kawe keciwa dengan sikap rakyat kelantan terima bulat bulat cara penyelesaian melalui mahkamah ini.
Ore Kelate terkenal dengan sikap mendaulatkan Raja ,baru baru ini bakal Kebawah Duli Yang Di Pertuan Agong telah bertitah didalam perasmian sidang DUN Negeri Kelantan mengenai pendaratan gas di Bachok.Titah baginda Tuanku ini memberi impak yang amat besar kepada seluruh rakyat Kelantan yang setia menjujung titah Sultan.Kini riuhrendah semula dibumi Kelantan ini rakyatnya berkecek mengenai ROYALTI ini.Faktor titah baginda Tuanku sultan bolehlah dikatakan sebab utama rakyat Kelantan kembali ceria dan bersemangat untuk melihat cahaya dihujung terowong dalam menaruh harapan .
Dalam sudut pandangan lain kawe ingin melihat dari perspektif PRU 13 yang hampir tamat tempoh usia tapi tarikh masih mejadi misteri.Bila menyebut PRU satu perkara yang sememangnya tidak dapat dipishkan adalah POLITIK. Mungkin ramai diluar sana tidak bersetuju dengan kawe bila kawe kaitkan ROYALTI ini dengan politik .Samada suka atau tidak ianya tidak dapat menahan pandangan kawe terus dilontar keluar walaupun kuasa untuk menelan atau memuntahkan itu milik anda.Pada kawe 2 isu tempatan utama di Kelantan akan mempengaruhi para pengundi dalam PRU 13 nanti . Isu pertama adalah ROYALTI dan isu kedua adalah AIR manakala faktor API dan ANGIN juga memainkan peranan tertentu .
Pilihan kawe dalam coretan ini adalah mengenai ROYALTI ,umum mengetahui ROYALTI ini akan memberi banyak manfaat kepada rakyat negeri Kelantan dan kerajaan yang memerintah jika bayaran dibuat spertimana yang dijanjikan.Apa yang berlaku di Terengganu satu ketika dahulu bukan lagi rahsia bila ROYALTI ditukarkan kepada WANG EHSAN bila parti yang memerintah bertukar tangan. Tetapi apa yang berlaku di Kelantan ini berbeza sedikit kerana ROYALTI belum pernah lagi dibayar tetapi WANG EHSAN diberi melalui UMNO yang menjadi pembangkang di Kelantan oleh kerajaan BN di pusat.Ada pihak mendakwa inilah wang ROYALTI yang diberi kepada rakyat Kelantan tetapi terpaksa ditukar nama kepada WANG EHSAN kerana untuk menghalalkan UMNO sebagai pihak yang membuat agihan dengan EHSAN kerajaan BN kepada UMNO di Kelantan. Pendirian kawe adalah tidak mengiktiraf ini sebagai ROYALTI kepada Negeri Kelantan dan kawe mentafsirkan ROYALTI ini tidak pernah dibayar satu sen pun kepada rakyat Kelantan yang berkebetulan masih dalam perbicaraan mahkamah.
Kawe dengan ini secara resminya ingin menghasut seluruh rakyat Kelantan bahawa ROYALTI tidak pernah dibayar satu sen pun kepada rakyat kelantan oleh pihak kerajaan pusat atas sebab bukan BN yang menjadi kerajaan di negeri kelantan.Kawe juga ingin menghasut rakyat Kelantan bahawa Wang EHSAN yang diberikan oleh kerajaan pusat kepada UMNO di Kelantan itu bertujuan untuk memberitahu kepada rakyat Kelantan bahawa jika mahu ROYALTI maka pilihlah BN dalam PRU 13 nanti dan kawe menyeru supaya rakyat kelantan menolak tawaran kezaliman ini.Kawe tidak mahu mengulas mengenai gerakan sebuah NGO R yang giat membangkitkan semnagat rakyat kelantan hari ini dalam menuntut ROYALTI.
Kawe lebih berminat perebutan UMNO dan PAS dalam memenangi hati rakyat Kelantan dalam PRU 13 nanti mengenai isu ROYALTI minyak ini.Dalam satu keadaan kelihatan pihak PAS sudah hampir tewas kerana perkara ini telah dibawa ke mahkamah. Jaddik UMNO berjaya meredakan kemarahan hati rakyat kelantan dengan alasan tunggu keputusan mahkamah.Kawe ada berkecek dengan beberapa pemimpin berpengaruh UMNO di Kelate tak lama dahulu dan dengan terang kawe kata kepada mereka bahawa jika UMNO mahu menang di Kelamtan maka ROYALTI perlu diberi mengikut seperti apa yang termaktub dalam perjanjian. Respon mereka kepada kawe dengan pelbagai jawapan untuk menyedapkan hati mereka dan membuat kawe lebih BENCI akan kekejaman UMNO kepada rakyat Kelate.
Dari sumber sumber yang boleh dipercayai mengatakan dalam masa terdekat ini Kerajaan BN akan mengumumkan ''ROYALTI'' atau ""WANG EHSAN"" kepada rakyat kelantan sebanyak RM 500 juta.Sumber ini juga mengatakan bahawa pihak Kerajaan Persekutuan tidak akan memberi jumlah wang kepada pihak kerajaan Kelantan seperti dalam perjanjian ROYALTI . Maknanya ini bukan wang ROYALTI tetapi WANG EHSAN kerajaan BN kepada ''RAKYAT"" Kelantan. Sebab kenapa kawe menggunakan perkataan kepada "" RAKYAT"" bukan kepada UMNO adalah kerana menurut sumber ini juga bahawa JPP tidak lagi digunakan untuk menyalurkan wang ini kepada rakyat Kelantan TETAPI akan ditubuhkan satu badan khas yang mungkin dianggotai oleh pihak parti Kerajaan dan parti Pembangkang serta badan badan tertentu kerajaan serta mungkin juga kerabat kerabat istana akan terlibat dalam jawatankuasa khas pengagihan wang ini kepada Rakyat kelantan. Itu khabanya yang bertiup yang sebenarnya perlulah pengumuman dari pihak yang bertanggunjawab.
Jikalau perkara ini benar benar berlaku maka yang untung adalah Rakyat Kelantan dan yang rugi adalah kerajaan BN hahahaha..Apakah sebodoh itu kerajaan BN ingin rugi seperti hak kawe kata??? ohhh tidak mereka memang terlalu licik menipu rakyat Malaysia selama 54 tahun yang lalu.Secara jujurnya akan kelihatan kerajaan BN ini amat baik hati diwaktu dekat dekat PRU kerana walaupun kes ini masih dalam mahkamah yang menyebabkan kerajaan BN tidak boleh membayar ROYALTI kepada Kelate yang sedang menunggu keputusan mahkamah.Tapi dengan kebaikan kerajaan rakyat didahulukan oleh PM Najib maka wang ini diberi juga walaupun cara perlaksaan pembayaran tidak dapat mengikut proses yang biasa. Wahhhh nampaknya kerajaan PAS terkena pukulan KO dengan permainan politik BN ini.
RM 500juta dibahagikan dengan 14 Parlimen di kelantan ,anda boleh mula mengira berapa jumlah setiap Ketua bahagian UMNO akan dapat wang ehsan ini?? Hahaahha itu tuduhan berniat jahat kawe terhadap pemimpin UMNO mungkin tetapi kebanyakan rakyat kelate sudah tahu sejarah Mereka .
APAKAH UPAYA PIHAK PAS UNTUK MENGEKALKAN RAKYAT KELANTAN BERSAMA MEREKA KALI INI??? ...MASIH TAK SEDARKAH UMNO BAHAWA MARUAH ORE KELATE TIDAK BOLEH DIBELI DENGAN WANG RINGGIT??? ..WAHAI RAKYAT KELATE KEMANA KAMU???
1 comment:
Selagi tidak mengikut apa yang termaktub dalam perjanjian...wang itu adalah wang sedekah.
Post a Comment