"RAMPASAN KUASA " DI PARLIMEN BACHOK? Begitu tajuk yang kawe beri hampir setahun yang lalu bila kawe menulis disini mengenai isu politik di Bachok yang tergembar gembur didalam facebook pada ketika itu. Kali ini sekali lagi kawe ingin mengarut disini mengenai politik BAchok yang hangat dan panas di bincangkan di dalam Facebook.
Kali ini kawe ingin menulis mengenai permainan politik Bachok yang semakin menarik ini bila PRU 13 semakin dekat dengan pestanya.Mungkin coretan kawe ini juga mempunyai rentetan atau kaitan dengan penulisan terdahulu TAPI mestilah dilihat dari sudut alam maya bukan realitinya yang akan berlaku diluar sana.
Keriuhan yang berlaku di Bachok pada hari ini adalah berkenaan calon untuk Parlimen bagi PAS ,siapakah calon yang sesuai dan boleh diterima oleh rakyat Bachok setelah gurisan telah dilakukan oleh Ahli parlimen PAS yang ada pada hari ini .Jaddik faktor utama yang mungkin menjadi perhatian pihak PAS adalah calon dari luar Kelantan atau luar Bachok mungkin tidak lagi diterima oleh rakyat Bachok walaupun ahli PAS Bachok boleh terima . Mungkin jumlah keramaian ahli PAS di Bachok masih tidak mampu untuk mengekalkan kerusi yang disandang pada hari ini.Mahu atau tidak PAS perlu mengemukakan calon dari anak tempatan untuk berhadapan dengan Datuk Awang Adek Hussin .
PAS dilihat atau mungkin dilihatkan tidak mempunyai calon dari anak tempatan untuk ditonjolkan untuk menyakin rakyat BAchok bahawa DAA itu tidak releven .Bila keadan ini berlaku maka anak anak BAchok dialam maya mula berbicara perkara ini dengan pelbagai andaian dan cadangan yang pasti membina atau bagus bagi yang mencadangkan.Perlu juga kawe catatkan disini bahawa didalam UMNO sendiri terdapat pihak pihak yang mahu DAA digulingkan lagi sekali di Bachok .Terdapat juga bekas bekas orang kuat DAA secara terbuka menyatakan penentangan mereka kepada DAA walaupun masih ahli UMNO dan ada lebih "daring " lagi apabila dengan secara terbuka mengistiharkan keluar UMNO untuk sertai PAS.
Pihak PAS yang tidak mahu dilihat sebagai mereka tidak mempunyai calon anak tempatan yang berwibawa maka penyokong penyokong PAS di alam maya ini cuba menonjolkan beberapa tokoh tokoh muda PAS Bachok untuk dicalonkan dalam PRU 13 nanti . Namun begitu berdasarkan komen komen yang diberikan serta kritikan yang dilontarkan amat jelas kudrat kewibawaan calon muda dari PAS tersebut bukan tidak layak tapi masih mentah dan rapuh untuk berhadapan dengan DAA sebagai pemimpin besar UMNO Kelantan pada ketika ini.Sengit dan tajam kecaman kecaman yang dilontarkan kepada bakal calon muda PAS tersebut.
Jangan lupa apa yang kawe tulis diatas bahawa ada golongan ahli umno yang mahu melihat DAA tersungkur di Bachok dan gerakan mereka ini bukan dilakukan secara maya tetapi telah meresapi ke akar umbi pengundi Bachok.Di alam maya ada satu kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai non partisan mencadangkan seorang bekas pemimpin UMNO yang sedang bertawaquf dicalonkan sebagai orang yang layak untuk menentang DAA di Parlimen Bachok.Semarak seperti api yang dicurahkan minyak gempitanya perbualan yang difokuskan kepada susuk ini.Ada pro dan con itu adalah perkara biasa dialam maya bila perdebatan berlaku.Namun begitu sukar bagi sesiapa yang mengenali tokoh ini untuk menafikan ketokohan yang beliau miliki sebagai anak tempatan Bachok yang berwibawa untuk memimpin rakyat Bachok.Cuma terdapat sedikit konflik secara peribadi dengan tokoh ini serta sedikit masalah teknikal yang perlu dibereskan dulu jika kehendak tersebut mahu direalisasikan.Itu riuh rendah yang berlaku didalam mukabuku.
Ramai yang tidak tahu adalah apa yang berlaku dialam yang nyata ,ada berita yang dibawa oleh angin berkata susukan tokoh ini telah mendapat perhatian daripada kepimpinan tertinggi PAS di Kelate TAPI kawe tidak jelas sejauhmana kebenaran angin yang membawa berita tersebut. Khabar juga ada mengatakan bahawa kepimpinan utama PAS Bachok juga merasa sedikit tidak selesa dengan berita yang diceritakan oleh angin tersebut .Samada susuk tubuh tersebut ada pertemuan dengan pembesar PAS Kelate atau tidak kawe tidak tahu dan kawe akan biarkan angin yang meneruskan melagukan cerita ceritanya.
Dalam satu perbualam kawe diluar maya dengan seorang pengundi dari Bachok yang berkisar dengan susuk tokoh ini dan bila soalan diajukan kepada kawe ..Lagu mana hendak menrealisasikan supaya tokoh ini menjadi calon di bachok diatas tiket pakatan rakyat untuk menentang DAA di Bachok .Pada mulanya kawe menganggap sahabat kawe tersebut sudah terlalu terpengaruh dengan apa yang berlaku didalam mukabuku.Tetapi setelah melihat riak muka beliau yang serius ...Kawe sambil ketawa berkata ada 2 cara .
Cara yang pertama susuk tersebut kena menyertai PAS lah tapi pilihan ini mudah untuk dipilih tapi jalan yang bakal dilalui sangat sukar . Kerana jika PAS Bachok memberi laluan kepada tokoh itu dalam erti kata lain PAS Bachok menghina ketokohan pimpinan PAS Bachok yang sedia ada. Cara kedua adalah dengan menyertai parti PKR namun begitu cara yang kedua ini pun bukanlah satu jalan yang mudah untuk mejadi kenyataan .Kawe tidak mahu menghuraikan halangan halangan disini kerana kawe yakin semua orang sudah tahu apa sebab sebabnya.
Dan sehari dua ini riuh di FB mengatakan susuk ini akan bertanding menentang DAA di parlimen Bachok atas tiket PR . Pakatan Rakyat disini bermakna PAS atau PKR lah tapi yang menariknya susuk tersebut masih ahli U\MNO yang sah , susuk ini tidak mendapat surat tunjuk sebab seperti Tamrin Ghaafar kerana hentam UMNO atas pentas pembangkang. Susuk ini tidak pernah secara terbuka menyatakan sokongan kepada PAS atau PKR. Tokoh ini tidak pernah melayangkan satu surat kepada YAB PM seperti yang dibuat oleh Tamrin dlam menyatakan kebenaran yang kawe tahu mungkin ada tapi diluar pengetahuan kawe.
Kawe pernah cuba menguji tahap ketaksuban pnyokong penyokong tokoh berkenaan bila kawe melakukan provokasi secara berasas didalam mukabuku.Bila kawe mengatakan PKR tidak releven untuk bertanding di semua kerusi di Kelantan ini menimbulkan satu kemarahan kepada penyokong yang mahu dilihat paling kuat berdiri dibelakang susuk tersebut . Jaddik sedikit gambaran yang boleh diceritakan disini bahawa PAS menyambut susuk ini untuk bersama PR bukan bersama PAS.Mungkin PAS melihat susuk ini tidaklah sehebat tokoh tokoh PAS yang berada di Bachok.
Dalam percaturan politik, PAS kelihatan lebih bijak dari apa yang disangka oleh penyokong penyokong totok tokoh ini. Bila PAS merestui tokoh ini untuk bersama PR dengan sertai PKR maka secara gambarannya bolehlah penyokong totok yang mempunyai otak kereta soddok itu berangan angan bahawa PAS sudah merestui idola mereka bertanding atas tiket PKR di Bachok.Jaddik apabila kawe menolak pencalonan susuk itu untuk dicalonkan atas PKR di Bachok maka penyokong totok pun diserang histeria .hahahaha
Apa yang harus diperhalusi oleh totok yang berotak kereta soddok ini adalah keputusan yang di buat oleh pucuk pimpinan Pakatan Rakyat di Kelantan mengenai pembahagian kerusi adalah mengekalkan status dalam PRU 12 dahulu .Maknanya kerusi Parlimen Bachok adalah milik PAS maka mustahil lah berlaku susuk tersebut akan bertanding atas tiket PKR di Bachok melainkan berlakunya pertandingan tiga penjuru diantara PAS ..PKR dan BN .Dalam permaufakatan pakatan rakyat pertandingan 3 penjuru tidak akan berlaku .Dengan keputusan tersebut maka yang layak bagi susuk tersebut untuk bertanding atas tiket PKR adalah diluar Bachok jika masih mahu bertanding di Kelantan atau dinegeri negeri lain di Malaysia ini.
Kawe tidak menolak kemungkinan keputusan tersebut akan berubah tapi setakat hari ini dan saat ini itu adalah keputusan muktmad yang dimiliki oleh seluruh rakyat Bachok dan seluruh rakyat Kelantan. Satu perkara lagi yang kawe persoalkan adalah status parti susuk berkenaan . Batang tubuh yang dipuja oleh puak kereta ssodok ini masih lagi berstatus ahli UMNO yang sah .Jaddik apa rasional disini seorang ahli UMNO yang sah mahu bertanding diatas tiket PKR untuk menentang BN? Mungkin ada orang kata itu masalah teknikal sahaja ...Ya kawe soalkan permasalahan teknikal disini kerana kesungguhan perlu di jelmakan oleh pemilik batang tubuh berkenaan jika beliau benar benar IKHLAS untuk meratapi segala permasalahan yang dihadapi oleh rakyat Bachok.
Apa yang kawe lihat pada hari ini adalah susuk tersebut menggunakan kereta kereta ssodok untuk cuci tanah orang lain untuk beliau perintah nanti DAN sekiranya usaha kereta kereta ssodok ini berjaya maka beliau akan berlenggang lenggok untuk naiki tahta tanpa penat lelah . Sekiranya usaha kereta kereta ssodok ini tidak berjaya maka beliau akan kekal dengan status beliau seperti hari ini . Manusia seperti ini amat wajar kawe gelarkan sebagai manusia yang pentingkan diri sendiri dan makhluk perosak .
APAKAH KUMPULAN KERETA SSODOK PKR AKAN RAMPAS KUASA KERUSI PARLIMEN PAS DI BACHOK?
No comments:
Post a Comment