Wednesday, July 18, 2012
Sunday, July 15, 2012
CULIK BUDAK SEKOLAH
Hari ini kawe tersentak bila seorang sahabat kawe naik angin kerana pembinaan satu pagar ditepi jalan raya di Pasir Pekan ,kemarahan sahabat saya tersebut boleh dibaca dan disiarkan di Wall UMNOtumPAS anda semua boleh terus ke link DI SINI. Kemarahan sahabat kawe ini memang berasas kepada mereka yang tidak tahu cerita sebenar .
Kawe tahu cerita sebenar dan pertanyaan dari sahabat kawe yang berbunyi CERDIK atau BODOH itu dijawab dan disambut oleh satu lagi makhluk yang tidak mempunyai apa apa maklumat tapi hanya mahu ambil kesempatan diatas kepentingan politik ,sila baca disini DI SINI. Nampaknya kedua dua makhluk yang persoalkan pembinaan pagar ini mempunyai kepentingan peribadi masing masing dan mereka tidak pedulikan kepentingan UMUM yang lebih besar.
Kawe setuju sebagai benar bahawa penghadang jalan berpagar telah dibina untuk mengelakkan orang ramai melintas kerana ada terdapat jejantas untuk pejalan kaki melintas jalan dikawasan tersebut .Maknanya town planner bukan dari golongan cap ayam atau lulusan pusat serenti yang merangka untuk membina penghadang jalan setelah jejantas dibina . Disiplin seseorang manusia tidak boleh dibina seperti membina tembok atau jejantas mungkin itu yang difikirkan oleh mereka yang terlibat dalam pembinaan untuk menjaga keselamatan orang awam ini lebih lebih lagi pelajar pelajar sekolah yang menjadi pengguna utama jejantas tersebut.
Ya Ya ..Kawe tahu isunya bukan jejantas dan penghadang yang ditengah tengah jalan tersebut TAPI pagar oren yang sedang dalam proses pembinaan seperti dalam gambar diatas diseberang jalan sekolah tersebut.Bagi kawe jika terdapat kedai makan dihadapan pagar tersebut dan jika kedai makan tersebut tidak menyediakan ruang letak kereta untuk pelanggannya maka pembinaan pagar tersebut amat patut dan wajar kerana kereta para pelanggan parking ditepi jalan maka akan menyebabkan kesesakan lalulintas dijalan tersebut .Apakah tuan punya kedai mahu membayar saman semua pelangannya jika pihak polis menyaman kerana letak kereta ditepi jalan?Atau pemilik kedai makan tersebut akan menyumpah maki polis pula kerana bertindak untuk kurangkan kesesakan lalulintas dan menyebabkan jualan dikedainya berkurangan?
Ada jugak pihak yang akalnya mungkin tidak cukup sentimeter bila diukur mengatakan ini projek IT (Ikut Terlintas) atau projek terlebih peruntukan untuk menyokong kenyataan bahawa pihak pihak tertentu mahu menyekat peluang orang melayu untuk berniaga.Kawe syorkan kepada pihak pihak berkenaan membuat laporan polis dibalai polis berdekatan mengenai perkara pembinaan pagar ini ...hahahaha ..Ops opss sabar dulu ..jangan cepat melatah untuk mengatakan kawe pula yang hilang akal kerana menyarakan suapaya membuat laporan polis kerana pembinaan pagar ini tiada kena mengena dan bukan kuasa polis untuk membinanya.
KESELAMATAN anak anak disekolah ISU utama yang kawe cuba bangkitkan disini ,kawasan yang ditandakan "arrow"" dalam gambar diatas adalah kawasan pejalan kaki bagi budak budak sekolah untuk menggunakan jejantas melintas jalan untuk pergi dan balik sekolah bagi pelajar pelajar sekolah setempat.Jaddik bila pagar berkenaan dibina maka keselematan pelajar pelajar sekolah ini lebih terjamin dari segi keselamatan dijalanraya ..hahahha ..Harap harap tiada yang kemukakan soalan bodoh untuk bertanya berapakah statistik kemalangan jalanraya yang berlaku dikalangan pelajar sekolah sebelum pagar tersebut dibina ,KERANA jika soalan tersebut datang kawe akan suruh ke balai polis sekali lagi .
KESELAMATAN..Kawe diberitahu sebentar tadi oleh seorang bapa kepada pelajar yang hampir hampir diculik dikawasan tersebut untuk menerangkan kenapa pagar tersebut perlu dibina setelah dibantah keras dalam Wall UT oleh pihak pihak yang mempunyai kepentingan sendiri.Mengikut yang diceritakan kepada kawe modus operandi penculik ini amat mudah sahaja ,mereka parking Van ditepi jalan tersebut dan menyeret pelajar kedalam van untuk dibawa lari mungkin seperti adegan adegan yang biasa kita tonton didalam wayang agaknya. Mengikut teman ini anaknya yang cuba diculik itu lelaki dan berjaya meloloskan diri. Jaddik jika ada pihak pihak yang ingin bertanya berapa ramai sudah yang diculik atau cuba diculik kawe syorkan ke kaunter pertanyaan di balai polis berhampiranlah.
NASIHAT KAWE KEPADA PIHAK PIHAK YANG TIDAK PUASHATI DENGAN PEMBINAAN PAGAR INI SUPAYA MENDAPATKAN MAKLUMAT TEPAT TERLEBIH DAHULU SEBELUM HENDAK MEMBERI CAP AYAM ATAU CAP ITIK KEPADA PIHAK LAIN .
Saturday, July 14, 2012
BUMIPUTRA BUGIS AKAN SELAMATKAN NAJIB DI SABAH
I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone.
Sabah dan Sarawak akan menentukan Parti mana yang akan membentuk kerajaan selepas PRU 13 katanya banyak pihak .Kawe tidak tahu samada perkara tersebut benar atau tidak benar tapi orang yang paling berharap perkara tersebut adalah benar di Malaysia adalah pasangan suami isteri yang paling berkuasa di Malaysia pada hari ini.
Mari kita tengok apa yang ada di Sabah yang akan boleh membantu Daeng Mattimung dan isrerinya meneruskan kemegahan diri di bumi Malaysia ini ."Persatuan-Persatuan Bugis di Sabah sepertim PKBS, Bugis Sabah, Rumpun Melayu Bugis, Kecapi dan lain-lain. "" Bangsa Bugis dan Moro ini dibawa masuk ke Sabah oleh Tun M atau lebih dikenali sebagai projek IC di Sabah satu ketika dahulu. Bangsa Bugis di Semenanjung adalah dikategorikan sebagai Melayu sejati seperti Melayunya Daeng Mattimung TETAPI Bugis di Sabah tidak diktiraf sebagai Bumiputra oleh kerajaan Sabah.
"ada sikit perubahan stretegik Pas di SS ni. kalau dulu penggeraknya ustaz2 dan cikgu Malaya tetapi kini jatuh ke tangan anak2 Sabah dan Sarawak. Pas sendiri pun mendapat untuk drp hasil projek IC kerana puak2 bugis dan moro yang kuat agama banyak menyokong Pas Pasti di Sabah majority di kendalikan oleh ahli2 Pas dari puak Bugis"
-
Tulisan diatas dikirimkan oleh seorang pengirim dari negeri di bawah bayu kepada kawe beberapa hari lalu .Daeng Mattimung mungkin berasa senang dengan tindakan Tun M dulu kerana kini Daeng Mattimung menuai hasilnya dari bangsa sendiri TAPI adakah Daeng Mattimung mengambil berat dengan bangsanya yang kuat taat kepada agama ini??
- "Kematangan poitik anak2 sabahlah yang boleh merubah uklim politik Sabah. Lebig lagi UMNO berpecah kepada 2 iaitu Kem mSafie dan Musa. Budaya UMNO KL mereka ikut termasuk skandal Safir tu di katakan di promote Oleh grup Proi Musa
- Penyakit tabur duit juga masih di amalkan. Orang kampung yang tidak berpendidikan akan sokong siapa yang hulur wang
- 100 pun dah cukup tu"
-
Daeng Mattimung mungkin tiada masalah untuk menghulur RM 100 kepada rakyat Sabah dan kepada bangsa Bugisnya supaya menyokong beliau dalam PRU 13 nanti TAPI bila terdapat 2 kem yang perlu ditangani oleh Daeng Mattimung biasanya akan melibatkan bukan sedikit wang rakyat terpaksa dilaburkan untuk dinikmati oleh kedua dua kumpulan tersebut .
"ada gerakan untuk menyekat pebgaruh Bugis ni terutama dari kem bajau seperti safie"Mungkin demam dan sukar nak kebah bila Daeng Mattimung membaca kenyataan diatas . Bila ada gerakan ini berlaku maknanya satu kumpulan dari 2 kumpulan tersebut secara terang sudah memaklumkan mereka sedang menolak Daeng Mattimung .Jikalau Daeng Mattimung terus membela bangsa Bugisnya maka boleh diistilahkan Daeng Mattimung mahu berperang dengan kumpulan yang satu lagi .
"Bebarap bulan lepas Musa Aman nak lantik Hajjh Rosmawati yang di katakan kendok dia sebagai Pengarah YS tetapi batal apabila ada kelompok UMNO membantah sebab YS hanya untuk anak jati Saboh"
Kenyataan diatas kelihatan menarik tetapi kepada kawe ianya satu keuntungan yang membawa kerugian kepada kedua dua pihak dalam kem tersebut.Kawe lebih suka melihat bagaimana kebijaksanaan Daeng Mattimung untuk pergunakan kelemahan UMNO sabah ini untuk perkuatkan dirinya kerana satu kenyataan lagi dibawah ini akan memberi sedikit cahaya di hujung terowong Daeng Mattimung ini bersinar .
Totaly ada harapan. Maslah dalam PKR yang berebut puck pimpinan anatar puak peribumi Islam dan Kristian menyebab peluang sedikit kendur. Jefry yang tak terpilih join parti Sarawak Kita yang pro BN. Kerana tak tak terpilih sebagai Ketua PKR Sabah dia sabotaj dengfan sokong KITa
Hahahaha....Kejutan besar akan berlaku di Sabah kata Ketua Umum PKR ....Apakata Daeng Mattimung pulak??
Thursday, July 12, 2012
Wednesday, July 11, 2012
TAMRIN TAK PERLU MASUK PAS
Ada desas desus mengatakan anak kepada bekas Timbalan Perdana Menterri merangkap bekas Timbalan Presiden UMNO ini akan menyertai parti PAS dalam masa yang terdekat ini.Dikatakan Tamrin sudah mendapat surat tunjuk sebab dari Tengku Adnan berkenan sikap beliau yang menyelar UMNO diatas pentas pembangkang secara giat sekarang ini.Sekarang ini boleh dikatakan setiap minggu Tamrin ke kelantan bagi memenuhi undangan ceramah diatas pentas PAS atau PKR dalam siri siri ceramah yang dijalankan.
Beberapa hari yang lalu kawe berpeluang untuk berjumpa dengan Tamrin selepas beliau selesai mengahdirkan diri dalam satu program ceramah di Ketereh. Dalam perbualan bersama beliau dan beberapa kenalan lain maka timbul persoalan yang beliau akan menyertai parti PAS.Kawe menyatakan ketidaksetujuan kawe untuk beliau menyertai parti PAS dalam waktu terdekat TAPI sayang kawe tidak dapat menjelas panjang lebar kenapa kawe tidak bersetuju untuk beliau menyertai buat masa kerana beliau mengantuk dan terpaksa tidur awal untuk bangun awal pagi esok dan pulang ke Kuala Lumpur .
Disni kawe akan coretkan kenapa kawe tidak bersetuju untuk tokoh ini menyertai PAS dan waktu terdekat.Pertama sekali adalah dari sudut keperluan?? Adakah Tamrin memerlukan PAS dan PAS memerlukan Tamrin? Dalam kedua dua keadaan ini kawe tidak melihat kedua dua pihak memerlukan diantara satu sama lain.Tamrin tidak perlu menyertai PAS untuk beliau menyatakan kebobrokan yang berlaku dalam UMNO kerana hari ini pun PAS sudah memberi peluang yang luas atas pentas PAS mendedahkan segala penyelewengan UMNO terdedah kepada rakyat umum.Jika keadaan ini berterusan maka akan lebih nampak KEIKHLASAN Tamrin membongkar kemungkaran UMNO terhadap rakyat Malaysia .Jika Tamrin sertai PAS maka persepsi akan dibentuk bahawa Tamrin membuat tuduhan kepada UMNO kerana beliau seorang ahli PAS dan rakyat melihat ini satu perkara yang biasa sahaja.
Persoalan yang tidak sempat kawe tanya Tamrin pada malam itu adalah kenapa beliau mahu menyertai PAS?? Tapi walaupun apa jawapan yang beliau berikan nanti kawe kira itu adalah HAK beliau untuk memilih mana mana parti yang beliau mahu . Disini kawe hanya mahu nyatakan pandangan dari sudut keperluan sahaja .Tamrin pada kawe sudah layak digelarkan sebagai veteran dalam UMNO maknanya bila sudah digelarkan veteren maka sudah tidak lagi bergiat secara cergas atau tenaga beliau sudah tidak diperlukan sangat oleh UMNO untuk menongkah arus masa depan parti tersebut .Apakah PAS mahu golongan yang hampir tidak dipandang langsung oleh UMNO ini diambil untuk dijadikan pejuang dibarisan hadapan PAS? hahaahha..Kawe serahkan kepada mereka yang diluar sana untuk jawab...
Dari sudut keperluan juga kawe ingin bertanya kepada Tamrin dan seluruh rakyat Melaka ...Adakah dengan hijrahnya Tamrin ke PAS maka PAS akan sapu bersih semua kerusi DUN nanti dalam PRU 13 dan memungkinkan Tamrin akan dilantik sebagai Ketua Menteri mengantikan Ketua Menteri sekolah mengandung sekarang ini? Jika perkara tersebut ada 70% kemungkinan akan berlaku maka kawe setuju Tamrin berhijrah ke PAS dan kawe menuntut pihak PAS sediakan satu kerusi kepada beliau di Melaka dalam PRU 13 nanti.Untuk pengetahuan semua juga Melaka adalah negeri yang paling selamat bagi BN dalam PRU 13 nanti.
Pada kawe tidak menjadi satu keperluan jika Tamrin masuk PAS semata mata kerana ingin memenuhi keperluan HARAKAH untuk memenuhi ruangan muka depannya bahawa dengan tajuk " Anak bekas TPM sertai PAS' lariskah jualan harakah dengan berita tersebut? hahahaha
TAMRIN MASIH DIPERLUKAN DALAM UMNO BAGI RAKYAT MALAYSIA YANG MAHU MELIHAT UMNO KECUNDANGAN DALAM PRU 13 NANTI
Tuesday, July 10, 2012
ROYALTI
Hampir 2 tahun yang lalu kawe ada mencatatkan mengenai CERITA ROYALTI diblog ini ketika rombongan Kerajaan negeri Kelantan menfailkan saman terhadap petronas.Pilihan Kerajaan Negeri membawa tuntutan ini bukanlah pilihan yang kawe persetujui sebagai rakyat kelantan tetapi sebuah kerajaan haruslah berfikir sebagai sebuah Kerajaan bukan sebagai seorang rakyat seperti kawe .
Kini setelah bertahun tahun berlalu dan proses dimahkamah sedang berjalan mengikut peraturan peraturan yang tertentu.Ada pihak yang berasa amat gembira bila Kerajaan Negeri Kelantan membawa perkara ini ke mahkamah kerana bila berada dalam mahkamah maka hiruk pikuk rakyat Kelate mengenai perkara ini akan menjadi reda dari diperbualkan atau diperkatakan.Maka bertenanglah pihak berkenaan selama tempoh hingga keputusan mahkamah dibuat mungkin itulah harapan pihak berkenaan.
Apa yang mungkin tidak pernah terfikir oleh pihak yang berkenaan adalah bahawa rakyat Kelate tidak boleh mengikut kehendak mereka untuk ditutup segala mulut dan dihilangkan segala perasaan hanya dengan alasan kes telah di bawa ke mahkamah.Selama lebih kurang 2 tahun rakyat Kelantan tidak riuhkan diri mengenai isu ROYALTI ini ,kadang kadang kawe keciwa dengan sikap rakyat kelantan terima bulat bulat cara penyelesaian melalui mahkamah ini.
Ore Kelate terkenal dengan sikap mendaulatkan Raja ,baru baru ini bakal Kebawah Duli Yang Di Pertuan Agong telah bertitah didalam perasmian sidang DUN Negeri Kelantan mengenai pendaratan gas di Bachok.Titah baginda Tuanku ini memberi impak yang amat besar kepada seluruh rakyat Kelantan yang setia menjujung titah Sultan.Kini riuhrendah semula dibumi Kelantan ini rakyatnya berkecek mengenai ROYALTI ini.Faktor titah baginda Tuanku sultan bolehlah dikatakan sebab utama rakyat Kelantan kembali ceria dan bersemangat untuk melihat cahaya dihujung terowong dalam menaruh harapan .
Dalam sudut pandangan lain kawe ingin melihat dari perspektif PRU 13 yang hampir tamat tempoh usia tapi tarikh masih mejadi misteri.Bila menyebut PRU satu perkara yang sememangnya tidak dapat dipishkan adalah POLITIK. Mungkin ramai diluar sana tidak bersetuju dengan kawe bila kawe kaitkan ROYALTI ini dengan politik .Samada suka atau tidak ianya tidak dapat menahan pandangan kawe terus dilontar keluar walaupun kuasa untuk menelan atau memuntahkan itu milik anda.Pada kawe 2 isu tempatan utama di Kelantan akan mempengaruhi para pengundi dalam PRU 13 nanti . Isu pertama adalah ROYALTI dan isu kedua adalah AIR manakala faktor API dan ANGIN juga memainkan peranan tertentu .
Pilihan kawe dalam coretan ini adalah mengenai ROYALTI ,umum mengetahui ROYALTI ini akan memberi banyak manfaat kepada rakyat negeri Kelantan dan kerajaan yang memerintah jika bayaran dibuat spertimana yang dijanjikan.Apa yang berlaku di Terengganu satu ketika dahulu bukan lagi rahsia bila ROYALTI ditukarkan kepada WANG EHSAN bila parti yang memerintah bertukar tangan. Tetapi apa yang berlaku di Kelantan ini berbeza sedikit kerana ROYALTI belum pernah lagi dibayar tetapi WANG EHSAN diberi melalui UMNO yang menjadi pembangkang di Kelantan oleh kerajaan BN di pusat.Ada pihak mendakwa inilah wang ROYALTI yang diberi kepada rakyat Kelantan tetapi terpaksa ditukar nama kepada WANG EHSAN kerana untuk menghalalkan UMNO sebagai pihak yang membuat agihan dengan EHSAN kerajaan BN kepada UMNO di Kelantan. Pendirian kawe adalah tidak mengiktiraf ini sebagai ROYALTI kepada Negeri Kelantan dan kawe mentafsirkan ROYALTI ini tidak pernah dibayar satu sen pun kepada rakyat Kelantan yang berkebetulan masih dalam perbicaraan mahkamah.
Kawe dengan ini secara resminya ingin menghasut seluruh rakyat Kelantan bahawa ROYALTI tidak pernah dibayar satu sen pun kepada rakyat kelantan oleh pihak kerajaan pusat atas sebab bukan BN yang menjadi kerajaan di negeri kelantan.Kawe juga ingin menghasut rakyat Kelantan bahawa Wang EHSAN yang diberikan oleh kerajaan pusat kepada UMNO di Kelantan itu bertujuan untuk memberitahu kepada rakyat Kelantan bahawa jika mahu ROYALTI maka pilihlah BN dalam PRU 13 nanti dan kawe menyeru supaya rakyat kelantan menolak tawaran kezaliman ini.Kawe tidak mahu mengulas mengenai gerakan sebuah NGO R yang giat membangkitkan semnagat rakyat kelantan hari ini dalam menuntut ROYALTI.
Kawe lebih berminat perebutan UMNO dan PAS dalam memenangi hati rakyat Kelantan dalam PRU 13 nanti mengenai isu ROYALTI minyak ini.Dalam satu keadaan kelihatan pihak PAS sudah hampir tewas kerana perkara ini telah dibawa ke mahkamah. Jaddik UMNO berjaya meredakan kemarahan hati rakyat kelantan dengan alasan tunggu keputusan mahkamah.Kawe ada berkecek dengan beberapa pemimpin berpengaruh UMNO di Kelate tak lama dahulu dan dengan terang kawe kata kepada mereka bahawa jika UMNO mahu menang di Kelamtan maka ROYALTI perlu diberi mengikut seperti apa yang termaktub dalam perjanjian. Respon mereka kepada kawe dengan pelbagai jawapan untuk menyedapkan hati mereka dan membuat kawe lebih BENCI akan kekejaman UMNO kepada rakyat Kelate.
Dari sumber sumber yang boleh dipercayai mengatakan dalam masa terdekat ini Kerajaan BN akan mengumumkan ''ROYALTI'' atau ""WANG EHSAN"" kepada rakyat kelantan sebanyak RM 500 juta.Sumber ini juga mengatakan bahawa pihak Kerajaan Persekutuan tidak akan memberi jumlah wang kepada pihak kerajaan Kelantan seperti dalam perjanjian ROYALTI . Maknanya ini bukan wang ROYALTI tetapi WANG EHSAN kerajaan BN kepada ''RAKYAT"" Kelantan. Sebab kenapa kawe menggunakan perkataan kepada "" RAKYAT"" bukan kepada UMNO adalah kerana menurut sumber ini juga bahawa JPP tidak lagi digunakan untuk menyalurkan wang ini kepada rakyat Kelantan TETAPI akan ditubuhkan satu badan khas yang mungkin dianggotai oleh pihak parti Kerajaan dan parti Pembangkang serta badan badan tertentu kerajaan serta mungkin juga kerabat kerabat istana akan terlibat dalam jawatankuasa khas pengagihan wang ini kepada Rakyat kelantan. Itu khabanya yang bertiup yang sebenarnya perlulah pengumuman dari pihak yang bertanggunjawab.
Jikalau perkara ini benar benar berlaku maka yang untung adalah Rakyat Kelantan dan yang rugi adalah kerajaan BN hahahaha..Apakah sebodoh itu kerajaan BN ingin rugi seperti hak kawe kata??? ohhh tidak mereka memang terlalu licik menipu rakyat Malaysia selama 54 tahun yang lalu.Secara jujurnya akan kelihatan kerajaan BN ini amat baik hati diwaktu dekat dekat PRU kerana walaupun kes ini masih dalam mahkamah yang menyebabkan kerajaan BN tidak boleh membayar ROYALTI kepada Kelate yang sedang menunggu keputusan mahkamah.Tapi dengan kebaikan kerajaan rakyat didahulukan oleh PM Najib maka wang ini diberi juga walaupun cara perlaksaan pembayaran tidak dapat mengikut proses yang biasa. Wahhhh nampaknya kerajaan PAS terkena pukulan KO dengan permainan politik BN ini.
RM 500juta dibahagikan dengan 14 Parlimen di kelantan ,anda boleh mula mengira berapa jumlah setiap Ketua bahagian UMNO akan dapat wang ehsan ini?? Hahaahha itu tuduhan berniat jahat kawe terhadap pemimpin UMNO mungkin tetapi kebanyakan rakyat kelate sudah tahu sejarah Mereka .
APAKAH UPAYA PIHAK PAS UNTUK MENGEKALKAN RAKYAT KELANTAN BERSAMA MEREKA KALI INI??? ...MASIH TAK SEDARKAH UMNO BAHAWA MARUAH ORE KELATE TIDAK BOLEH DIBELI DENGAN WANG RINGGIT??? ..WAHAI RAKYAT KELATE KEMANA KAMU???
Tuesday, June 26, 2012
Wednesday, May 9, 2012
AMANAH YANG MENSIAKAN HARAPAN
BEKAS TIMBALAN PRESIDEN AMANAH SEDANG MENELITI MENU
Beberapa hari yang lalu kawe berkesempatan untuk duduk bersama beberapa jam dengan bekas Menteri TV UMNO satu ketika dahulu.Tan Sri Kadir Sheikh Fadhil ini telah keluar dari UMNO kerana beliau sudah tidak tahan lagi dengan kepincangan dan rasuah serta penafian dan kezaliman UMNO terhadap rakyat malaysia.
Sepetang bersama beliau pada hari tersebut banyak juga yang kawe dapat cungkilkan dari minda dan perasaan bekas veteran UMNO ini.Kawe tidak mahu menulis tentang kebobokan UMNO yang diceritakan oleh beliau kepada kawe kerana bagi kawe kemungkaran UMNO tersebut bukan lagi satu rahsia tersembunyi bagi seluruh rakyat Malaysia.
Apa yang menarik minat kawe adalah mengenai tokoh ini dengan AMANAH dan Ku Li ,sesuai dengan gaya hidup tokoh ini yang mementingkan kecantikan serba serbi dalam memilih jalan kehidupan dan putih yang bersih akan didekati untuk dicintai dalam kehidupan dan pilihan beliau untuk bersama AMANAH adalah satu pilihan yang tidak boleh dipertikaikan lagi.
Terkedu tidak terkata kawe bila tokoh mengatakan beliau telah meletakkan jawatan beliau sebagai Timbalan Presiden Amanah dan menyerahkan kepada Ku Li untuk dimilikinya.Agak lama juga kawe terdiam untuk mencari akal sebelum untuk mendapatkan ayat ayat yang sesuai sebelum bertanyakan beliau kenapa beliau melepaskan AMANAH kepada Ku Li.Akhirnya kawe mencelah dengan berkata Ku li lebih mementingkan dirinya dalam segala tindak tanduknya serta sentiasa mahu dirinya berada dalam kedudukan selamat .
Tokoh ini berkata beliau telah mensia siakan masa selama 3 tahun untuk bersama AMANAH dan Ku Li ...buang masa saya kata beliau. Tokoh ini juga pernah bagi tahu kepada Ku Li bahawa rakyat dibawah sana sudah bersedia untuk melakukan perubahan dalam negara ini ,tinggal lagi rakyat sedang menunggu untuk dipimpin oleh pemimpin2 yang boleh menyakinkan mereka untuk melakukan perubahan.Tan Sri juga beritahu bahawa beliau pernah mendesak Ku Li supaya AMANAH ini bergerak sebagai sebuah parti politik yang pro kepada rakyat yang mahu melakukan perubahan dalam pemenritahan negara tapi jawapan daripada Ku Li amat mengecewakan harapan rakyat ini.
Tambah beliau lagi bila beliau sudah jelas dengan matlamat Ku Li untuk menjadi PM Malaysia dengan cara menanti pihak pihak lain datang menyerahkan jawatan tersebut ke riba beliau tanpa mahu berjuang untuk kepentingan dan memimpin rakyat dari bawah untuk melakukan satu perubahan kepada pemerintahan negara amat amat mengecewakan beliau.
Maksudnya disini bahawa Ku Li berharap pihak BN akan menyerahkan kerusi PM kepada beliau sekiranya kedudukan parti UMNO sudah tenat dan juga Ku Li berharap supaya pihak PR akan memberi jawatan tersebut kepada beliau sekiranya pihak PR sukar untuk membentuk kerajaan setelah menang tipis dlam PRU 13 nanti .Mungkin sekarang telah mencapai cita citanya dan diberikan peluang oleh Najib untuk terus bertanding di Parlimen Gua Musang ...Mungkin juga Ku Li akan dilantik oleh najib sebagai PM Malaysia selepas PRU 13 nanti ..marilah sama sama kita tunggu detik bersejarah tersebut.
Bila mendengar cerita dari bekas Timbalan Presiden Amanah ini ,jelaslah kepada kawe bahawa Ku Li dengan AMANAH ini tiada bezanya PERKASA dengan Braheng Ali ,kedua duanya hanya mempunyai satu matlamat iaitu KEPENTINGAN DIRI SENDIRI.
KAWE INGIN TEGASKAN DISINI DASAR DAN MATLAMAT AMANAH DAN PERKASA KAWE SOKONG TAPI SELAGI KU LI DAN BRAHENG MAHU GUNAKAN PENTAS TERSEBUT UNTUK MENARIK SOKONGAN KEPADA PERIBADI MEREKA MAKA KAWE SERU DITOLAK OLEH SEMUA PIHAK ...CAMPAKKAN GOLONGAN PEMIMPIN SEPERTI INI KE LAUT.
Tuesday, May 8, 2012
''PENGACAU' PR KELANTAN KE PUTRAJAYA

KLIK DISINI UNTUK KENALI PENGACAU
Lama sudah kawe tidak mencoret disini bukan kerana tiada isu yang mahu ditulis tapi kerana akhir akhir ini tiada mood yang baik untuk menulis ,bukan kerana sibuk tetapi kerana malas melanda diri sejak akhir akhir untuk menulis .
Malam tadi kawe menjadi pengacara di UTTV dalam program sembang santai uttv bersama 2 orang AMK Kelantan.Dalam strategi kawe untuk melakukan provokasi kepada anak muda tersebut kawe sengaja melontarkan satu persoalan kemungkinan bekas Jeneral /ketua PKR yang lari dalam PRU 12 akan kembali menawarkan diri sebagai calon di Kelantan.Walaupun kawe meletakkan soalan kawe ini satu khabar angin yang tidak mempunyai asas untuk memancing jawapan dari anak muda tersebut supaya menafikan dalam jawapan mereka.Seperti yang kawe jangka anak muda tersebut membalas soalan kawe yang bersifat khabar angin itu dengan menjawab bahawa khabar angin tersebut tidak betul TAPI jika benar mungkin kerana manusia tersebut ingin membetulkan perkara yang tidak betul dalam PKR Kelantan atau dalam istilah lain untuk membantu perkuatkan PKR Kelate. Sudah menjadi sifat kawe bila kawe bertanya soalan dan apa yang kawe perlu pada ketika itu adalah hanya satu jawapan sahaja. Jika kawe bersetuju kawe akan nyatakan tanda setuju ,jikalau tidak setuju kawe akan senyum sebagai tanda kawe menerima satu jawapan sahaja.
Kawe kira semua pembaca telah klik link diatas dan kawe tidak perlu menjelaskan siapakah penama pada gambar yang kawe sertakan itu.Mengikut maklumat yang kawe terima tokoh diatas yang dikatakan amat rapat dengan DSAI ini sudah hampir pasti akan bertanding diatas tiket PKR di Tanah Merah untuk mengantikan YB Amran dengan alasan itulah kehendak pimpinan tertinggi PKR .Kehendak pimpinan tertinggi disini kawe andaikan kehendak DSAI .Kawe tidak peduli siapa DSAI walaupun ramai yang mencanangkan beliau bakal PM Malaysia jika PR berjaya menawan Putrajaya atau dekat manakah tokoh diatas dihati DSAI.Yang kawe ambil peduli adalah kawe benar benar mahu melihat PR menawan Putrajaya dalam PRU 13 nanti.
Jika DSAI memilih tokoh pengacau PKR Kelantan ini sebagai calon kerana sahabat/kroni beliau semata mata tanpa ambil kira apa yang telah dibuat oleh pengacau yang mementingkan diri sendiri ini dalam PKR satu ketika dahulu ,kawe kira rakyat Kelate /ore kelate perlu menolak bukan sahaja pengacau tersebut malah DSAI sebagai PM jugak patut ditolak .DSAI mungkin boleh mengarahkan para pemimpin atau ahli ahli PKR di seluruh malaysia tetapi kawe tidak merasakan ore kelate atau rakyat kelate patut menjadi pokkor hangguk kepada DSAI mencapaikan cita citanya tersebut jika pandangan dan luahan rakyat Kelantan beliau tolak ketepi.
Sebabnya mudah untuk ore kelate menolak DSAI dalam hal ini ,jika DSAI boleh mengatakan ore melayu seluruh malaysia jangan menjadi hamba kerakusan kuasa pemimpin UMNO dalam mementingkan kroni dan sahabat handai mereka MAKA perkara yang sama yang mahu dituntut oleh rakyat Kelantan terhadap DSAI,jangan difikirkan kami ore kelate ini mudah mengikut telunjuk DSAI sehinggakan keterbukaan TGNA tersebut mahu digunapakai oleh DSAI untuk mempergunakan rakyat Kelantan mengikut kehendak hatinya .
Kami rakyat Kelantan tidak akan lupa apa yang telah dilakukan oleh pengacau PKR ini ketika PRU 12 dahulu ,dikala kami rakyat Kelate berhempas pulas menentang kerakusan parti durjana UMNO untuk menawan negeri kami dari PAS,Makhluk pengacau PKR ini telah memalingkan muka beliau terhadap kami rakyat Kelantan hanya satu sebab iaitu KEINGINAN/KEHENDAK hati beliau tidak dituruti oleh pihak pihak tertentu.
DSAI HARUS TAHU BAGAIMANA KAMI MENGHALAU DAA DARI MENJADI MB KAMI DAN KAMI JUGA TIDAK TERAGAK AGAK UNTUK MENGHALAU DSAI MENJADI PM KAMI JIKA MASIH BERKERAS UNTUK MENGEMBALIKAN SIPENGACAU INI UNTUK DIANGKAT MENJADI KETUA KAMI ....KAWE ORE KELATE ..DEMO PUN ORE KELATE ...ORE KELATE AKAN SENTIASA MENOLAK PENGACAU/PENGKHIANAT WALAUPUN DARI KALANGAN KAMI SENDIRI.
Subscribe to:
Posts (Atom)













































