Friday, June 24, 2011

FARISAINS APA CERITA?


Sudah agak lama kawe tidak bertanya khabar mengenai persatuan yang amat dikasihi oleh penghuni penghuni "'penjara'' intelek dari Pengkalan Chepa ini.Sudah berada dipuncak kegemilangankah persatuan atau masih merangkak mendaki bukit kejayaan.Apakah kejayaan terbaru atau tiada kejayaan langsung pun kawe tidak ketahui kini .Apakah program program yang rancak sedang berlangsung atau dirancangkan untuk berlangsung pun kawe tidak tahu kini.Hanya mohon maaf sahaja kawe mampu pinta kepada persatuan kerana ''ketidakbicaraan'' kawe terhadap persatuan ini TAPI semenjak dari dulu pun kawe tidak peduli pada persatuan JIKA ada penglibatan kawe pun sekadar memberi kritikan kritikan yang tidak membina sahaja.

Hidup atau matinya persatuan ini bukanlah terbeban kepada kawe yang berstatus ahli yang bernilai ''serial'' ini.Seperti yang semua ahli maklum dan fahami bahawa hidup dan mati persatuan ini seluruhnya akan ''dihandaskan'' ke dahi Presiden yang dilantik ,adil memanglah tidak adil  kerana yang sepatutnya semua ahli perlu dipertanggungjawabkan atau dibebankan dengan hidup atau mati persatuan ini .Tetapi perjalanan dalam lumrah persatuan ini agak songsang dari yang sepatutnya kerana hanya Presiden yang diplih untuk menderita..

Pengkhabaran yang bertiup jauh dari Kuala Lumpur yang singgah di serambi mekah ini mengatakan Presiden terkini akan cukup tempoh 'peram'' tidak lama lagi ini bermakna pemilihan Presiden baru untuk menerajui persatuan perlu dilakukan dan keseluruh AJK perlu dipilih dan rombak untuk mematuhi apa yang telah ditetapkan oleh perlembagaan persatuan.Samada sebelum puasa atau selepas hariraya tarikhnya tidaklah kawe ketahui .Samada presiden sedia ada mahu mempertahankan jawatannya atau tidak hanya batang tubuh dia sahaja yang tahu.Siapa yang terpilih dan siapa yang dipilih tetap kawe sokong sebagai ahli bernilai serial.

Mungkin juga kali ini tiada pemilihan yang akan berlaku jika Presiden terkini mahu mengekalkan jawatannya yang mungkin direstui oleh ahlinya ATAU mungkin juga penyerahan kuasa dari Presiden kepada Timbalannya dalam semangat kekeluargaan juga akan berlaku ,sesungguhnya kemungkinn kemungkinan sahaja yang kawe mampu jangkakan.Mungkin presiden sekarang mempunyai alasannya tersendiri untuk terus memimpin Persatuan ini ATAU mungkin Timbalannya mempunyai hujah hujah yang baik untuk mendesak Presiden menyerahkan jawatan Presiden dalam keadaan harmoni..SEMUAnya TAK pasti bagi kawe.

Mesyuarat agung tahunan pada kebiasaannya akan dilangsungkan di Kuala lumpur yang mana pada kebiasaannya peratusan ahli ahli yang hadir hanya ahli yang hadir sahaja tahu akan jumlah sambutan kehadirannya.Apakah ada rancangan kali ini mesyuarat ini akan diadakan di Kota Bharu atau diluar Kuala Lumpur ? Hanya barisan AJK pentadbiran yang tahu ,tetapi secara peribadi kawe rasa kali ini patut diadakan di SEKOLAH untuk membangkitkan kembali semnangat nostalgia dikalangan ahli ahli .Apa pun itu hanya sekadar dari ahli yang bernilai serial sahaja yang selalu memerhati dari jauh .

Ada juga desas desus yang membinyit ditelinga seperti suara nyamuk mengatakan bahawa terdapat satu kumpulan akan melonjakkan salah seorang dikalangan mereka untuk dilantik sebagai Presiden baru dan akan mentadbir persatuan kali ini dari Kota Bharu bukan lagi di Kuala Lumpur.Sejauhmana benarnya nyanyian nyamuk ini tidaklah dapat kawe pastikan.Apa pun kawe sebagai ahli yang bernilai serial ini amat amat ingin melihat persatuan ini menempa kejayaan dan berada dalam kesejahteraan sepanjang masa dalam mendaki tangga tangga kejayaan.

No comments: